Monday, March 7, 2016

Ilham Dato Roslan

13 PERKARA PERLU BUAT. Insha Allah.
.
1. Tidur jam 10 malam. Bangun jam 4 pagi. 6 jam cukup. Campur tengahari tidur 1 jam. Sehari tidur 7 jam. Ia penting untuk istirehat badan.
.
2. Mandi dengan air sejuk dalam tempayan yang disimpan semalaman sebelum masuk waktu suboh.
.
3. Tahajud. Ia permulaan hari. Bermula atas sejadah dan pasrah pada Allah.
.
4. Baca al Quran. Sekurang kurangnya 2 lembaran setiap kali solat. Mulakan dua lembaran awal pagi. 
.
5. Exercise. Jalan 10,000 langkah. Cari jarak ke masjid 1000 langkah pergi, 1000 langkah balik. Cukup 10,000 langkah sehari.
.
6. Sedekah walaupun rm2. Sedekah awal pagi. Paling tidak sedekah senyum. Tebarkan salam.
.
7. Belajar "main saham". Buat duit sekurang kurangnya pada kadar purata rm500 setiap hari bekerja dengan pasaran saham.
.
8. Sarapan pagi dengan protein. 2 biji telor omega. Buah buahan. Kurangkan makan nasi. Mulakan dengan sekali sehari. Akhirnya sekali seminggu. 
.
9. Banyak minum air kosong. Minum sampai 3 liter sehari.  Perempuan 2.5 liter.
.
10. Puasa dua kali seminggu- Isnin dan Khamis. Akhirnya amalkan puasa Nabi Daud a.s . Selang selikan antara hari puasa dan hari tidak puasa.
.
11. Baca buku 100 muka surat sehari. Menulis sekurang kurangnya 1000 patah perkataan sehari. Tulis buku sekurang kurangnya 5 buah setahun.
.
12. Belajar dan baca buku agama 2 jam sehari. Kemudian berguru. Purata seminggu belajar 14 jam. Ia baru 8.3% sahaja dari masa dalam seminggu.
13. Istighfar. Selawat. Berdoa. Berdoa sekurang kurangnya 20 kali sehari. Minta dengan Allah. Permintaan paling utama - lebarkan rasa syukur. Syukur adalah kemuncak dari fondasi kehidupan. Ia menyuburkan rasa redha dan mendalamkan rasa sabar dalam kehidupan.

(Ilham lepas solat Maghrib) - Dato R 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...