Tuesday, December 1, 2015

Kesan muzik terhadap Emosi

Muzik mempunyai elemen terapeutik dan boleh mencetuskan kepelbagaian perasaan oleh individu yang mendengarnya bergantung pada jenis muzik itu sendiri. Kesannya, muzik membangkitkan reaksi emosi berbeza. Lagu kebangsaan contohnya, sering membangkit rasa semangat manakala lagu lagu yang dimainkan dalam pertandingan sukan juga bertema dan bertujuan pembangkit semangat kesukanan bagi yang bertanding.

Sebaliknya muzik yang berentak perlahan memberi kesan yang menenangkan. Malah pengunaan muzik bersifat instrumental dengan ritma perlahan sering digunakan dalam kaedah kaedah relaksasi.

Muzik merupakan salah satu daripada aktiviti yang melibatkan penggunaan keseluruhan otak. Ia adalah sesuatu yang dihargai dalam semua budaya dan memberikan faedah yang pelbagai. Kajian empirikal jelas menunjukkan bahawa muzik mempunyai ciri ciri yang dapat membantu seseorang individu untuk mengalami perasaan positif hasil penggunaannya.

Kesan emosi dari muzik dapat dilihat melalui perubahan fisiologi badan yang berlaku. Bergantung pada rentak muzik yang dimainkan, perubahan kadar jantung, tekanan darah dan kadar pernafasan dapat dilihat.

Selain itu, kajian empirikal turut mengaitkan muzik denga rembesan hormon endorphin. Ia merupakan sejenis hormon yang berfungsi untuk menghalang rasa kesakitan dan memberikan perasaan lega, gembira dan seronok.

Hasil karya,
Prof Madya Dr Hairul Anuar Hashim

Nota kaki ; ai sedang melatih jari menaip sesempurna mungkin, ini adalah petikan dari artikel kesihatan MM 29 nov 2015...... Hayatilah melodi ini, kemahalannya mengerunkan

http://youtu.be/Xe11Pp1g39I







2 comments:

  1. paling tak suka muzik ghazal. lagi2 dengar time subuh..memang boleh nangis.tak tahu la kenapa..hahhaha

    ReplyDelete
  2. DR > ghazal ngan gambus sma tak? Berantu la tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...