Friday, June 5, 2015

Cerita petang jumaat

Mengisahkan perihal mesin basuh yang rosak dan tukang repair

Mesin basuh yang rosak ni bukan berlaku pada petang jumaat ini tapi dah sebulan. Selama sebulan jugak ai dah membasuh mengguna tenaga empat kerat ni, rendam, kicah, bilas ...siap....khee

Sebulan lepas, mesin tu tak boleh gerak langsung, maka panggil la pembaiki mesin basuh di area berdekatan ni, lagaknya dari beserah tapi dekat van beralamat bukit bearut...entahla, tak tanya pun sebab datang ambil cepat sangat dan perginya cepat sangat....bila dah dua minggu tiada kabar berita, oppa talipon tanya, dijawabnya akan diberitahu kemudian...ok la, sibuk tu banyak yang nak direpair barangkali....

Dalam pada menunggu mesin basuh yang di repair, kawan oppa bagi mesin basuh lama dia, minta tolong kawan yang ada hilux, bawak balik dan esoknya....esoknya nak guna, tak boleh on jugak...lor, panggil la tukang repair pulak, lain syarikat pulak....gong gang gong gang...esoknya perepair baru ni talipon bagu tahu, banyak la nak kena repair, tukar motherboard...huk alos, mesin buruk...kos tinggi, abaikan je la....so repairer hantar balik rumah, dan yang buat rasa bestnya, kosnya rm40...huk alos, mahal jugak.....dah takde rejeki...kalau rm20 leh jugok senyum...haha

Lepas tu balik kepada mesin basuh yang dah dekat sebulan tiada kabar berita ni, kelmarin talipon nak hantar balik semula sebab tak boleh repair, tunggu la kami...tak datang pun, semalam talipon lagi nak datang hantar pulak...tunggu ke petang ke malam takde jugak, dan hari ni senyap tiada kabar berita, rasanya mau je nanti nak bagitau bila budak tu talipon, ..nak bagitau tak payah la hantar, jual je ke besi buruk walau rupa mesin tu masih baru....tapi dah tak boleh repair tak boleh pakai...takkan nak buat tukun di daratan pulak....dah nanti ada dua tukun kat belakang, mengundang semak je...

Berapa la pulak caj tu nanti...macam macam la ragam peniaga ni....kan marah marah dikata emo, lembut kan diambil kesempatan, diamkan di bulikan....orang ni macam ragam...

Kala lapang di petang jumaat, menilai diri dan membilang money, nak cari mesin basuh loader depan, apa cadangan kengkawan...?????? 

Lepas raya la jawabnya....duit duit dimana kau duit..ya razzak...ya razzak ya razzak

1 comment:

  1. kalau i terus je tanya.. nak datang ke tidakkkkk? hahaha.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...