Tuesday, April 5, 2016

Cara kawal kolestrol

Ini cara dato roslan kawal kolestrol, petikan dari fb beliau

Kata beliau,

Sebahagian dari 7 amalan baik yang saya buat.

# Kismis.  Setiap malam sebelum tidur letak kismis dalam air dan masukkan dalam peti ais. Bangun subuh dini minum dan makan kismis telah kembang itu. InshaAllah kadar kolestrol dalam darah berkurang.
.
# Bangun pagi, sarapan dengan oat dahulu.
.
# Makan Tuna. Boleh juga telor omega 3. Semua ini baik. Ia kurangkan kadar kolestrol LDL.
.
# Makan jambu batu, 2 biji sehari. Ia juga mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan.
.
# Amalan minum teh hijau, brokoli, bawang, minum jus delima atau makan limau kering. Semua ini ada flavanoid. Ia bantu singkir lemak LDL dan mengurangkan risiko kena serangan  jantung.
.
# Minum jus epal. Campurkan dengan carrot juga sedap.
.
# Jumpa mangga . Beli dan makan. Sedap juga dibuat jus. Tiada mangga, betik dan kiwi boleh jadi pengganti.

Tambahan bonus : Minum air minum air minum air.

Yang pastinya kurangkan makanan bergoreng, ayam goreng pasar malam tu jangan kerap sangat beli, kfc pun sama....amalkan pemakanan sihat, sekali sekala derhaka takpe jangan over,..amalkan juga minum cuka lepas makan, sunnah nabi tu....minum air bercampur cuka epal, cuka kurma lebih baik.

Mari kita hidup sihat, kalau dah tahu ada kencing manis jangan la minum teh susu ....huhu

Kalau dah tahu ada darah tinggi, jangan makan daging lembu lagi

Kalau dah tahu ada kolestrol tu, bersenam la ....bakar lemak di bawah cahaya matari, di musim el nino ni, pagi pagi tu bawak bawak la ke laman, berdiri siram pokok pun peluh menitik dikaki

Kalau dah tahu minum air masak itu lebih baik, jangan la minum air manis....

Kolestrol adalah mendapan sekian lama, hapuskan bersama ......kheee

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...