Thursday, January 14, 2016

Kes bauksit ni



Ni la hasil kepada penduduk kuantan....satu lagi tak snap, keretakan cermin depan, akibat lontaran pasir bauksit dari lori bauksit yang di hadap setiap hari di jalan bypass gebeng ini....

Esok hari terakhir bauksit boleh beroperasi dan tiga bulan direhatkan untuk kajian....kita tengok la macam mana kegiatan ini, yang haram tu boleh insafke....yang halal ikutla peraturan kot, kita tengak la sejauh mana penguatkuasaannya....semoga ai tak perlu basuh kereta tiap tiap minggu lagi

Peritnya bauksit ni memang tak tertanggung, lori yang laju menakutkan, debu yang menkaburkan, lecak yang melicinkan....berbulan banyak kereta dalam keadaan sumpah seranah je, percikan air merah bila hujan menjijikkan hati.....apa nak buat dah rezeki, kami redha je, rezeki kami debu merah...harap harap ada kebaikan..dua kali tayar lori bauksit hempap kereta dan kes terakhir menyayat hati membuka mata pihak bertanggungjawab, pergi arwah cikgu laili menyedihkan kami penduduk balok sg karang.....

Marah teramat sebab nanti nak kena tukar cermin kereta, tapi apa nak buat.....orang lain lagi teruk menjadi mangsa...moga semua dapat menarik nafas lega...

STOP BAUKSIT, HAPUSKAN PEMERDAGANGAN TANAH INI......

Setelah dua minggu, ai baru teringat ke mingzhu....huhu

2 comments:

  1. teruknya keaadaan kat sna..harap2 cepatlah berakhir semua ni..kesian kat penduduk setempat..debu dan habuk yang di sedut setiap hari..

    ReplyDelete
  2. Husband kt Swiss garden and area dh teruk Sgt...dek kerana baukSIT...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...