Friday, March 20, 2015

Roti kayu Manis



Roti kayu manis yang enak dan mudah

Tiga cawan tepung, setengah cawan susu, setengah cawan gula halus, setengah cawan mentega yang dicairkan, sebiji telur, secubit garam dan dua sudu kecil yis yang kemudiannya di larutkan kedalam satu per empat cawan air sejuk peti ais

Untuk inti kayu manis, satu per empat cawan mentega cair, setengah cawan gula perang, setengah cawan serbuk kayu manis ...gaulkan semuanya sekali...

Campurkan susu, mentega, garam, gula dan telur sebatikan, kemudian masukla dua cawan tepung dan gaul sebati. Selepas itu masukkan bancuhan yis tadi, kacau lagi, dan sudahkan dengan lagi secawan tepung tadi, kemudian uli sehingga menjadi doh roti....perapkan sejam

Selepas doh mengembang, tumbukkan doh ke udara canaikan. Sapu inti kayu manis dan gula gulungkan, kemudian potong dan susun dalam pembakar, biarkan ia mengembang sejam dan bakar dua puluh minit dengan suhu 180.... Siap, untuk ilustrasi dan gambaran lebih jelas sila lawati mamafami di, http://mamafami.blogspot.com/2015/03/easy-super-super-soft-cinnamon-rolls.html?m=1

Tq mamafami untuk roti yang marbles ni....

2 comments:

  1. Ingatkan gula merah...heheh...nampak mudah..tapi bila bab menguli ni memang berpeluh jugak la..kan??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...