Friday, December 23, 2016

12 barang yang perlu ada untuk sihat



Berikut adalah dua belas yang perlu ada untuk mengubah gaya hidup kearah lebih sihat ....gaya hidup dizaman serba sibuk perlula semudah abc, yang pantas dan ringkas lagi menyenangkan, barang ini adalah dicartakan di mingguan wanita, tapi ai tak nak promote brand nya, bagitau barangnya ajer, brand lain pun bagus....12 tersebut ialah,

1. Breadmaker aka BM iaitu pembuat roti dengan fungsi menghasilkan roti kegemaran dari bahan sihat dengan mudah dan cepat 

2.  Air fryer - alat untuk menggoreng makanan tanpa minyak

3. Shake N Take - pengisar buah dan pembuat jus yang dapat dibuat minum terus

4. Pengukus - makanan kukus lebih sihat

5. Double pan aka magic pan - memanggang akan lebih mudah, 

6. Mesin yogurt automatik - bolih buat segar sendiri

7. Ketuhar oven - buat cookies buat kek dengan jayanya, jimat duit tak perlu beli famous amos

8.  Pengekstrak jus untuk buat jus yang komplek, halus dan ditapis baik seratnya

9. Pengesan kecergasan - alat untuk merekodkan aktiviti senaman, mengesan langkah dan jarak perjalanan

10. Bola senaman - bagus untuk latihan senaman dan yoga bagi bersenam dengan berkesan bagi membantu postur tubuh

11. Exercise band - alat senaman yang ringan dan mudah diguna, 

12. Makanan tambahan - vitamin dan supplement yang disarankan doktor

Yang pasti ikut kemampuan, ayuh hidup sihat dengan idea simple ini,
Petikan dari MW

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...