Thursday, December 31, 2015

Selamat tahun baru 2016

Selamat tahun baru kengkawan....

2015 akan berlalu beberapa minit lagi....ku tinggalkan dengan pelbagai kenangan

2016 akan datang beberapa minit lagi....ku tunggu dengan penuh harapan

Tadi magrib ai singgah solat di surau putih IM16, lawa suraunya, macam banglo, belakang shell im16    sana, masuk tempat wuduk tengok tengok ada 3 orang anak kecil sedang membasuh tandas mengemop tempat wuduk....bagusnya...alangkah beruntung mak ayah yang dapat anak yang rajin begini.....lepas solat, ai interview la anak anak itu....sikecil sekali yang keletah, namanya Ira, umur 6 tahun, membersih dengan kerelaan hati....subhanallah, besarnya pahala yang kau kutip nak Ira

Tinggalkan surau dengan lambaian anak anak syurga....ya allah permudahkan urusan anak anak ini

Mengutip cerita sepanjang disember,..... dua minggu terakhir, keluarga ai diuji dengan kematian pak manakan, ayah sue....arwah meninggal pd 18/12 di ruwais, abu dhabi kerna kemalangan di tempat kerja.....adus, kesedihan datang lagi, namun ciksue dan anak anak kelihatan tabah.....hari pertama berita kematian, kesana kemari ai dan oppa, petang sampaikan berita kepada nenek sebab ciksue tak sanggup bagitau, malamnya ma sampai dari KT, esok siangnya hari kedua bawak nenek kerumah ciksue, 23/12 jenazah dibawa pulang, ai bawa pulang ciksue ke besut, 24/12 jenazah dikebumikan, 26/12 bawa ciksue balik kuantan....dan hari hari seterusnya kerap la ke IM15

Maka tinggal la 2015 dengan satu peristiwa besar di penghujung, maka moga tahun akan lebih baik

Mudah mudahan semuanya akan dipemudahkan meniti hari kian mendatang

Monday, December 28, 2015

Kabhi khushi kabhi Gham

Walau dekat tp masih jauh
Namun ku tak berdaya
Hanya kesedihan dan air mata

Kadang gembira kadang sedih

Kini melupa kerna benci
Membenci kerna biadap

Kenang masa susahmu, renung masa depanmu
Sedarla kedudukanmu, tolehla kebelakang,
Pada tangan yang pernah menyuapmu
Pada bahu yang pernah kau sandarkan

Hormati yg tua
Sayangi yg muda

Ya Allah, ampunilah dosaku
Sesungguhnya aku hambaMu yg lemah....
PadaMu ku mengadu
Bukala hijabMu yg terbaik

Kabhi khushi kabhi gham

Saturday, December 19, 2015

Donut Seposen



Donut seposen???....macam tak percayakan, namun adik Waliuddin chua ni membuktikan bahwa, masih ada lagi keuntungan kalau tidak masakan dia mampu menjualnya dan masuk tb3 doh.....donut kat cheras tu cerah sikit, ikhlas nya dia, donut tb3 gelapnya...kheee

Dengan menjual donut seposen, mualaf yang baru 4 tahun memeluk islam berjaya menerima tempahan sebanyak 4000 donut, dgn lima pekerja sekarang

Semalam juga dalam berita ada awek jual nasi lemak lima puluh sen di temerloh....syabas

Dan kini kat lorong 1/3 damansara kuantan juga pagi pagi ada nasi lemak singgit

Berniaga sambil berjariah, amalan mulia, moga mereka mereka yang berhati mulia terus maju jaya

Friday, December 18, 2015

MPO - a famosa freeport outlet

Minggu lepas ai ikut kak long jenjalan, dari kuantan kami ke labis,segamat kemudian masuk alor gajah cari kesesakan di a famosi, maka masuk la kami kat bawah ni

Best jugak, banyak lagi outlet belum di buka, pemandangan nya cantik, beza la jpo dengan mpo...
Orang punya beratur kat kedai nike berjujuks....tempat baru, banyak yang perlu di teroka....

Exit alor gajah tu lepas tu ke afamosa ikut je kereta banyak banyak tu, dari jauh dah nampak bangunan seiras di belanda tu, lawa.....ada yang panggil mpo ...ni la dia, freeport a famosa outlet




Thursday, December 17, 2015

Bila kematian di viralkan

Dunia smartphone kini cukup banyak fitnah, semudah abc berita terpapar, pelbagai cerita keluar, benar tak benar mudah saja tersebar....

Kisah terkini, kematian pun dipalsukan, orang yang hidup di kata mati dah jadi semacam trend penceritaan yang tiada berkesudahan....golongan artis dan ulamak menjadi mangsa, depa masih ada lagi di takziahkan....adus, nak lariskan amenda ntah...al kisahnya, Tan Sri jin shamsudin dikatakan telah meninggal, padahal bintang bukit kepong masih ada lagi cuma sedang menhadapi penyakit alzheimar..

Apa motif ntahla, menviralkan kematian palsu orang, menyusahkan betul, sedara akan risau, kerabat dan kawan kawan akan sibuk berhubungan mencari kebenaran....

Yang pasti mati itu pasti...bersiapla kita

Adus, tiada benar lagi di zaman it, tiada rahasia lagi kini, apa jua boleh didedahkan....semacam di bawah ni, ai tunjukkan rahasia sarapan pagi ai tadi....kheee, hav a nice day frenzs


Tuesday, December 15, 2015

Berubat dengan Air Batu

Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama....

Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika  ditempelkan dgn  ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.

Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.
Badan kita  akan terasa ringan dan bertenaga. 

Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan  lebih muda.

Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung. 

Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai  Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.

Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pada titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi
mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu,  memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.

 Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang. 

Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi  ini ternyata  lebih  efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan. 

Terapi  ini juga dapat  meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, keran teknik ini  menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah

Teknik ini  mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit. 

Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.
Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:
1. mengatasi sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualiti tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif     pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat  manfaat. Semoga berjaya....


Ni caranya, ni copy paste dr fb save sini sebab senang nak cari nanti ....credit tuk penulis, semoga penulis dirahmati

Sunday, December 13, 2015

Konsert gegar vaganza

Setelah sekian lama menyepi, .....malam ni jari nak menari....

Nak bagitau gini jer.....kenapa suara zamani tu lain bebenor......lari tempo ka....haha

Kenapa lak tetiba malam ni oppa ni layan konsert gegar vaganza ni.....adus....x minat

Tiket rm1000 fuyooo......ramai artis jer.....siapa yang untung?

Sakan Dato vida

Juara dapat rm100000....siapa juara? ..malas layan la, oppa dah tertido, kita tukar channel

Tahniah buat juara gegar vaganza, tahniah dato vida !!!!

Thursday, December 3, 2015

Menu malam jumaat

Udang cereal .....resepinya ada di google...haha...wallah with oat ..


Malam jumaat malam mustajab......jom tido, tuan anas pun dah tido, perempuan dengan cincin besar tu kak engku la..interprem jo ....tudung tudung cik ayu maisarah yg lawa lawa tu siapa punya? Sampai last x dapat capture sapa yang sponsor......

Selamat malam kawan, tiga kul dulu dengan ayatul kursi sebelum titun....11.11 pm ni

Tuesday, December 1, 2015

Kesan muzik terhadap Emosi

Muzik mempunyai elemen terapeutik dan boleh mencetuskan kepelbagaian perasaan oleh individu yang mendengarnya bergantung pada jenis muzik itu sendiri. Kesannya, muzik membangkitkan reaksi emosi berbeza. Lagu kebangsaan contohnya, sering membangkit rasa semangat manakala lagu lagu yang dimainkan dalam pertandingan sukan juga bertema dan bertujuan pembangkit semangat kesukanan bagi yang bertanding.

Sebaliknya muzik yang berentak perlahan memberi kesan yang menenangkan. Malah pengunaan muzik bersifat instrumental dengan ritma perlahan sering digunakan dalam kaedah kaedah relaksasi.

Muzik merupakan salah satu daripada aktiviti yang melibatkan penggunaan keseluruhan otak. Ia adalah sesuatu yang dihargai dalam semua budaya dan memberikan faedah yang pelbagai. Kajian empirikal jelas menunjukkan bahawa muzik mempunyai ciri ciri yang dapat membantu seseorang individu untuk mengalami perasaan positif hasil penggunaannya.

Kesan emosi dari muzik dapat dilihat melalui perubahan fisiologi badan yang berlaku. Bergantung pada rentak muzik yang dimainkan, perubahan kadar jantung, tekanan darah dan kadar pernafasan dapat dilihat.

Selain itu, kajian empirikal turut mengaitkan muzik denga rembesan hormon endorphin. Ia merupakan sejenis hormon yang berfungsi untuk menghalang rasa kesakitan dan memberikan perasaan lega, gembira dan seronok.

Hasil karya,
Prof Madya Dr Hairul Anuar Hashim

Nota kaki ; ai sedang melatih jari menaip sesempurna mungkin, ini adalah petikan dari artikel kesihatan MM 29 nov 2015...... Hayatilah melodi ini, kemahalannya mengerunkan

http://youtu.be/Xe11Pp1g39I







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...