Friday, April 24, 2015

Jumaat bersama Cikgu


Salam jumaat kawan....

Hari ni mari kita mencari rahmat allah...

Rezeki biar tak banyak asal cukup.....

Merenung pada kisah yang diviralkan di fb sekarang, hati ai meruntum sedih...nasi lemak yang dibazirkan, menghalang rezeki anak murid yang cuma secuit berbanding gaji cikgu yang beribu, mana belas kasihan cikgu mana rasa kerugiran dalam pembaziran....membazir itu amalan syaitan

Ceritanya, cikgu telah merampas nasi lemak jualan anak muridnya....nasi lemak yang telah di tempah itu tidak dapat di agihkan dan telah dirampas oleh cikgu, dan kemudian di bagi balik  setelah tengahhari yang mana nasinya dah basi....ya allah ampunkan umatMu

Kalau pun tiada kebenaran dan salah disisi undang undang, jangan la biarkan nasi itu dibazirkan....di malaysia ni belum ada lagi berita murid keracunan hasil jualan kawan kawan....

Ya cerita sebenarnya kita tak tahu tapi moralnya jangan la ada pembaziran dan rasa pengkhiatan     pada anak kecil....dendamnya kita tak tahu....kebersihan tanggungjawab bersama, kemulian dan keimanan harus diterapkan....

Kisah guru kembali menyinari persada berita kita, semalam berita, cikgu menampar murid hingga muntah...adus...trauma anak murid...dulu kena rotan didiamkan sekarang semua pekara akan diviralkan....

guru kini penuh cabaran, tabahla hatimu wahai cikgu dalam menunaikan tanggungjawab di zaman GST ni, bulan depan kalau minyak naik lagi la mengegarkan.......bulan depan juga hari guru bakal menjelang......hidup biar gemilang dan terus cemerlang 

2 comments:

  1. tak nafikan ada segelintir guru yg bertindak terburu-buru menyebabkan profesion yang mulia dihina masyarakat..
    namun sebgai seorang pendidik, saya tahu ramai lagi yang membuat bakti tanpa siapa sedar..
    ramai kalangan guru yg membayar yuran anak muridnya yang tak mampu tanpa pengetahuan pentadbir sekolah mahupun keluarga murid itu sendiri..
    bak kata herman tino..tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri

    ReplyDelete
  2. A> yup....itula la insan .....selagi bernyawa, ragam tetap melata....yang baik terlalu rmai yang tak berapa baik ada segelintir....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...