Saturday, October 24, 2015

Sugher Ganu - bubur ar syura



Semalam, ai balik ganu, merrai muharam dengan memasak sura aka sugho aka sugher aka bubur ar syura ....juadah berbuka semalam, pagi mengacau bertiga, ai, ma n oppa....sekuali besar ambil masa kacauan nya cuma dua jam....menyediakan bahan sejam....biasa kalau kawah mau 6 jam bergotong royong......

Resepinya, 

Bubur ar syura Terengganu
Beras
Keledek
Jagung
Kacang peas
Rempah sura 
Lada hitam^
Jintan manis^
Ketumbar^
Rempah 4 sekawan^
Bawang merah *
Bawang putih *
Halia*
Kunyit*
Lengkuas*
Serai*
Gula garam nise
Daging ayam rebus yang di carik carik
Santan

Bahan bertanda ^ disangai garing dan kemudian di tumbuk manakala bahan bertanda * di blend 

Beras dimasakkan kedalam kuali sampai jadi bubur

Setelah mendapat bubur yang baik, masukkan rempah dan semua bahan yang telah ditumbuk dan di blend..gaul sebati

Kemudian masukkan jagung dan kacang serta keledek yang didadukan

Lepas tu masukkanla santan, ayam,  garam, gula, nise....kacau hingga likat dan berkilat

Sedap di makan bersama sambal kelapa, telur dadar....






2 comments:

  1. PC tak pernah cuba lagi bubur assyura yang ni..

    ReplyDelete
  2. guna beras ye?/memang betul2 macam bubur la yea??asselalu makan bubur asyura yang buat dengan tepung ada keledek,a da kacang kuda bagai tu.teringin la pulak..heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...