Sunday, January 4, 2015

Hari dah boleh Discaj

Hari ni hari ke 4 di hospital dan tengahari nanti dah boleh discaj....huhu...banyak lak pesanan doktor suhaiza...terima kasih doktor

setelah tiga hari berehat di hospital, capaian bp 135/68 dan gula 8.2....belum capai matlamat gula sebyk 6 ...pemantauan setiap dua hari di kk balok perlu dibuat....huhu...inila.. .akibatnya jika tak sihat dan tidak menjaga kesihatan...takpe la benda dah jadi kena ikut de flow...moga janin akan membesar dengan sempurna dan sihat

dan semalam mun datang, oppa la yg terlepas cakap dengan cik din...terharu...depa bawak bunga...terimakasih mun n family...


Friday, January 2, 2015

Makanan Hospital


ini menu untuk dua hari, bila dah kena kencing manis yang memasamkan jiwa ni, makan ikut time dan makan ikut apa yang disediakan...sikit tu tak kisah, apa jua hadap je tapi kalau lambat ...huhu, lapar dulu...

namunnya bacaan gula masih belum mendapat capaian kehendak doktor...doktor nak 7 tp ai cuma dpt 12 lps makan ...huhu...

day three.....bp dah ok...135/65

Thursday, January 1, 2015

Tahun Baru d Spital

Hari ni kita semua sudah memasuki tahun baru, 2015...kita sudah tinggalkan tahun 2014 yang penuh tragis....dan kesannya masih terasa hingga kini...masih baru dan yang berparut menhantui tahun 2014.....semoga 2015 berjaya mengubati luka 2014...

dan ai menyambut 2015 dengan berita gembira namun terpaksa bersabar sedikit dan berusaha membaik pulih kesihatan sebaiknya.....ai tinggalkan 2014 dengan berita gembira, ai mengandung...lima minggu ...alhamdullilah, empat tahun menunggu...

namunnya, terpaksa pulak menempatkan diri di wad untuk menstabilkan tekanan darah dan gula dalam darah....seiring dengan berita gembira datang pulak bacaan kesihatan yang buruk....padahal kebelakangan ini tahap kesihatan adalah terbaik.....

dan hari ini sudah dua hari di wad, boringnya....berehat je kerja, sorang lak tu, oppa kerja....setelah hari kedua , tekanan darah dah normal namun bacaan gula masih di paras bahaya....bahaya untuk kandungan

buat kawan kawan yang ada pendapat dan pglmn berkait dengan diabetes mohon share...doakan kesihatan ai dan kejayaan membesarkan kandungan ini.....moga sihat...jantung baby dah ada ..bestnya...
tak tergambar rasa gembira....misi mencari bahan bacaan yang berkenaan....doakan ai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...