Thursday, March 31, 2016

Sebentar selepas subuh sebentar selepas Asar

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT.
.
Lelaki tua berkain pelikat baca al Quran lepas asar. Saya temui dia lagi. Tenang bersahaja.
.
Sebaik sahaja saya duduk, dia berkata, "Ada dua nikmat yang ramai orang terpedaya dengannya, iaitu nikmat sihat dan nikmat mempunyai waktu yang lapang". "Ini sabda Rasulullah  (baca selawat) anak ku".
.
Saya jawab perlahan, "Benar". Dia sambung, "Agama itu nasihat". "Ini juga sabda Nabi (baca selawat)" .  Saya jawab sekali lagi, "Benar".
.
"Allah memuji orang yang menjalankan tugas nasihat menasihati. Tanpa nasihat, saling belajar mengajar dan akhlak yang mulia, masyarakat akan kucar kacir dan huru hara". Sambung beliau.
.
Saya mencelah, "macam syarahan politik pula". Dia jawab, "sudah terasa letih dalam umur sekarang". "Penat melihat masyarakat, berkucar lanar belaka".
.
Dia sambung, "Bekerja lah untuk dunia. Kita mungkin hidup lama lagi. Berusaha pula untuk akhirat, entah esok, entah lusa pergi lah kita".
.
Saya bertanya, "ramai kawan kawan tanya kenapa baca Al Quran lepas asar?".  Dia jawab, baca hadis Qudsi, berkata Abu Hurairah, bahawasanya Nabi (baca selawat) telah bersabda, Allah telah berfirman:

" Wahai anak Adam! Ingatlah kepada Aku sebentar selepas Subuh, dan sebentar selepas Asar, nescaya akan Aku memcukupimu (keperluanmu) antara kedua masa itu."
.
"oooooooo" terlopong saya mendengar. Nyata kita banyak terlepas pandang.

Tulisan Datuk Roslan di FB nya

Copy paste n sharing .....ser Lg nak sharing,

Esok minyak naik harga
ron 95 rm1.70, ron 97 rm2.05 diesel rm1.55
Naik seposen jer
Ok bai


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...