Saturday, June 20, 2015

CnP khasiat kurma

Sekadar perkongsian ilmu.

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan di dekati jin?
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih menyihatkan daripada kaviar?
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma kaya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

Panjang-panjangkanlah agar lebih ramai yang tahu. Selamat makan kurma di bulan Ramadhan

Ini barang pun amat baik untuk tenaga seharian,...koko tamar (promosi free..khee) ambil waktu sahur bersama oat cukup mengenyangkan ke petang...sila la beli

Thursday, June 18, 2015

Sehari sudah puasa

Dan hari ini genap sehari sudah kita berpuasa.....alhamdullillah

Dan hari ini terawih kedua kita.....eh kenapa ai tulis entri waktu terawih ni....hahaha...cuti da, ABC

Pagi tadi waktu nak solat subuh dan mandi, dan terlihat la, argh...im bocor, festday posa dah tak posa...sedihnya, nasib baik festerawih dapat....ya allah aku bersyukur atas semua nikmat yang KAU berikan....seminggu awal nampaknya di bulan puasa ni....adus, tiada tanda tiada rasa

Pss pe cer ni....haha

Malam ni free, sebelum ni agak sibuk la jugak, tu yang entri mingzhu asyik berkurang....huhu, walau bagitu kain setambun masih banyak....

Sempena malam free ni mai ai nak cerita, ala ala food review tapi tiada gambar...boleh ka? ....boleh jer, blog ni ai punya, ai punya suka la nak design macam mana....eh berlagak, bukan tinggi rating pengunjung pun....haha...nak dapat 100uv sari pun sakit....tapi takpe la, ai menulis kerna suka bukan kerna nama......ntah pe pe....

Balik kepada food review kita....semalam lepas terawih, kelaparan la jugak sebab keluar rumah sebelum magrib lagi, sebabnya merayap ke pasar malam kat jaya gading nak cari sambal hitam....namun hampa, tak dijual la pulak....melalut lagi....haha

Semalam ai dan oppa makan kat brotherhood IM15, nengok kat depan restoran macam gerun je, orang pun xde, reger terpamer depan pintu pun menggerunkan....tapi sebab feel kami ni mencuba dimana jua, masuk la....western stail.....

Tengok menu, banyak pilihan, rege pun banyak ragam....takpe...kalau sedap kita halalkan...

Balik kepada food review, kat Brotherhood ni....kami order, ribena susu satu, onion ring, chicken grill salad dan spageti meatball blackpepper..,.share ler....sharing is caring.....

Sesampai makanan, ...huyoo....gedabak meatball....pinggan yang besar...kolor sos yang menarik, look creamy, salad pulak, atasnya cebisan roti dan ayam grill terlindung dibawah dengan salad butterhead yang banyak crunchy.....onion ring agak kebrownan.....bayangkan yer, xde gambar yer, hp abis bateri...haha

Dan rasanya....wallah...padan la sangat dengan harga, kami puashati, meatball gedabak tapi sedap, homemade la tu kali sebab di meatball, tersembur sembur bawangnya...haha....manakala spagettinya, huh power sos blackpepper dia, hitam yang menawan.....so creamy.....lima bintang utk spageti, manakala untuk saladnya...hmmm mayonis masam secukup rasa, ayam panggang perfect dan onion ring yang gelap itu jugak sedap sedap.....cuma riben susu je lain jer rasa, sebab kami tak pernah minum, rasa masamnya benar atau tidak.....masam macam susu basi jer.....ikhs..telas je semua ....takde la sakit perut....ok....lima bintang untuk brotherhood im15, keluar restoran dengan senyuman walau melayang rm45 untuk semua food yang direview itu......

diam kekenyangan dan jam menunjukkan jam 11 mlm...kul 12 tido....kul 4.30 pagi bangun sahur....

Dan akhir kata, selamat berpuasa buat kawan semua.....tutup tab, lipat baju lak..

Waktu berbuka kuantan


Monday, June 15, 2015

Ubat sakit gigi



Seminggu sibuknya ntah pe pe ntah, tak sempat mencoret dan memblog walking....huhu.

Hari ni jimatkan masa kita terus cerita berkaitan dengan tajuk...

Ubat sakit gg yang mujarab, kumur dengan air rebusan buah rhu...kawan sekelian pernah tengok buh rhu? ....buahnya kecik kecik je, sepanjang pantai balok ada banyak pokok rhu, so senang ai nak dapatkan buah rhu macam dalam periuk di atas

Kutip buah rhu bawah pokok rhu, rebuskan dan kumur bila air dah sejuk, jangan kumur masa panas sebab kalau gusi dah bengkak tak elok kumur dengan air panas, gusi yang sakit, gg yang renggang dan berlubang yang menyakitkan sedikit sebanyak akan terubat dengan cara ini....

Selamat mencuba....

Sunday, June 7, 2015

Batu permata di pantai Moroco

ya rabbi....kekuasaanMU maha besar, maka KAU timbulkan khazanah itu sebagai petanda

save method..fb viral

Friday, June 5, 2015

Cerita petang jumaat

Mengisahkan perihal mesin basuh yang rosak dan tukang repair

Mesin basuh yang rosak ni bukan berlaku pada petang jumaat ini tapi dah sebulan. Selama sebulan jugak ai dah membasuh mengguna tenaga empat kerat ni, rendam, kicah, bilas ...siap....khee

Sebulan lepas, mesin tu tak boleh gerak langsung, maka panggil la pembaiki mesin basuh di area berdekatan ni, lagaknya dari beserah tapi dekat van beralamat bukit bearut...entahla, tak tanya pun sebab datang ambil cepat sangat dan perginya cepat sangat....bila dah dua minggu tiada kabar berita, oppa talipon tanya, dijawabnya akan diberitahu kemudian...ok la, sibuk tu banyak yang nak direpair barangkali....

Dalam pada menunggu mesin basuh yang di repair, kawan oppa bagi mesin basuh lama dia, minta tolong kawan yang ada hilux, bawak balik dan esoknya....esoknya nak guna, tak boleh on jugak...lor, panggil la tukang repair pulak, lain syarikat pulak....gong gang gong gang...esoknya perepair baru ni talipon bagu tahu, banyak la nak kena repair, tukar motherboard...huk alos, mesin buruk...kos tinggi, abaikan je la....so repairer hantar balik rumah, dan yang buat rasa bestnya, kosnya rm40...huk alos, mahal jugak.....dah takde rejeki...kalau rm20 leh jugok senyum...haha

Lepas tu balik kepada mesin basuh yang dah dekat sebulan tiada kabar berita ni, kelmarin talipon nak hantar balik semula sebab tak boleh repair, tunggu la kami...tak datang pun, semalam talipon lagi nak datang hantar pulak...tunggu ke petang ke malam takde jugak, dan hari ni senyap tiada kabar berita, rasanya mau je nanti nak bagitau bila budak tu talipon, ..nak bagitau tak payah la hantar, jual je ke besi buruk walau rupa mesin tu masih baru....tapi dah tak boleh repair tak boleh pakai...takkan nak buat tukun di daratan pulak....dah nanti ada dua tukun kat belakang, mengundang semak je...

Berapa la pulak caj tu nanti...macam macam la ragam peniaga ni....kan marah marah dikata emo, lembut kan diambil kesempatan, diamkan di bulikan....orang ni macam ragam...

Kala lapang di petang jumaat, menilai diri dan membilang money, nak cari mesin basuh loader depan, apa cadangan kengkawan...?????? 

Lepas raya la jawabnya....duit duit dimana kau duit..ya razzak...ya razzak ya razzak

Salam jumaat


Wednesday, June 3, 2015

Idea membuat Roti






Simpan buat rujukan...basic roti,
250g Tepung Roti
50g Gula Kastor
50g Marjerin/mentega
1 sudu teh Yis
2 sudu Tepung Susu
1/2 sudu teh Garam
1/2 sudu teh Bread Improver
Sebiji Telur
100 ml Air suam
Yis, gula dan air di satukan dan biarkan ia menjadi buih
Gaul semua bahan dan masukkan campuran yis dan air tadi dan uli sebaiknya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...