Friday, January 29, 2016

Sejarah kaabah


Kaabah dan sejarahnya, penyeri jumaat hari ini....mari kita melihat kaabah, melihatnya mendapat pahala

Semoga jumaat barokah ini milik semua, selamat berhujung minggu .....

Thursday, January 21, 2016

Masalah dunia masalah kita

Semalam gempar, desakan dato mukhriz digugurkan dari menjadi mb kedah.....allah hu akbar, dunia sekarang penuh dengan masalah ....masalah dunia, porak peranda masyarakat....tahun dulu mb terengganu di gugurkan....dan kini terjadi lagi pada mb kedah pulak...bila orang profesianol menjadi tak profesianol....huru hara la....

Masalah dunia artis pun kembali menegang persada seni....kesian fasha shanda, tabahla dik

Masalah kita pulak masalah yang perlu kita hadapi walau kita nak lari...masalah apa la...apa apa je la, hidup ni kalau tiada masalah tiada ertinya, kena ada masalah barula berseri....ayoyo..namun apa jua masalah, serah pada Allah, bukan ngadu domba pada kawan pada fb pada sesiapa saja, luah rasa sekadar pelega tak salah tp bergantung harap selain pada ALlah tiada makna....

Masalah lori hantu pulak macam satu viral jugak...bermusim, lepas satu satu kemalangan melibatkan lori.....kesian adik nuraisyah....tabahla dik perjalanan hidupmu masih panjang, sesungguhnya dirimu terpilih untuk diuji....moga sentiasa dalam lindungan Allah

SabarLa, dunia ini penuh cabaran, masalah sentiasa ada, kadang kadang masalah dunia juga masalah kita, masalah mereka masalah kita juga, membantu setakat mampu, berdoa buat semua....amin

Saturday, January 16, 2016

Gandalf gemar Berjalan


Kucing baka siberian ini diberi nama gandalf dan gemar berjalan....kaki travel ini telah terbang dari korea ke california..melawat dua buah negara dan 8 buah negeri....untung kau cat

Ai pun 8 buah negeri belum genap....naik kereta gak ...naik kapal terbang pun time ada emergency nak balik ganu masa kerja kat kay el dulu....nak dapat 2 buah negara bila ntah, tunggu duit genap baru  dapat gi umrah baru la dapat berangan ke negara negara lain...dapat ke korea pun jadila, tak pun belanda, switzerland, german, jepun......ho chi minch pun x napok bayang.. 

Doakan ai murah rejeki yer kengkawan.....jom buat pasport

Thursday, January 14, 2016

Kes bauksit ni



Ni la hasil kepada penduduk kuantan....satu lagi tak snap, keretakan cermin depan, akibat lontaran pasir bauksit dari lori bauksit yang di hadap setiap hari di jalan bypass gebeng ini....

Esok hari terakhir bauksit boleh beroperasi dan tiga bulan direhatkan untuk kajian....kita tengok la macam mana kegiatan ini, yang haram tu boleh insafke....yang halal ikutla peraturan kot, kita tengak la sejauh mana penguatkuasaannya....semoga ai tak perlu basuh kereta tiap tiap minggu lagi

Peritnya bauksit ni memang tak tertanggung, lori yang laju menakutkan, debu yang menkaburkan, lecak yang melicinkan....berbulan banyak kereta dalam keadaan sumpah seranah je, percikan air merah bila hujan menjijikkan hati.....apa nak buat dah rezeki, kami redha je, rezeki kami debu merah...harap harap ada kebaikan..dua kali tayar lori bauksit hempap kereta dan kes terakhir menyayat hati membuka mata pihak bertanggungjawab, pergi arwah cikgu laili menyedihkan kami penduduk balok sg karang.....

Marah teramat sebab nanti nak kena tukar cermin kereta, tapi apa nak buat.....orang lain lagi teruk menjadi mangsa...moga semua dapat menarik nafas lega...

STOP BAUKSIT, HAPUSKAN PEMERDAGANGAN TANAH INI......

Setelah dua minggu, ai baru teringat ke mingzhu....huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...