Wednesday, October 26, 2016

Makanan untuk kurus

Salam pagi rabu, berapa beratmu sekarang? ...kheeee....ai masih maintain lagi ....jaga jaga, biar sihat jangan terlebih sihat dah la, kang banyak penyakit

Nak kurangkan berat badan? Bolehlah cuba mengambil makanan berikut kerana ia mampu mengurangkan pengambilan kalori anda setiap kali dimakan. Pengambilan makanan yang bersesuaian amat membantu anda menurunkan berat badan tanpa perlu melalui rutin senaman yang ketat. 
Rutin senaman ketat tu tak perlu tapi hidup perlu aktif tau, tidur makan tidur makan tak boleh kurus jugak tau, kurang kurang jalan la 1000 langkah sehari tiga kali seminggu ...

Senarai makanan baik yang patut ada dalam list pemakanan kita ; 
1. Badam
Segenggam badam kaya dengan sumber antioksidan, vitamin E dan magnesium. Dikatakan badam mampu meningkatkan rasa kenyang jika dimakan. Ia biasanya banyak membantu mereka yang mengurangkan berat badan. 

2. Kopi
Minum lebih daripada satu hingga dua cawan kopi sehari boleh membuatkan anda resah dan gementar. Namun minum kopi dengan sederhana boleh membantu merangsang metabolisme dan menyekat selera makan. Rahsia kopi? Kafein dan juga antioksidan daripada biji kopi. Cuma jangan mengurangkan kesan baik itu dengan terlalu banyak gula atau krim.

3. Halia
Berkurun lamanya, kebanyakan budaya menggunakan halia berikutan kuasa pencernaannya. Tidak kiralah apa cara ia digunakan, halia bertindak sebagai perangsang yang memberi tenaga pada tubuh dan memperbaiki pencernaan. Ia sekali gus membuatkan anda kurang lapar.

4. Avokado
Penuh dengan serat dan asid lemak monotaktepu, avokado menyekat selera apabila dimakan dalam jumlah sederhana. Lemak dan buah ini menghantar isyarat kepada otak untuk memberitahu bahawa perut telah penuh dan kenyang.

5. Lada cayenne
Menurut kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal Physiology & Behavior, setengah sudu teh lada cayenne boleh merangsang metabolisme dan menyebabkan tubuh membakar 10 kalori tambahan dengan sendirinya. Bagi mereka yang tidak makan cili dengan kerap, boleh menambah lada cayenne kerana ia mampu membakar lebih kurang 60 kalori dalam hidangan seterusnya.  

6. Epal
Ada beberapa sebab pelbagai jenis dan variasi epal mampu membantu menyekat rasa lapar. Pertama sekali, epal penuh dengan serat mudah larut dan pektin yang membantu anda rasa kenyang. Epal turut mengatur glukos dan merangsang tahap tenaga. Akhir sekali, epal memerlukan masa untuk dikunyah dan ini membantu tubuh memberi masa untuk menyedari anda tidak lagi lapar. Paling penting, rasa epal sedap.

7. Telur
Kajian menunjukkan bahawa memakan sebiji atau dua biji telur sewaktu sarapan boleh membantu orang yang berdiet rasa lebih kenyang selama 24 jam jika mereka memakan roti bagel dengan jumlah kalori sama. Dalam kajian sama, mereka yang makan telur memakan 330 kalori rendah daripada mereka yang makan roti bagel pada hari yang sama.

8. Air
Adakah anda dapat menyekat selera dengan hanya minum lebih air kosong? Dalam sains, fakta ini benar. Dalam satu kajian pada bulan Ogos 2010, mereka yang minum dua gelas air kosong sebelum makan akan makan antara 75 dan 90 kurang kalori jika dibandingkan dengan mereka yang tidak minum air.

9. Ubi keledek manis
Menurut saintis makanan, ubi keledek mengandungi sejenis kanji yang melawan enzim pencernaan menjadikan ia kekal lebih lama dalam perut sekali gus buatkan anda rasa kenyang. Ubi keledek turut dipenuhi dengan vitamin A dan vitamin C.

10. Sup sayur
Sup panas berasaskan sayur-sayuran boleh mengenyangkan anda dengan pantas. Ia juga boleh mengatasi rasa lapar dengan kalori minimum. Cubalah makan semangkuk sebelum hidangan utama atau cuba ambil semangkuk besar sup sayur sebagai hidangan utama.

11. Coklat hitam
Sedikit coklat hitam membantu merendahkan rasa teringin kerana rasa pahit memberi isyarat pada tubuh untuk mengurangkan selera. Asid sterik dalam coklat hitam membantu memperlahankan pencernaan untuk membantu anda rasa lebih kenyang. Jika coklat hitam terlalu pahit, cubalah makannya dengan secawan kopi hitam kerana ia mampu mengeluarkan kemanisannya.

12. Tauhu
Sumber protein berasaskan tumbuhan seperti tauhu bukan hanya untuk mereka yang makan sayur atau vegetarian. Tauhu tinggi dengan isoflavone yang dikenali sebagai genistein yang mampu menyekat selera dan merendahkan pengambilan makanan. Makanan goreng pantas sihat adalah cara mudah untuk memperkenalkan tauhu dalam diet anda.

13. Wasabi
Pernahkah anda sedar apabila makan sushi, terasa kenyang dengan mudah? Ini kerana ikan yang terdapat pada sushi. Bahagian lain adalah berikutan dengan wasabi. Bahan berwarna hijau yang pedas ini menyekat selera. Ia juga antikeradangan asli.

14. Teh hijau
Jika anda bukan peminum kopi dan jemu minum air kosong, cubalah minum secawan teh hijau panas. Teh hijau boleh membantu menghentikan anda dari makan kudapan. Catechin dalam teh hijau membantu menghalang pergerakan glukos menjadi sel-sel lemak yang akan memperlahankan peningkatan gula dalam darah serta mencegah insulin tinggi dan penyimpanan lemak. Apabila gula dalam darah stabil, begitu juga dengan rasa lapar.

15. Mil Oat
Walaupun tinggi karbohidrat tetapi jenis karbohidrat dalam mil oat perlahan untuk dicerna dan memastikan anda rasa kenyang berjam-jam selepas sarapan. Ini kerana hormon ghrelin dalam mil oat menyekat selera makan. 

16. Jus sayur-sayuran
Jus sayur-sayuran boleh mengenyangkan. Jika anda minum jus sayur-sayuran sebelum makan, anda akan makan kurang daripada 135 kalori. 

17. Sayur-sayuran hijau
Jika anda mencari makanan berkhasiat tinggi yang boleh mengenyangkan selama berjam-jam, anda boleh pilih sayur-sayuran hijau. 

18. Salmon
Apabila anda makan ikan seperti salmon yang tinggi asid lemak omega 3,  tubuh meningkatkan jumlah hormon leptin dalam sistem. Leptin terkenal sebagai penyekat selera. 

19. Kulit kayu manis
Taburkan kulit kayu manis dalam makanan anda. Kulit kayu manis mampu membantu merendahkan tahap gula dalam darah yang dapat membantu mengawal selera.


 Amal la teh hijau, sangat bermanfaat terutama pada penghidap kencing manis dan penghidap masalah penghadaman, artikel ini petikan dari MW

Friday, October 7, 2016

Lobak putih dari pasar Payang

Isnin lepas sempena cuti maalhijrah tu, ai balik ganu dan rutin bila balik ganu bawak ma gi pasar payang, sebulan sekali ....zaman lpt2 ni dah dikenakan tol ni balik sebulan sekali jer la, dolu dolu balik la dua kali sebulan....sekarang ni dah tak larat dah di samping kekangan masa...alasan seorang anak ..maafkan kami ma ...

Berpagi pagi di pasar payang ni best, makcik makcik berjualan sayuran kampung di tepi masuk ke pasar payang tu cukup mewah...lenkali ai ambil gambar depa...sayur cukup murah, cukup banyak, pisang bertambun, musim rambutan ni pun meriah la....boleh dapat limau nipis rm2 berbiji biji, serai secekak cuma seringgit dan macam macam lagi....dan kali ai dapat lobak putih, masa beli tu siap berdaun lagi, kesegaran nya cukup memikat hati ...tapi regenya boleh la tahan, rm2 sebatang macam dibawah ni...ari tu adik ai masak lemak sawi letak lobak putih tak pahit pun tu yang berani beli tu ...
Beli la dua batang ....ni dah buang daunnya...silap tak snap sebelum,


Yang penting lobak putih ni memang baik khasiatnya, tinggi potasium...
Baik untuk mengawal tekanan darah, so bagi yang ada hipertensi sila amalkan..juga lobak putih itu boleh mengawal kolestrol....buat jus baru bermanfaat...pahit dan baunya power ooo, so jadi la sayur macam dia bawah, gulai udang cili api bersayur....sedap ooo lobak putih bila kejadiannya macam gini,


Masok lomak cili api udang bersayur

Bahannya,
Bawang merah, kunyit hidup, cili padi (ditumbuk halus@blend)
Santan kara setengah kotak kecik
Udang sederhana beberapa ekor
Daun kunyit dua helai
Lobak putih, brokoli, batang sederi
Ada tempoyak pun sodap

Caranya,
Dua gelas air dimasak bersama bumbu yang telah diblend tadi sehingga berbau semerbak dan menggelegak selepas itu sebatikan bersama santan dan kemudian masukkan daun kunyit serta semua sayur, sayur dah masak masukkan udang sehingga la udang masak...siap...

Selamat bercanda di petang jumaat ...terima kasih ...assalamualaikum


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...