RESEPI SIMPLE

keow tiew simple aiman

bawang holand satu labu sederhana
cili padi tiga biji
daun kucai secekak
udang tujuh ekor  dibelah tengah dandigaul garam kunyit 
kicap manis dan sos tomato

bawang dan cili di mayang dan tumis bersama
guna minyak zaitun tau...
kemudian masukkan udang, hingga udang bertukar warna
masukkan kicap dan sos tomato
akhiri dengan keow tiow dan kucai


gulai terung
terung, santan, serbuk kari dan lada mesin
kunyit, lengkuas dan bawang merah ditumbuk 
garam dan nise(gula melaka)

panas minyak dan tumis serbuk kari 
kemudian masukkan lada mesin dan masak hingga naik minyak
setelah itu masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga garing
setelah itu masukkan terung yang telah dibelah tengah
selitkan sikit ditengahnya dengan bahan tumis
lepas tu masukkan santan
perasakan dengan garam serta nise secukup rasa


nasi ulam
semangkuk nasi sejuk
bawang merah, halia di mayang halus
kelapa goreng dan ikan bakar
lada hitam, udang kering dan bawang goreng di tumbuk
daun kesum, serai, daun selasih, kacang botol, bunga kantan di hiris hiris

bahan tumbuk di gaul bersama kelapa dan ikan yang di racik racik kemudian di gaul semua
perasakan dengan garam serta gula, nak pedas boleh di racik juga cili padi
di makan bersama teur rebus dan sedap di hidang di awal pagi 



salmon kicap lemon
ikan salmon, lada hitam, bawang holland, cili besar
kicap manis dan perahan lemon

goreng ikan yang diperap bersama lada hitam
seketika cuma, jangan over nanti ia keras
kemudian tumis bawang serta cili
masukkan kicap dan sedikit air 
kemudian masukkan perahan lemon dan ikan

tauge bersama tauhu pok berkicap
tauge, cili merah besar, tauhu kering
bawang holland, bawang putih
kicap manis

mayang bawang dan tumis bersama cili besar
kemudian masukkan kicap
masukkan dulu tauhu yang di potong kecil dan goreng seketika
akhirnya masukkan tauge masak sederhana.


Gulai Ikan Tongkol
dua keping ikan tongkol/ikan ayer
lengkuas, kunyit, bawang merah, cili padi
santan cair, santan pekat
kacang panjang dan garam seta asam keping

tumbuk bawang cili kunyit dan lengkuas
masakkan ikan bersama bahan tumbuk dengan santan cair serta asam keping
masukkan kacang panjang dan kemudian santan pekat
perasakan sebaiknya dengan garam 












Bubur Barli
Barli direbus hingga masak
brokoli, tomato, carrot, sawi
bawang putih, minyak zaitu
bebola daging dan garam

tumis bawang putih dengan minyak zaitun dan kemudian masukkan bebola  daging
goreng garing bebola jangan sampai bawang hangit
didalam periuk rebusan barli yang telah masak kita masukkan sayur semua
kemudian akhiri dengan bebola dan bawang putih goreng tadi beserta minyaknya
perasakan bubur dan siap.


Salad Tauhu
Dua keping tauhu (digoreng)
kobis purple diracik
brokoli di rebus
tomato diracik
carrot di parut
bawang merah dihiris
sengkuang di dadu
cuka epal, minyak zaitun, lada hitam
garam dan gula

semua bahan di gaul rata.
siap

Mee Goreng Sotong
Sotong
Mee kuning
Bawang putih, bawang merah,
Sos tiram, kicap manis, cili kisar
Tauge, sayur sawi dan sebiji telur
Tumis bawang putih dan merah hingga garing,
Kemudian masukkan cili kisar lepas tu kicap
sesudah cili masak, masukkan sotong
sotong sudah masak masukkan sayur
akhirnya masukkan mee gaul rata dan telur pula, siap



Ikan Kerisi Masak Asam
seekor ikan kerisi
kunyit, bawang merah, bawamg putih
serai dan asam keping serta cili kisar
garam gula atau kiub pati ikan bilis
satukan semua bahan kedalam periuk kecuali ikan
masukkan air dan masakkan rempah hingga masak
kemudian baru masukkan ikan....masakkan ikan.....rasa dulu dan siap

 kek kukus 3 warna 
1. 150 grm tepung gandum
2. 1sdt baking powder
3. 50 grm mentega/majerin dicairkan
4. 300ml putih telur
5. 100grm gula pasir
6. 1sdt ovelat
tepung gandum di ayak bersama baking powder
telur putih di pukul bersama gula sehingga kembang
kemudian campur ovelat kedalam telur yang telah kembang
last sekali masukkan tepung dan mentega
bahagikan adunan ke tiga warna
kukus lapisan pertama 15 min dan seterusnya hingga habis.


cekodok sayur berkhasiat
1. Lobak merah di sagat
2. Potong daun sup, daun bawang dan bawang merah
3. segenggam bilis halus di rendam
4. secawan oat
5. dua cawan tepung gandum
6. secawan rumpai laut yang telah direndam
7. perasa secukupnya, lada hitam dan sebiji telur
Gaul semua bahan namun telur letak akhir sekali, panaskan kuali dan goreng.


Ayam Merah Berserai
1. Bawang merah, bawang putih, serai dan halia di mayang.
2. Sediakan semangkuk cili giling
3. Ayam secukupnya di perap bersama cuka epal seketika
4. Sediakan tomato dan bawang besar

kemudian,
tumiskan semua bahan yang di mayang hingga garing dan selepas itu masukkan cili giling.
biarkan bahan tumis mendidih seketika kemudian masukkan ayam dan letak sebanyak air bagi ayam masak sepenuhnya.
setelah ayam masak dan sambal kering masukkan tomato serta bawang besar.
hidangkan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...