Wednesday, April 29, 2015

Pesta buku 2015

Menghitung hari, merenung masa....tak berpeluang juga la nak ke pesta buku tahun ni, tahun lepas pun terlepas....ruginya, beli buku dah la setahun sekali....hari hari oppa kerja...kan pergi dengan bus kan.....teringin nak beli buku dalam box blink stars tu, box hitam yang menawan, buku karya prof kamil dan puan roza...nampaknya kena book online dengan en syaizul la....

Tadi dalam MHI , ada ain maisarah...suara memang comel...penulis hebat,

Membaca selama sepuluh minit sehari menjadi tajuk menarik dari satu blog blogwalker....bagus jugak tu, so ai pun akan menulis sepuluh minit sehari demi menyahut sahutan itu, menulis dan kemudian membaca, membaca blog kengkawan lebih dari sepuluh minit dah.....so menulis sepuluh minit sehari bukan masalah...tulis la apa saja...impian dan rasa terkilan, coretan dan bebelan....

Tajuk kena sensasi bak kata ain maisarah....biar panas dan hot selari peredaran masa

Menulis sepuluh minit sehari baik jugak untuk latihan bahasa, mulai sekarang ai berazam menulis dalam bahasa standard, cuba jadi penulis la pulak bila semua plan tak jadi ni....khee, terpikat pada gaya ain maisarah la ni....tapi idea takde....so ni yang merapu meraban di pagi hari...

Pesta buku berlangsung sampai ke malam....jom jayakannya

Pagi rabu kita menuai
Pagi khamis kita membaja
Dalam hidup jangan la cuai
Usaha sentiasa sampai jaya

3 comments:

  1. tajuk yang penting..tapi kena selari la dengan isi nya..kan..chaiyok2!!teruskan usaha...:)

    ReplyDelete
  2. sis JM tulis blog guna bahasa santai je..tak pandai sgt nak menulis

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...