Sunday, August 28, 2016

Cerita pasal duyan

Disebabkan pagi ni ai ponteng kelas tafakuh fiddin, maka ada masa terluang  ....mai sini nak cerita pasal duyan aka durian ....kheee, tapi sikit jer cerita nya dan ilustrasi di bawah adalah panduan untuk pecinta baru duyan ni ....ini yang ai gemari jer ,.....

Ni semua durian beserah .,..tapi kebun nya celah mana ntah ....yang pasti ia boleh didapati di kedai buah pakcik pisang lepas jambatan beserah tu

Ini pastinya musang king, rm35 sekilo, tapak sulaiman tu jelas kelihatan, nak makan kena tutup mata hulur duit not purple .....sebiji sudah, simpan duit dua bulan ....haha

Tapi rezeki masing masing, nak makan sedap berjimat la  ....sedapla

Ni pulak durian hijau, rm20 sekilo ....ini lagi sedap ....lebih sedap dari musang king, dikenali dengan kod D145 ....diawal kemunculannya dengan buah berlambak, harganya agak murah, rmbelas belas jer sekilo tapi dihujung musimnya rm20-25 sekilo. .....dekat kebun masuk tepi tangki air sg karang kuantan tu rm35 sekilo ...huh macam macam kerenah duyan di musimnya ni


Ni durian d101 atau di0i sedap gok Ni tapi isinya lembut sikit ....dan selayaknya untuk buat durian crepe ...regenya yang ini rm18 sekilo tapi kalau kat kuantan ni , kat kedai buah glomax bukit sekilau tu regenya rm12 sekilo ....duyan duyan 

Durian kampung nak makan balik kampung la....sekian dulu pertunjukkan durian, mai kita pi layan durian....dan mai kita berangan angan punyai dusun duyan 

Friday, August 19, 2016

Cerita pasal arwah edrus

Salam jumaat, ....
Lama sudah tak mencoret, rezeki masa untuk mencoret takde ....huhu
Dan hari ini rezeki itu ada, alhamdullillah

Namun cerita yang bakal disimpan di mingzhu hari ini adalah cerita yang menyayat hati ....

Jika sewaktu kehilangan dan pencariannya, masing masing mendoakan yang terbaik tapi berharap dengan baik dan fokusnya tidakla terlalu mendalam sebab isu kehilangan kanak kanak di malaysia sekarang agak tabu, jumpa atau tak adalah harapan di sandarkan kepada pihak polis

Dan semalam, polis telah menemuinya setelah seminggu....syabas polis malaysia

Penemuannya menyayat hati, dijumpai arwah dalam gaung ....ngeri dan kejam manusia durjana itu ....kenapa kenapa

Bayangkan saat saat kematian arwah....ya allah, anak syurga, damaila kau di sana Noor Amila Edrus Norsham

Arwah dikatakan hilang diculik ketika solat magrib di surau perumahan awam jinjang sentul pada 11/8/16

Suspek adalah abang ipar tiri mangsa yang berumur 25 tahun warga mynmar

Suspek melakukannya untuk mendapatkan wang bagi membayar hutang kerna dia percaya bapa mertuanyai wang cukup untuk menapung hutangnya

*Bapa arwah adik edrus nie ada 4 org isteri..
*Edrus anak isteri no 4. Dan dijaga oleh isteri no 2.
*made hamid(suspek) adalah suami kepada Nazurah Norsham iaitu ank prempuan kepada isteri no 2. 
*made hamid(warga mymar) adalah menantu kepada ayah edrus & isteri no 2.
*made hamid(suspek) adalah abg ipar kepada arwah edrus.
*isteri no 4(ibu kandung arwah) berkerja di klcc.

Belasungkawa ....anak yang bijak, 5 tahun dah ke surau, moga kau tenang disana

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...