Thursday, December 29, 2016

Cara mudah rawat Jerawat

cara alami yang menjimatkan bisa merawat jerawat , antaranya,

1. Basuh muka dengan air rendaman daun sireh, selawat tiga kali dan basuhla dengan air rendaman sireh yang telah sejuk dan layu dan biar ia kering dimuka

2. Sapu muka dengan minyak yang diperah limau, sebelum tidur perah limau dengan sesudu minyak dan sapukan keseluruh muka, agak pedih sedikit tapi sementara, kemudian esoknya basuhla dengan air rendaman asam gelugur

3. Bancuh susu tepung dengan sedikit air dan tempekkan keseluruhan muka setiap malam, setelah kering bilas dengan air suam

4. Basuh muka dengan air beras, biar ia kering kemudian cuci dengan air bersih.

5. Campurkan putih telur ayam kampung bersama sesudu tepung jagung dan minyak zaitun, sapu seluruh muka hingga kering kemudian bilas dengan air suam, amalkan dua kali seminggu.

6. Asah kayu manis dan campur madu, oleskan ke muka sebelum tidur , bersihkan esok pagi dengan air bersih, amalkan tiga kali seminggu

7. Buat bedak sejuk sendiri, giling atau kisar segenggam beras bersama daun inai, bulatkan kecil kecil kemudian jemur kering, simpan dibekas kedap udara, bila nak guna, titis jus limau nipis dan sapu keseluruh muka. Amal dua kali seminggu

Cuba cuba la ya, diambil dari majalah MW - majalah kegemaran

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...