Tuesday, March 8, 2016

Cara solat gerhana


Esok 9 mac 2016, bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh malaysia akan dapat menyaksikan gerhana matahari bila mana kedudukan bumi bulan dan matahari dalam selari. 

Di malaysia kita akan dapat melihat sebahagian matahari tertutup tidak sepenuhnya yang mana ini dikenali sebagai fenomena gerhana matahari separa, hanya di indonesia akan dapat lihat penuh.

Hukum solat gerhana sunat muakkad, caranya seperti gambarajah di atas.....solat jemaah tau...

Amaran keras ni, jangan sekali kali melihat matahari tanpa penapis khas....boleh buta katanya

Jika terlepas menyaksikan gerhana matahari esok, kita perlu menunggu hingga 26 dis 2019, pada masa tu sebahagian kecil di selatan tanahair kita akan dapat menyaksikan gerhana matahari cincin manakala kawasan lain dapat lihat gerhana separa berbanding pada esok hari orang selatan akan tengok matahari penuh bersentuhan bulan di satu sisi matahari lebih kurang 5-6 min selepas terbit matahari

Kemuncak gerhana adalah sekitar jam 8.23 pagi, jom kita nikmati aturan Allah maha hebat ini



1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...