Tuesday, March 15, 2016

Kesakitan itu milik semua

Hari ini ai di hospital jertih ....tunggu anak saudara cirit birit....

Pertama kali menunggu pesakit, oppa tak pernah warded, ma pun belum pernah lagi di tahan di wad selama usia beliau 66 tahun.....pelbagai rasa, pelbagai karenah tapi hospital besut terbaik....nurse ok, guard ok....setakat tiga jam berada di sini pagi ni...kheee

Anak sedara ni muntah muntah dan berak berak,...masuk air makan ubat minum air garam 

Sorang lagi ada di hospital KT, PICU...asal cirit birit jugak tapi sekarang ada jangkitan kuman

Cuti sekolah patutnya depa berehat tapi kena rehat di hospital...kesian, bertabah la anak sedaraku

Pagi tadi sebelum pi hospital, abang ipar ai pulak tak sedar diri, tiba tiba tak bergerak tak bangun di kejut subuh, kalut satu keluarga, mak urut, oppa urut urut dia, isterinya sapu air di muka kepala..hampir 10 minit barula ada pergerakan..adus, berdebar semua orang....

Dalam wad ni ada makcik yang kencing manis, kakinya bernanah, ada makcik yang nampak sihat tapi darah tinggi yang tak stabil, ada demam yang kebas, ada anak dara yang nampak sihat tapi terbaring je, jarinya di hp jer.....x sempat interbiu lagi..

Sesiapa saja ada sakitnya,....ya Allah jauhilah kami dari bala bencana, sakit yang tiada ubatnya, permudahkan urusan kami ya allah





3 comments:

  1. Ya Allah,, smoga disembuhkn dr pnyakit tersebut :'( bertabah lah

    ReplyDelete
  2. dah musim... kurangkang bermian di luar rumah... banyakkan minum air kosong...

    ReplyDelete
  3. Allah bg sakit sbb allah syg. Bagi ingatan n keampunan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...