Saturday, February 11, 2017

Pakaian ketika kenduri

Adab atau kebiasaan bila ke kenduri kita akan berpakaian sopan, berbaju kurung atau berjubah namun kini dan zaman sekarang, telah ramai orang melupakan kesopanan baik yang tua atau yang muda ....

Beberapa tahun lepas, ai terperanjat, melihat tetamu di satu majlis kahwin, seorang guru, bertshirt dan  berseluar jeans ... wah mana contoh teladan ni ....jika anda selesa dengan gaya itu, apakah anda selasa berada dalam kelompok yang bersopan penuh tertib dan gaya berbaju mengikut protokol..,. Dengan selambanya  berjalan gaya sempoi disaat orang lain sedang bergaya anggun dengan kebarung ...

Mungkin dalam perjalanan kesatu tujuan lasak tapi tak boleh kah bersabar seketika menyarung baju kurung merai majlis sedondon ...

Dan kini sudah ramai orang kebanyakan selesa bercelana ke kendurri kahwin .... macam pesta air, berseluar panjang fit, bertshirt berblouse panjang ....fuhh sungguh tak sopan di saat orang lain berpanas dengan baju labuh ..,,walau anda sedang holiday dan singgah makan kenduri , persiapkan diri dengan kebiasaan tema kenduri...nanti anak anak dan generasi akan datang akan buat amalan, pergi kenduri macam pergi bersantai ...

Berbaju kurung pakaian kita
Berkebarung penuh gaya
Jubah pun ok juga
Tetamu di sambut mesra
Tuan rumah disapa seadanya
Adab dijaga

Itulah pakaian kita bila kenduri kendara

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...