Thursday, March 31, 2016

Sebentar selepas subuh sebentar selepas Asar

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT.
.
Lelaki tua berkain pelikat baca al Quran lepas asar. Saya temui dia lagi. Tenang bersahaja.
.
Sebaik sahaja saya duduk, dia berkata, "Ada dua nikmat yang ramai orang terpedaya dengannya, iaitu nikmat sihat dan nikmat mempunyai waktu yang lapang". "Ini sabda Rasulullah  (baca selawat) anak ku".
.
Saya jawab perlahan, "Benar". Dia sambung, "Agama itu nasihat". "Ini juga sabda Nabi (baca selawat)" .  Saya jawab sekali lagi, "Benar".
.
"Allah memuji orang yang menjalankan tugas nasihat menasihati. Tanpa nasihat, saling belajar mengajar dan akhlak yang mulia, masyarakat akan kucar kacir dan huru hara". Sambung beliau.
.
Saya mencelah, "macam syarahan politik pula". Dia jawab, "sudah terasa letih dalam umur sekarang". "Penat melihat masyarakat, berkucar lanar belaka".
.
Dia sambung, "Bekerja lah untuk dunia. Kita mungkin hidup lama lagi. Berusaha pula untuk akhirat, entah esok, entah lusa pergi lah kita".
.
Saya bertanya, "ramai kawan kawan tanya kenapa baca Al Quran lepas asar?".  Dia jawab, baca hadis Qudsi, berkata Abu Hurairah, bahawasanya Nabi (baca selawat) telah bersabda, Allah telah berfirman:

" Wahai anak Adam! Ingatlah kepada Aku sebentar selepas Subuh, dan sebentar selepas Asar, nescaya akan Aku memcukupimu (keperluanmu) antara kedua masa itu."
.
"oooooooo" terlopong saya mendengar. Nyata kita banyak terlepas pandang.

Tulisan Datuk Roslan di FB nya

Copy paste n sharing .....ser Lg nak sharing,

Esok minyak naik harga
ron 95 rm1.70, ron 97 rm2.05 diesel rm1.55
Naik seposen jer
Ok bai


Wednesday, March 30, 2016

Wednesday, March 23, 2016

Bantal lavendar

Bantal ni ai beli kat giant GB, KT....harga rm29.80 ....baunya lavendar memang harum dan kuat,...letak kepala rasa aman je ...mudah lena....jalur gelap tu lavendar la dalamnya

Jom tidur....sweet dream dear

Monday, March 21, 2016

Kesedihan masih terasa


Di kubur arwah aleeya
Salam terakhir petang ahad
Ku tinggalkan princess dengan sayu
Kesedihan kehilangan mu
Tiada pengubat
Kau la puteri dihati
Penyeri setiap sudut hati
Masih terasa keakraban itu
Masih terasa keriuhan itu
Masih terasa usikan mu
Kesedihan yang masih terasa
Al Fatihah

Thursday, March 17, 2016

Kematian itu pasti

Anak sedara ai yang dimasukkan ke PICU tengahari isnin meninggalkan kami pulang kerahmatullah pada jam 10.50 mlm selasa, menghembuskan nafas terakhirnya di HSNZ

Wan Nur Aleeya Balqis, 12 tahun anak bongsu kepada kak long dan abg long pergi sekelip mata, kerna jangkitan kuman ...anak syurga dengan wajah tersenyum selamat disemadikan pada jam 11 pagi semalam, 16/3/16 ...dalam kenangan

Arwah aleeya yang takkan luput di ingatan, semoga tenang di sana

Kerinduan bakal tiada penghujung, semoga syurga tempatnya ....nantikan kami dipintu syurga

Arwah yang periang, arwah yang sporting, .....tiada lagi permintaan sup lepas ni...
Che ma akan merindui permintaan itu ....dulu tiap kali singgah di kuantan, arwah awal awal pesan nak makan sup.....argh, rindu yang mencengkam.



Kematian itu pasti
Cepat atau lambat itu janji
Arwah aleeya dalam kenangan

Luluh hati saat menatap wajah syahdumu
Terbujur kaku bersama sebuah senyuman

Airmata kepiluan
Airmata kesedihan
Mengiringimu bersama sekalung doa
Agar bersemadi tenang di sana

Kerinduan yang takkan hilang

Princess aleeya 16/3/16
Kembali ke sisiMu ya allah
Tempatkan dia disisi umatMu yang terpilih

Tuesday, March 15, 2016

Kesakitan itu milik semua

Hari ini ai di hospital jertih ....tunggu anak saudara cirit birit....

Pertama kali menunggu pesakit, oppa tak pernah warded, ma pun belum pernah lagi di tahan di wad selama usia beliau 66 tahun.....pelbagai rasa, pelbagai karenah tapi hospital besut terbaik....nurse ok, guard ok....setakat tiga jam berada di sini pagi ni...kheee

Anak sedara ni muntah muntah dan berak berak,...masuk air makan ubat minum air garam 

Sorang lagi ada di hospital KT, PICU...asal cirit birit jugak tapi sekarang ada jangkitan kuman

Cuti sekolah patutnya depa berehat tapi kena rehat di hospital...kesian, bertabah la anak sedaraku

Pagi tadi sebelum pi hospital, abang ipar ai pulak tak sedar diri, tiba tiba tak bergerak tak bangun di kejut subuh, kalut satu keluarga, mak urut, oppa urut urut dia, isterinya sapu air di muka kepala..hampir 10 minit barula ada pergerakan..adus, berdebar semua orang....

Dalam wad ni ada makcik yang kencing manis, kakinya bernanah, ada makcik yang nampak sihat tapi darah tinggi yang tak stabil, ada demam yang kebas, ada anak dara yang nampak sihat tapi terbaring je, jarinya di hp jer.....x sempat interbiu lagi..

Sesiapa saja ada sakitnya,....ya Allah jauhilah kami dari bala bencana, sakit yang tiada ubatnya, permudahkan urusan kami ya allah





Sunday, March 13, 2016

Mirafilzah bersama mak abaH




Sumber penmerah.com fb ....sajer save gambar mira ni sebab teringat pada adiputraku.....khee

Tuesday, March 8, 2016

Cara solat gerhana


Esok 9 mac 2016, bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh malaysia akan dapat menyaksikan gerhana matahari bila mana kedudukan bumi bulan dan matahari dalam selari. 

Di malaysia kita akan dapat melihat sebahagian matahari tertutup tidak sepenuhnya yang mana ini dikenali sebagai fenomena gerhana matahari separa, hanya di indonesia akan dapat lihat penuh.

Hukum solat gerhana sunat muakkad, caranya seperti gambarajah di atas.....solat jemaah tau...

Amaran keras ni, jangan sekali kali melihat matahari tanpa penapis khas....boleh buta katanya

Jika terlepas menyaksikan gerhana matahari esok, kita perlu menunggu hingga 26 dis 2019, pada masa tu sebahagian kecil di selatan tanahair kita akan dapat menyaksikan gerhana matahari cincin manakala kawasan lain dapat lihat gerhana separa berbanding pada esok hari orang selatan akan tengok matahari penuh bersentuhan bulan di satu sisi matahari lebih kurang 5-6 min selepas terbit matahari

Kemuncak gerhana adalah sekitar jam 8.23 pagi, jom kita nikmati aturan Allah maha hebat ini



Monday, March 7, 2016

Ilham Dato Roslan

13 PERKARA PERLU BUAT. Insha Allah.
.
1. Tidur jam 10 malam. Bangun jam 4 pagi. 6 jam cukup. Campur tengahari tidur 1 jam. Sehari tidur 7 jam. Ia penting untuk istirehat badan.
.
2. Mandi dengan air sejuk dalam tempayan yang disimpan semalaman sebelum masuk waktu suboh.
.
3. Tahajud. Ia permulaan hari. Bermula atas sejadah dan pasrah pada Allah.
.
4. Baca al Quran. Sekurang kurangnya 2 lembaran setiap kali solat. Mulakan dua lembaran awal pagi. 
.
5. Exercise. Jalan 10,000 langkah. Cari jarak ke masjid 1000 langkah pergi, 1000 langkah balik. Cukup 10,000 langkah sehari.
.
6. Sedekah walaupun rm2. Sedekah awal pagi. Paling tidak sedekah senyum. Tebarkan salam.
.
7. Belajar "main saham". Buat duit sekurang kurangnya pada kadar purata rm500 setiap hari bekerja dengan pasaran saham.
.
8. Sarapan pagi dengan protein. 2 biji telor omega. Buah buahan. Kurangkan makan nasi. Mulakan dengan sekali sehari. Akhirnya sekali seminggu. 
.
9. Banyak minum air kosong. Minum sampai 3 liter sehari.  Perempuan 2.5 liter.
.
10. Puasa dua kali seminggu- Isnin dan Khamis. Akhirnya amalkan puasa Nabi Daud a.s . Selang selikan antara hari puasa dan hari tidak puasa.
.
11. Baca buku 100 muka surat sehari. Menulis sekurang kurangnya 1000 patah perkataan sehari. Tulis buku sekurang kurangnya 5 buah setahun.
.
12. Belajar dan baca buku agama 2 jam sehari. Kemudian berguru. Purata seminggu belajar 14 jam. Ia baru 8.3% sahaja dari masa dalam seminggu.
13. Istighfar. Selawat. Berdoa. Berdoa sekurang kurangnya 20 kali sehari. Minta dengan Allah. Permintaan paling utama - lebarkan rasa syukur. Syukur adalah kemuncak dari fondasi kehidupan. Ia menyuburkan rasa redha dan mendalamkan rasa sabar dalam kehidupan.

(Ilham lepas solat Maghrib) - Dato R 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...