Sunday, March 29, 2015

Kacang Cerdik

Di copy dari fb, Pokok pistachio.....menakjubkan



Saturday, March 28, 2015

Barang Baik

Indoor set, Daiso rm5/pair 

Demi masa sesungguhnya kerugian Dan kealpaan
Melangkah sendu menghitung kecewa
Membilang rasa terkilan
Namun aku tetap buntu
Apakah coretan terbaik buatku.....

Aku mencari kasih Allah 
Aku bukan mencari balah
Aku memberi sepatah
Aku bukan melatah

Friday, March 27, 2015

Hadis Pilihan

Sabda Rasullah saw "Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalas ha Dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka," (hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)

Hadis ini benar bukan palsu....hadis dengan periwayatnya....bahkan selalu di ulang warta ....tiada lagi ustaz kazim di media....sedihnya


astagfirullah Hal azim .....bukan kasih manusia yang dambakan, kasihnya Allah penentu kehidupan, bukan perbalahan yang Ku carikan, cuma Ku pinta, usahlah menegakkan pendirian yang menguris perasaan berlainan fahaman ....jangan ingat kita betul bila kita cuba membetulkan orang...

Wednesday, March 25, 2015

Kenduri Kuantan barang Shah Alam



Ini barang dapat masa kenduri minggu lepas....sedap, lembut dan lembap ....bukan promosi tapi menghargai kesedapannya...bisiness mereka dah maju ....moga terus maju

Setelah dua tiga hari tak dapat bersiaran, hati agak berbunga bila masuk blog ajer, tengok tengok dah 595 followers....terimas, nanti Ai review....sekarang macam sibuk je....sibuk main game...hahaha

Selamat menjalani urusan hari ini semua ya.....tqs 😇♥️

Friday, March 20, 2015

Roti kayu Manis



Roti kayu manis yang enak dan mudah

Tiga cawan tepung, setengah cawan susu, setengah cawan gula halus, setengah cawan mentega yang dicairkan, sebiji telur, secubit garam dan dua sudu kecil yis yang kemudiannya di larutkan kedalam satu per empat cawan air sejuk peti ais

Untuk inti kayu manis, satu per empat cawan mentega cair, setengah cawan gula perang, setengah cawan serbuk kayu manis ...gaulkan semuanya sekali...

Campurkan susu, mentega, garam, gula dan telur sebatikan, kemudian masukla dua cawan tepung dan gaul sebati. Selepas itu masukkan bancuhan yis tadi, kacau lagi, dan sudahkan dengan lagi secawan tepung tadi, kemudian uli sehingga menjadi doh roti....perapkan sejam

Selepas doh mengembang, tumbukkan doh ke udara canaikan. Sapu inti kayu manis dan gula gulungkan, kemudian potong dan susun dalam pembakar, biarkan ia mengembang sejam dan bakar dua puluh minit dengan suhu 180.... Siap, untuk ilustrasi dan gambaran lebih jelas sila lawati mamafami di, http://mamafami.blogspot.com/2015/03/easy-super-super-soft-cinnamon-rolls.html?m=1

Tq mamafami untuk roti yang marbles ni....

Jauhkan Dari neraka

Maka kita sebagai hambanya harusla

1. Menyebarkan salam

2. Memanjangkan silaturahim

3. Memberi makan

4. Mengembirakan suami

5. Sembahyang malam

bagi menjauhkan diri kita dari api neraka ....dan juga mengamalkan ayat 26-27 surah al imran bagi mendekatkan diri dengan syurga ......

Wednesday, March 18, 2015

Khasiat Kunyit Muda

Kunyit muda boleh menaikkan seri wajah. Caranya ialah dengan mendapatkan kunyit muda yang segar dan bersih dan dijadikan ulam bersama nasi dengan memotong nipis nipis....yang muda baunya tidak sekuat kunyit hidup biasa, pilih yang kuning keputihan, rasa juga agak menarik....jika tak mampu melayan bau mentahnya, di ambil bersama ulam lain sebagai sampingan penyedap.
Rajinla amalkan pasti wajah menawan dan berseri.....sumber MW


DG tengah menguning...siang Dan malam....walau Ai belum merasa hasilnya nuffnang namun kemeriahannya terpampang di mingzhu cukup meriangkan....kita nantikan siapa followers ke 595 ...kali ni ada adiah ....khee juga buat pengunjung tegar Ai ...nantikan kemeriahannya

Tuesday, March 17, 2015

Nasi ayam yunan BB



Rm 16 di food court batu buruk, KT
Nasi ayam terbaik bersama sayur kawin
Tauge with kailan
(Panduan harga bagi yang belum merasa....khee)

Bercuti sempena cuti skool
Ambil mood Ada anak berskool




Friday, March 13, 2015

Kelebihan Al Kahfi

Masih belum terlambat untuk kita membaca 10 pertama dan 10 terakhir ayat ayat al kahfi....jom, antara kelebihan membacanya,

1. Terlindung dari fitnah dajal

2. Di ampuni dosa antara dua jumaat

3. Di pancarkan cahaya di hari kiamat kelak, dari kaki ke langit.....

Motivasikan diri membacanya di garis waktu iaitu, saat tenggelam matahari khamis hingga matahari terbenam jumaatnya ....

Thursday, March 12, 2015

Apa yang Lelaki perlu tahu

Ini bicara malam jumaat......bicara suami isteri, cerita 18 sx....sajer bagi hangat sikit dan juga buat pengetahuan para suami.....iaitu, signal isteri mahukan sex, cedokan Dari MW, juga buat pedoman para isteri,

1. Kenakan pakaian tidur seksi

2. Gunakan warna merah

3. Bicara nakal

4. Mengurut

5. Mandi

6. Membelai rambut  dan bibir

7. Bisikan kata mesra

8. Ciuman di leher

Makanya para isteri gunala cara ini dan para suami fahamilah signal ini....sah untuk suami isteri sahaja ya bukan hubungan terlarang.....selamat malam jumaat...


Tuesday, March 10, 2015

Nasi Herba Ponni




Ni menu semalam, atasnya nasi puan isteri dan bawahnya nasi sang suami....keduanya mengunakan beras herba ponni ....kami x lagi makan nasi beras serindit demi kesihatan puan isteri ...cantikkan nasinya...kalau tak sebelum ni colornya kuning usang dan berbau kusam ....namun setelah diubahsuai cara memasak, nasi beras herba ponni putih dan wangi...ya, Ai telah meletakkan daun pandan dalam periuk nasi....masak nasi dengan daun pandan.....terbaik

Dengan khasiat pandan dalam entri lepas lepas, dengan konfidennya sekarang masak nasi dengan daun pandan....stock daun pandan kena banyakla....balik wakaf tengah bawak daun pandan penuhkan bonet kereta .....tanam x menjadi, standby daun pandan kering la.

Bercakap tentang beras herba ponni ni, harganya agak mahal namun bujet Ai tu sepek lima kilo tu tahan la dua bulan, kami berdua je.....untuk orang anak ramai, jangan bazirkan duit ....x larat ooo kalau beras satu isirumah 20 kg sebulan....Faiza Emas je la....Faiza, support bumiputera la katakan....
Pilihla beras terbaik untuk keluarga kita semampunya .....makanan asas kehidupan



Monday, March 9, 2015

Kenang setahun MH370

Mengharap keajaiban
Kembalinya Mh370 
Menanti
Merindui 
Mengingati

Waima lama mana, waima segetir mana
Teruskanla pencarian wahai pejuang
Teruskanla pengharapan wahai ter sayang
Kami para teman tetap mendoakan 

Satu Kepulangan 
Mh370

Laman laporan berjela dikeluarkan
Namun selagi jasad tiada ketemuan
Harapan Dan impian tetap tersemat 
Kenangan bukan penghalang
Kenangan bukan peluputan

Kenang setahun
Igauan sepanjang hayat

Friday, March 6, 2015

Bicara hari Jumaat

Jangan kau sedih

Jika kemahuanmu tidak dituruti
Jika keinginanmu tidak di layani 
Jika kehendakmu tidak dihiraukan

Kerna kasih sayang itu bukan milikmu 
Kerna pengertian itu bukan capaianya
Maka jangan kau sedih
Rezeki itu bukan milikmu
Dan kau hanya layak meratapi.

Ya Allah hilangkan rasa terkilanku 
Ya Allah hilangkan rasa sedihku....

Thursday, March 5, 2015

Bicara malam Jumaat

Malam ini Aku sendiri
Melewati ruang waktu
Menilai keheningan 
Menhitung kesyahduan
Dalam Kerinduan
Membatasi ruang pengertian
Memahami tuntutan 
Mencari sendu
Dalam cinta 
Malam jumaat nan sepi dan sendiri

Wednesday, March 4, 2015

Kunyit Asam



Bila datang bulan elok di amalkan minum air kunyit Asam, pesan mak sedara jawa Ai ....namun jarang jarang Ai amalkan.....masa nak clearkan darah bulan lepas, seminggu Ai minum dan bulan ni datang bulan Ai minum empat hari ....hah...tubuh rasa sihat...no senggugut...baru perasan....dan juga tekanan darah normal la..leh dapat 130/80 ....Baguih ni

Cara masak air kunyit Asam,

Segenggam Asam jawa
Seketul kunyit besar 2" la 
Seketul halia besarnya pun 2" 
Air secukupnya,...(padan buat minum 4 hari)

Halia dan kunyit di potong kecil semuanya di rebus, hingga menggelegak...minum masa masih hangat Dan esoknya panaskan dan minum panas panas yer....

Kelebihan air kunyit asam yang Ai alami

Memstabilkan tekanan darah
Melembutkan kulit
Mencuci dan mengeluarkan darah kotor 

Dan kunyit ini anti kanser.....elok diamalkan


Tuesday, March 3, 2015

Taman Kerang Malam

Sekarang kalau nak keluar berurusan samaada rasmi atau shopping lebih baik keluar belah malam....sejuk dan tidak sesak...siangnya sekarang panas dan silau.....memang sakit mata

Berbalik pada tajuk, perihal Taman Kerang......semalam Ai pi maybank....sempat la ambil kesempatan     menangkap gambar Taman Kerang yang sebelum cukup hit di blog mingzhu ni,....entah kenapa entri Taman Kerang sebelum cukup menambah rating,,,,kheee

Makanya kali ni kita tunjuk Taman Kerang belah malam dan kerangnya....sebelum ni xde pun ilustrasi kerang tu.....sebelah je....lenkali Ai tunjuk belah depan lak. ....ok 😎


Monday, March 2, 2015

Isnin Tengahari



Menjamu mata setelah Ai menjamu selera...baru sudah makan tengahari ni...lapik dengan jus peria....rasa sihat la tubuh ......nasi tu tanak dengan daun pandan ya 

Dah umur 40 nanti kena check kesihatan menyeluruh la....

Kuantan pagi ni mendung je, nak menyidai pun teragak agak tapinya jam satu matahari tegak molek jer....panas ting ting tapi angin menghembus kencang ....best lak duk depan pintu, nyaman sejuk ....berderu angin menyapa.....tenang....setenang diri bila sihat ni...

Nak sihat penuhkan meja makan anda dengan sayuran hijau, baik ulam atau sayur bergoreng....hari ni kita berulam daun belalai gajah ....daun pengubat kanser....sedap tak pahit 

Sunday, March 1, 2015

Matahari

Matahari itu penting, ia tidak hanya ditohmahkan merosakkan kulit bahkan ia baik untuk kulit, namun ia bukan matahari terik selepas jam 12 ....nikmatila matahari jam 9 pg....sebelum itu sarapan dulu dengan lempeng aka pancake pink, guna la susu strawberry...chow



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...