Thursday, December 31, 2015

Selamat tahun baru 2016

Selamat tahun baru kengkawan....

2015 akan berlalu beberapa minit lagi....ku tinggalkan dengan pelbagai kenangan

2016 akan datang beberapa minit lagi....ku tunggu dengan penuh harapan

Tadi magrib ai singgah solat di surau putih IM16, lawa suraunya, macam banglo, belakang shell im16    sana, masuk tempat wuduk tengok tengok ada 3 orang anak kecil sedang membasuh tandas mengemop tempat wuduk....bagusnya...alangkah beruntung mak ayah yang dapat anak yang rajin begini.....lepas solat, ai interview la anak anak itu....sikecil sekali yang keletah, namanya Ira, umur 6 tahun, membersih dengan kerelaan hati....subhanallah, besarnya pahala yang kau kutip nak Ira

Tinggalkan surau dengan lambaian anak anak syurga....ya allah permudahkan urusan anak anak ini

Mengutip cerita sepanjang disember,..... dua minggu terakhir, keluarga ai diuji dengan kematian pak manakan, ayah sue....arwah meninggal pd 18/12 di ruwais, abu dhabi kerna kemalangan di tempat kerja.....adus, kesedihan datang lagi, namun ciksue dan anak anak kelihatan tabah.....hari pertama berita kematian, kesana kemari ai dan oppa, petang sampaikan berita kepada nenek sebab ciksue tak sanggup bagitau, malamnya ma sampai dari KT, esok siangnya hari kedua bawak nenek kerumah ciksue, 23/12 jenazah dibawa pulang, ai bawa pulang ciksue ke besut, 24/12 jenazah dikebumikan, 26/12 bawa ciksue balik kuantan....dan hari hari seterusnya kerap la ke IM15

Maka tinggal la 2015 dengan satu peristiwa besar di penghujung, maka moga tahun akan lebih baik

Mudah mudahan semuanya akan dipemudahkan meniti hari kian mendatang

Monday, December 28, 2015

Kabhi khushi kabhi Gham

Walau dekat tp masih jauh
Namun ku tak berdaya
Hanya kesedihan dan air mata

Kadang gembira kadang sedih

Kini melupa kerna benci
Membenci kerna biadap

Kenang masa susahmu, renung masa depanmu
Sedarla kedudukanmu, tolehla kebelakang,
Pada tangan yang pernah menyuapmu
Pada bahu yang pernah kau sandarkan

Hormati yg tua
Sayangi yg muda

Ya Allah, ampunilah dosaku
Sesungguhnya aku hambaMu yg lemah....
PadaMu ku mengadu
Bukala hijabMu yg terbaik

Kabhi khushi kabhi gham

Saturday, December 19, 2015

Donut Seposen



Donut seposen???....macam tak percayakan, namun adik Waliuddin chua ni membuktikan bahwa, masih ada lagi keuntungan kalau tidak masakan dia mampu menjualnya dan masuk tb3 doh.....donut kat cheras tu cerah sikit, ikhlas nya dia, donut tb3 gelapnya...kheee

Dengan menjual donut seposen, mualaf yang baru 4 tahun memeluk islam berjaya menerima tempahan sebanyak 4000 donut, dgn lima pekerja sekarang

Semalam juga dalam berita ada awek jual nasi lemak lima puluh sen di temerloh....syabas

Dan kini kat lorong 1/3 damansara kuantan juga pagi pagi ada nasi lemak singgit

Berniaga sambil berjariah, amalan mulia, moga mereka mereka yang berhati mulia terus maju jaya

Friday, December 18, 2015

MPO - a famosa freeport outlet

Minggu lepas ai ikut kak long jenjalan, dari kuantan kami ke labis,segamat kemudian masuk alor gajah cari kesesakan di a famosi, maka masuk la kami kat bawah ni

Best jugak, banyak lagi outlet belum di buka, pemandangan nya cantik, beza la jpo dengan mpo...
Orang punya beratur kat kedai nike berjujuks....tempat baru, banyak yang perlu di teroka....

Exit alor gajah tu lepas tu ke afamosa ikut je kereta banyak banyak tu, dari jauh dah nampak bangunan seiras di belanda tu, lawa.....ada yang panggil mpo ...ni la dia, freeport a famosa outlet




Thursday, December 17, 2015

Bila kematian di viralkan

Dunia smartphone kini cukup banyak fitnah, semudah abc berita terpapar, pelbagai cerita keluar, benar tak benar mudah saja tersebar....

Kisah terkini, kematian pun dipalsukan, orang yang hidup di kata mati dah jadi semacam trend penceritaan yang tiada berkesudahan....golongan artis dan ulamak menjadi mangsa, depa masih ada lagi di takziahkan....adus, nak lariskan amenda ntah...al kisahnya, Tan Sri jin shamsudin dikatakan telah meninggal, padahal bintang bukit kepong masih ada lagi cuma sedang menhadapi penyakit alzheimar..

Apa motif ntahla, menviralkan kematian palsu orang, menyusahkan betul, sedara akan risau, kerabat dan kawan kawan akan sibuk berhubungan mencari kebenaran....

Yang pasti mati itu pasti...bersiapla kita

Adus, tiada benar lagi di zaman it, tiada rahasia lagi kini, apa jua boleh didedahkan....semacam di bawah ni, ai tunjukkan rahasia sarapan pagi ai tadi....kheee, hav a nice day frenzs


Tuesday, December 15, 2015

Berubat dengan Air Batu

Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama....

Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika  ditempelkan dgn  ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.

Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.
Badan kita  akan terasa ringan dan bertenaga. 

Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan  lebih muda.

Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung. 

Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai  Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.

Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pada titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi
mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu,  memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.

 Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang. 

Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi  ini ternyata  lebih  efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan. 

Terapi  ini juga dapat  meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, keran teknik ini  menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah

Teknik ini  mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit. 

Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.
Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:
1. mengatasi sakit kepala dan migrain;
2. meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
3. mencipta kesan relaks;
4. meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
5. meningkatkan kualiti tidur;
6. memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
7. mengatasi asma;
8. mencegah sering bersin dan hidung berair;
9. mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif     pada tulang belakang;
10. membaiki sistem pencernaan;
11. menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
12. mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan;
13. mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
14. membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. menghilangkan selulit;
16. mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
17. mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat  manfaat. Semoga berjaya....


Ni caranya, ni copy paste dr fb save sini sebab senang nak cari nanti ....credit tuk penulis, semoga penulis dirahmati

Sunday, December 13, 2015

Konsert gegar vaganza

Setelah sekian lama menyepi, .....malam ni jari nak menari....

Nak bagitau gini jer.....kenapa suara zamani tu lain bebenor......lari tempo ka....haha

Kenapa lak tetiba malam ni oppa ni layan konsert gegar vaganza ni.....adus....x minat

Tiket rm1000 fuyooo......ramai artis jer.....siapa yang untung?

Sakan Dato vida

Juara dapat rm100000....siapa juara? ..malas layan la, oppa dah tertido, kita tukar channel

Tahniah buat juara gegar vaganza, tahniah dato vida !!!!

Thursday, December 3, 2015

Menu malam jumaat

Udang cereal .....resepinya ada di google...haha...wallah with oat ..


Malam jumaat malam mustajab......jom tido, tuan anas pun dah tido, perempuan dengan cincin besar tu kak engku la..interprem jo ....tudung tudung cik ayu maisarah yg lawa lawa tu siapa punya? Sampai last x dapat capture sapa yang sponsor......

Selamat malam kawan, tiga kul dulu dengan ayatul kursi sebelum titun....11.11 pm ni

Tuesday, December 1, 2015

Kesan muzik terhadap Emosi

Muzik mempunyai elemen terapeutik dan boleh mencetuskan kepelbagaian perasaan oleh individu yang mendengarnya bergantung pada jenis muzik itu sendiri. Kesannya, muzik membangkitkan reaksi emosi berbeza. Lagu kebangsaan contohnya, sering membangkit rasa semangat manakala lagu lagu yang dimainkan dalam pertandingan sukan juga bertema dan bertujuan pembangkit semangat kesukanan bagi yang bertanding.

Sebaliknya muzik yang berentak perlahan memberi kesan yang menenangkan. Malah pengunaan muzik bersifat instrumental dengan ritma perlahan sering digunakan dalam kaedah kaedah relaksasi.

Muzik merupakan salah satu daripada aktiviti yang melibatkan penggunaan keseluruhan otak. Ia adalah sesuatu yang dihargai dalam semua budaya dan memberikan faedah yang pelbagai. Kajian empirikal jelas menunjukkan bahawa muzik mempunyai ciri ciri yang dapat membantu seseorang individu untuk mengalami perasaan positif hasil penggunaannya.

Kesan emosi dari muzik dapat dilihat melalui perubahan fisiologi badan yang berlaku. Bergantung pada rentak muzik yang dimainkan, perubahan kadar jantung, tekanan darah dan kadar pernafasan dapat dilihat.

Selain itu, kajian empirikal turut mengaitkan muzik denga rembesan hormon endorphin. Ia merupakan sejenis hormon yang berfungsi untuk menghalang rasa kesakitan dan memberikan perasaan lega, gembira dan seronok.

Hasil karya,
Prof Madya Dr Hairul Anuar Hashim

Nota kaki ; ai sedang melatih jari menaip sesempurna mungkin, ini adalah petikan dari artikel kesihatan MM 29 nov 2015...... Hayatilah melodi ini, kemahalannya mengerunkan

http://youtu.be/Xe11Pp1g39I







Saturday, November 28, 2015

Panduan gula dr kevin zahri

Panduan dalam pengambilan pemanis:
1) Gula putih dan perang: kalori sama je. 1g = 4kcal. Yang putih lalui proses penghasilan yg berbeza (bleaching etc) tapi dua2 are Simple Sugar.
2) Stevia: rendah atau boleh dikatakan tidak berkalori dan natural. Pengganti pemanis yg baik tapi mungkin rasa "manis" tu agak "kureng"
3) Madu: 1g = 3kcal. Memang bagus dan mengandungi aktive ingredients yg merangsang kesihatsan sistem pertahanan badan. Kami sekeluarga pun amalkan sesudu madu manuka atau wild honey hari2. 
4) Equal/Palsweet atau pemanis tiruan (artificial sweeteners): tidak berkalori tapi beban organ buah pinggang utk tapis dan buang artificial sweeteners seperti aspartame dari badan. Bagi saya pemanis tiruan adalah pilihan yg paling tak bagus walaupun ia tidak mengemukkan.
5) "alcohol sugars": yang ini banyak dalam chewing gum, mints dan candy yg konon "sugarfree". Ada banyak jenis dan mengandungi dalam 2.5kcal utk 1g. Walaupun nama "alcohol" sugar, ia tidak mengandungi alcohol tapi dapat nama disebabkan struktur kimia yang menyerupai alcohol. 

Yang penting kurangkan gula dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman

Jom bw sampai lentok ini malam ....wish u all sweet dreamsssss

Monday, November 23, 2015

Cerita danga bay

Cuti deepavali ari tu ai pi danga bay, dah lama ngidam nak jelajah teluk danga ni..., dari kuantan jam 11, ke rompin ke mersing ke kota tinggi ke jB .......jalan lurus jer dengan rasa riang gembira sebab nak peluk patung m&m nanti....dan akhirnya sampan teluk dangan pukul 5.30....jauhnya merentas jemelaung....

Dan sesampai di teluk danga aka danga bay....terus kucup hati yang tadi nya kembang...., xde pe pe pun....tiada kelip kelip dalam blog blog yang riang menari jari pasal danga bay ni....suram, sunyi, tiada apa apa.....konpius la, akhirnya setelah di soal siasat penjaga taman permainan yang satu satunya kemeriahan yang ada tu, menyatakan danga day sedang dalam proses pembangunan...mall nya telah ditutup, jetinya tak lagi sibuk, yang ada kedai makan dan taman permainan kanak, ....jalan jer la melihat laut dari kejauhan, dapat sikit pahala.....tengok jer la.....





Wednesday, November 18, 2015

Pucuk paku Goreng



Pucuk paku goreng simple dengan kicap manis pedas MAHSURI , sedap ....sungguh sedap, ...semalam pi sinar kurnia cari kicap, ada kat rak, kicap mahsuri, tapi macam lain je tajuk, kicap manis pedas....maka cubalah , jadilah hari ni pucuk paku goreng

Resepinya,
Pucuk paku seikat, udang tujuh lapan ekor, cili padi lima biji, bawang besar holand sebelah, garam dan kicap manis pedas mahsuri

Bawang dan cili di racik racik dan ditumis, kemudian masukkan udang, masak sehingga kolor udang bertukar.....lepas tu masukkanla pucuk pakunya....akhiri dengan kicap dan garam....siap

Rasa dulu sebelum tutup api tu....pastikan secukup rasa baru la hidangkan...rasa tu wajib tau, pesan papa jo ....

Sekian ....selamat malam

Tuesday, November 17, 2015

Siput pedas

Ni la barang kejadian yg tlh mlalaikan ai dari mingzhu, jari skrg asyik menyiput menghalang diri dari menaip......
Sila bertanya.....ahaksssss, samat malam

Friday, November 13, 2015

Ulamak Ulung

Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah : Tn Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu : Khatijah bt Md Saad Mehamad
Tempat lahir : Pekan Sik Kedah
Bil Adik beradik : 8 orang
Anak ke : 3

Pendidikan :
1. Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana)

2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah

3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy

4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .

Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi
Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah.
Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya.
Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang.
Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik .

Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang .
Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak beliau Syeikh Muslim sebagai Timbalan Mudir .

Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .

KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009,

Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Dato’ Seri Di-Raja Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah , 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik

SEKARANG ULAMA ARAB TERUTAMANYA YAMAN , JORDAN, MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU INSYALLAH

Antara masyaikh hafizahumullah yang menziarahi beliau :
Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)
Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)
Habib Kazim ( Yaman )
Habib Abdullah ( Jeddah)
Syeikh Habib ( Jordan)

Saudara yang saya kasihi ,Tn Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau , diantaranya beliau merupakan Tn Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .

-ke 2 Beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang , seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia , Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tn Guru Hj Salleh

- Ke 3 Beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan. Kuliah minguan beliau setiap hari Jumaat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan , Allah beri taufiq pada beliau , walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .

-Ke 4 Ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan ,tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau . Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya “Kamu semua kena (perlu) pakai (ikut ) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik”

-ke 5 Beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah Parti Islam Se-Malaysia(PAS) kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru Mulia beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil)

-ke 6 Fikiran beliau sangat terbuka

-ke 7 Beliau merupaka tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti Parti Islam Se-Malaysia Peringkat Pusat & Negeri.

Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau, beliau berkata ” Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas dan punya sahabat dan musuh semua tunduk padanya”

nota kaki ; petikan dr penceritaan ust. naim, MNP

Wednesday, November 11, 2015

Senangnya dapat Pahala

Dalam menyimpul hari hari kian tersasar dari impian......meninggalkan mingzhu berhari hari tanpa satu klik pun menjadi tabiat....arghh, payahnya nak istikhomah ni....maafkan saya kawan, kunjungan tanpa balasan....tapi kan ku jejaki jua dalam bertatih.....

Cari lah pahala dan berkat dalam tulisan mu, doakan kawan mu....sedekahkan al fatihah buat kesejahteraan mereka.....al fatihah...

Ai doakan  semoga sahabat sekelian dalam bahgia dan sejahtera sepanjang masa, moga makin kaya, makin berilmu dan makin lawa.....kheee....amin

Dalam kehidupan kita seharian, tak susah untuk mendapat pahala, dengan tiga benda je,

Tengok kaabah, tengok ibubapa kita dan tengok laut,


Nota kaki ; esok lusa ai cerita pasal danga beach....tunggu tau.....selamat malam semua

Wednesday, November 4, 2015

Khasiat lemon

PASTIKAN BELI LEMON BILA KE PASAR

🍋🍋Lemon Pemusnah Sel Kanser🍋🍋n mungkin minuman kesihatan terbaik,mudah serta termurah.
Pls share ualls..mungkin ada shabat2 fb kita yg lain memerlukannya. Ni bukan aja utk pesakit cancer ye..ni prevention steps utk smua org yg masih sihat. Pls share aroug..

Pertama kali baca artikel ni was few years back..buat tak tahu je..lastweek sorang pesakit cancer sent this again.dia baru habis rawatannya..sel dah tinggal 12.5..tiada cancer aktif la..tahu brapa kos prubatannya?..dgn smua ubatan herbs n traditional yg tak trkira.kos hosptalnya shj RM100K!!..ada duit manyak ni?saya takde..takat beli lemon dan minum saya adelah RM tu..kalau yg ada pon takkan nak membazir sesaje banyak tu kan..buat anak2 blajar lagi baik kot..
Kesan jgka pendek saya..
Ringan badan✅
Sakit2 tumit hilang✅
Pembuangan sampah kat dalam perut bgus ✅
Sakit kpala hilang✅
Bisul dan bengkak dibadan✅
Resdong n arlegy brkurang✅
Rasa lebih sihat✅

Air lemon panas boleh menolong
anda seumur hidup
Harus baca dan sebarkan walau anda sibuk ye.
1. 🍋Lemon panas membunuh sel kanser.

2. 🍋2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas, boleh
menjadi air alkaline.

3. 🍋Bermanfaat bagi tubuh, diminum tiap hari sngat bermanfaat
bagi siapa sahaja.

4. 🍋Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti
kanser yg terasa pahit, menjadi ubat kanser yang ampuh dalam
perubatan moden.

5. 🍋Air lemon dingin hanya mengandungi vitamin C.

6. 🍋Ibarat tomato, harus
 dimasak terlebih dahulu baru blh muncul
Lycopene yg bermanfaat.

7. 🍋Air lemon panas terbukti boleh menekan pembengkakan dan.
tumor dan boleh bantu atasi segala jenis tumor.

8. 🍋Lemon Extract boleh melemahkan sel kanser ganas tapi tidak
merosak sel normal.

9. 🍋Citric Acid dan C Polifenol yg terdapat dalam juice lemon boleh
menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan saluran
darah, menyesuaikan sirkulasi darah, mengurangi penggumpalan
darah.

10. 🍋Habis baca harus beritahu orang lain, sebarkan dgn kasih sayang.
Sekian, Selamat beramal

ai kopipes dari fb jeni....save n share....nak mnaip panjang sangat...kheee, selamat mlm dear semua

Tuesday, November 3, 2015

Kematian Bapa Memeritkan


Innalillahhiwainnailahirojiun
Salam takziah dik,
Moga terus tabah
di hari pertama spm mu
Di hari ulangtahun kelahiranmu
Kau hilang ayah kesayangan
Sesungguhnya kau lah insan terpilih
Diuji dengan suatu yang pasti kau boleh lalui
Walau pahit walau sedih
Redholah

Al fatihah

Dan aku pernah merasa
Peritnya hidup tanpa ayah
Berlinang air mata
Mengiringi doa ketabahan buatmu
Peritnya 30 tahun dlu
Mungkin berbeza 
Namun kesedihannya tetap sama

Sunday, November 1, 2015

Comelnya anak Che Ta



Aisyah dah setahun, alo alo anak jutawan ni , beruntungnya.....comel nya...putih suci

Ubat kuat lelaki



Anda lelaki, anda ada masalah, ....ai ada penyelesaiannya, ubat kuat mujarab ubat power....klik imej atau link sebelah tu....tu tu yg 5 min je tu.....khee, cerita tbc esok lusa la...

Pengaruh puan DR ni


Thursday, October 29, 2015

Nombor hotline Gas

Astagfirullah  astagfirullah astagfirullah

Aku mohon keampunan dari Allah

Kadang kadang lorong hidup ini tak secerah yang diharapkan...pasti ada hari ia kelam, buntu tiada pengaharapan......lewat kesibukan pasti ada hari yang terbuang dan sia sia....impian pagi tidak seiring kejadian.....terasa ingin rehat seharian, padahal kerja menanti menimbun tak kesudahan....

Hari ni lemau semacam, ingat nak sudahkan jahit langsir tapi malasnya,....ingat petang pulak nak keluar hantar barang jualan....tapi badan rasa nak terlentang jer.....alih alih mengarang....

Dari pagi sibuk di dapur mengemas sesambil membakar kek pisang....terbantut sekejap sebab gas habis, kek tak naik naik....rupanya api xde...kheee, setengah jam lak tunggu gas datang....sekarang nak gas kena telepon hotline , 1300888427 no talian hayat gas tu....sampai gas sudahkan kerja dapur, sarapan, layan fb, tiada keruan....cuba lelapkan mata...kelam

Allah maha pengampun, banyakkan bersedekah untuk mendapat keampunan allah

Ya allah, baru lega jiwa lepas mencoret....nak settlekan urusan perbankan la lepas solat zohor ni.....

Wednesday, October 28, 2015

Petikan dari FB Dr Fadhilah Kamsah

Tlg baca walau sesibuk mana..motivasi yg sgt hebat..masya Allah
Bacalah cukup menginsafkan
LELAKI TUA BERKAIN
PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...
Tulisan Dato Roslan Abd Hamid
Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..
Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..
Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..
Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...
Saya catat & mahu kongsikan..
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..
2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..
3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..
4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran.
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..
5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..
6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..
7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..
8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..
9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..
10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2.. .
Share lah digroup lain...ayuh kita istiqamah dlam amalan kebaikan...yang baik jadikan qudwah yang buruk jadikan dakwah...bersama amar maaruf nahi mungkar.

Tuesday, October 27, 2015

Saturday, October 24, 2015

Sugher Ganu - bubur ar syura



Semalam, ai balik ganu, merrai muharam dengan memasak sura aka sugho aka sugher aka bubur ar syura ....juadah berbuka semalam, pagi mengacau bertiga, ai, ma n oppa....sekuali besar ambil masa kacauan nya cuma dua jam....menyediakan bahan sejam....biasa kalau kawah mau 6 jam bergotong royong......

Resepinya, 

Bubur ar syura Terengganu
Beras
Keledek
Jagung
Kacang peas
Rempah sura 
Lada hitam^
Jintan manis^
Ketumbar^
Rempah 4 sekawan^
Bawang merah *
Bawang putih *
Halia*
Kunyit*
Lengkuas*
Serai*
Gula garam nise
Daging ayam rebus yang di carik carik
Santan

Bahan bertanda ^ disangai garing dan kemudian di tumbuk manakala bahan bertanda * di blend 

Beras dimasakkan kedalam kuali sampai jadi bubur

Setelah mendapat bubur yang baik, masukkan rempah dan semua bahan yang telah ditumbuk dan di blend..gaul sebati

Kemudian masukkan jagung dan kacang serta keledek yang didadukan

Lepas tu masukkanla santan, ayam,  garam, gula, nise....kacau hingga likat dan berkilat

Sedap di makan bersama sambal kelapa, telur dadar....






Masjid Beijing Rantau Panjang







Cantik , besar dari luar, kecik di dalam...terfikir, tapi kawasan luar memang luas giler, banyak bus leh parking....biasala kan rantau panjang ni dikunjungi berbus bus ....

Kedudukannya di tepi jalan utama menuju pekan rantau panjang, mudah di capai, tak perlu wave pun

Masjid ini bernama Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di bina pada 2005 dan dirasmikan pada 2009 dan mampu memuatkan 1000 org


Wednesday, October 21, 2015

Peti makanan Dr Maza


Idea mufti perlis, di realisasikan di Masjid Alwi, kangar

Nota kaki ; baru tadi post peti makanan di uae, ingat xde kat mesia, rupanya dah ada....malaysia perihatin..kipidad...jadi dua entri malam ni...itula, nikmat bila adanya waktu itu, waktu untuk mingzhu....selamat malam kawan, jom esok kita puasa..

Kari sardin

YES , hari ni dapat menaip.......nikmat allah manakah yang kau dustakan....masyaAllah, peluang tak selalu di tangan, walau sebaik mana kita merancang.....rebutla lima pekara sebelum datang lima pekara....sila cari ya, kerja rumah kita hari ni.....jom kita layan tajuk yang dibentangkan,

Pagi ni ai sarapan dengan roti bom di cicah kari sardin, sedap rupanya kari sardin ni, makan kuah nasi dagang....kheee, mai nak habaq cara menkari sardin simple aima,

Kari sardin simple aima,
Bawang besar holand separuh di mayang
Cili padi 3 biji diketuk
Sardin pertima 4 ekor(separuh tin kecil)
Serbuk kari tiga sudu besar di bancuh air
Air secukupnya dan minyak untuk menumis
Garam serta manisan

Tumis bawang dan cili serta bancuhan serbuk kari sehingga garing. Ikan sardin di belah belah. Setelah tumisan garing masukkan air dan bair mendidih. Masak dengan api sederhana dan agak lama adalah sebaiknya, kemudian masukkan ikan. Masak sehingga kepekatan yang sesuai, perasakan dengan garam serta nise(gula melaka) .....rasalah.....setiap masakan kena rasa tau... siap....hitam roti bom sila abaikan....khee

Masak ni kena pandai bujet, jangan lebar tangan, jangan sampai membazir, kan bagus kalau kat mesia ada macam ni,

Saturday, October 17, 2015

Sebelum menutup Mata



Pesanan sebelum ku menutup mata
Melabuhkan diri di tilam empuk
Melayarkan mimpi.....

Belajar la, ilmu di mana ada
Ilmu agama perlu ada, tak rugi dan sia sia
Walau di ulang benda yang sama
Kerna kita mudah lupa.....

Tafakuh Fiddin....

Sebelum ai menutup mata kerna ingin ketiduran, ai layangkan satu entri...layan je la, sweet dream dear.....kalau baca esok pagi ai wish , have a nice day.....big smile...esok lusa ai pergi berjihad di MNP...wish me luck

Wednesday, October 14, 2015

Adik Firdaus dah pergi



Innalillah...al fatihah buat arwah adik firdaus...

Rentetan cerita sedih mu
Buat aku terkesima
Perit menahan kelaparan
Najis sendiri jadi jamahan
Sepi sendiri
Terabai...

Kerna desakan hidup
Manusia akan bertindak pelbagai rupa
Hilang kewarasan dan kebudiman
Kau ditemui sendirian kedaifan
Itulah takdirnya....
Secebis kisah duka masyarakat
Terlukis dalam beribu warna

Tuesday, October 13, 2015

Salam Maalhijrah 1437

Bek bek bek....kambing mengembek...mecari kawan setia
Sekian lama ketiduran akibat wifi yang hilang, kini coretan akan terus bersiaran ..

YES juga penyelamat keadaan, laju dan memuaskan......

Yes, x dapat mencoret memang kebosanan.....walau tiada isi tiada kupasan namun tangan ini memang gian nak menaip ....nak menulis tulisan cakar ayam ...nak melukis tangan kerasan...menaip juga yang mengembirakan biarpun isi baham rambang....kheee

Pekabar kawan sekelian, pekabar pengunjung harian....ai doakan semoga tahun baru ini urusan hidup kita semua, kian gemilang, pulihkan keadaan rapikan kehidupan....senyumla pada apa jua mendatang...teruskan perjuangan....jangan pandang belakang, melangkah terus kedepan dengan pedoman....

Selamat tahun baru maalhijrah 1437....

Sunday, September 27, 2015

Friday, September 18, 2015

Salam Jumaat



Zulhijjah sudah kita.....masa berlalu, dan makin menghimpit, di ruang yang ada ini ai ucapkan selamat berbahgia buat semua kengkawan....jangan lupa mingzhu yang kian kelesuan...harapnya akan ada peluang kembali mencoret.....doakan ya....salam jumaat ...💃

Thursday, September 3, 2015

Petua hilangkan ketagihan Merokok

Bagi perokok tegar sila amalkan petua ni ya, insyaallah selepas tiga minggu, anda dapat kurangkan aktiviti tidak sihat ini....

Caranya, lepas merokok minum la cuka epal.....timdak balas rasa masam cuka epal dapat menuetralkan kesan rokok ......simple jer

Untuk hilangkan letagihan dadah ,..minum cuka nipah....



Pesan Nabi Muhammad saw tentang cuka(khal)

Nabi Muhammad SAW juga amat menggalakkan umatnya  mengamalkan meminum cuka (KHAL) dari herba untuk kebaikkan dan kesihatan ini.


Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318).    



Tuesday, September 1, 2015

Kenduri Sana Sini

Tiap minggu sekarang ni ada je kenduri.....bulan syawal open house abis syawal kenduri kahwin.... minggu depan kat temerloh pulak, nak raya nanti belakang rumah, ooo...minggu lepas depan rumah...sibuk la ai...sibuk menengok....

Makan je kerjanya, zumba sekali seminggu pun payah sekarang ni....asyik takde masa je...haha, ai gain weight....makan kontrol tapi sedap sedap ajer....walau ada kenduri tak sedap, hampeh....kesian tuan rumah, dapat caterer masak tak sedap....lauk tak abis banyak....huhu....wahai para caterer, berniaga la dengan jujur....

Minggu lepas kenduri pak jamil, jiran selorong, ada la jugak ai p menolong....meriah dengan gotong royong, rewang tiga hari tiga malam....dan hasilnya, tara...seperti rajah di bawah....khee
Baiknya pak jamil....siap bagi hamper lagi....menarik dan unik, dalamnya ada towel, ada perfume kereta ada pinggan lawa ada jajan...idea yg baik ni.....

Terima kasih pok jamil dan kak ros...

Jika semalam sakit hati, malam ni senang hati....nite frenzs

Monday, August 31, 2015

Sehati Sejiwa

tajuk nya itu adalah tema hari merdeka tahun ini...sehati la sangat....sejiwa ke apa....kheee

Ni nak cerita pasal group wassap yang ai in.....bukan pasal malaysia, sebab rakyat mesia ni berbilanh bangsa makanya mustahil la sehati sejiwa tapi moga mesia aman

Berbalik kepada sehati sejiwa group wassap yang ai join tu, group gergirl sekolah menengah dulu berlatarbelakang ahli yang pelbagai ragam ....konon sehati sejiwa tapi belakang ngumpat ngata, penyampai cerita, pembatu api pun ada....dah la dalam group membangga bangga, sakit jiwa, ai left admin add semula...ikhs, ikhs, kadang kadang nak berapi bila tahu cerita tapi ada lak pakar motivasi yang mereda, potong stim betul...dalang bermaharajelela.....

Geram ni, lepas perasaan kat blog jer.....kheee...

Konon sehati sejiwa, ada cerita cepat jer g nyampai pada yang xde dlm group....dah tua perangai mcam darjah satu....konon baik tapi belakang macam puaka....kheee...ambil ko...

Namun, kemeriahan perarakan tadi dapat dirasa bila tengok permaisuri agong riang gembira....

Konon aman sejahtera, keluar berita, serpihan dijumpai di pulau reunion bukan milik mh370 ...sandiwara apa ni ? ....x aman keluarga mangsa...memang sakit hati....

Dari semalam lagi sakit hati....esok sambung lagi...kerja rumah banyak lagi...kheee...nite frenzs

Monday, August 24, 2015

Penawar kencing manis Dan darah tinggi

Salam pagi isnin......mai kita merawat...insyaallah jika di amal pasti menjadi,...

Tuesday, August 18, 2015

Meriahnya Nuffnang

Sejak dua menjak ni meriah pulak nuffnang....ada je iklannya....sejak lepas ramdhan masuk syawal, bukak mingzhu ada bagai bagai iklan terpampar....hasilnya entahla, harap harap bertambah walau uv ciput.....nak redeem ni...

Blog ni terhasil dari 2009 lagi namunnya tak meletops pun....biasala, ai ni buat apa apa takde yang cemerlang....awal awal hangat, lama lama tenggelam timbul...tapi sebab minat ...minat menulis, ia tetap bertahan....kadang kadnag ada cerita, kadang kadang terlupa, kadang kadang merapu buta buta..harapnya tak la memuakkan sesiapa.....walau tak seberapa, ada rindu didada, ada la ayat tercipta

Malam ni layan blog sebab oppa kerja malam, esok kami nak balik besut...tinggal la mingzhu tiga hari sebab kat besut xde line YES ....biasanya bila tiada entri tu stuck dengan lina YES lor....

YES ni laju tapi dulu 5g sedap la, sekarang line free 3g jer, cepat la abis....nak berblog x best....zaman    penjimatan ni, banyak yang kena cut....line free ni pun hadiah dari proton, tapi bulan september last dah....terpaksa slowdown lagi....

Di ambang pengecutan bujet ni, nak download imej pun x daya...khee, banyak yang nak disave agar meriah mingzhu agar nuffnang pun bagi banyak banyak iklan.....

Berjimat la jika tak mampu menambah .....nite

Sunday, August 16, 2015

Akhir syawaL



Pagi jumaat kita makan nasi lemak, petang sabtu kita makan pengat duyan....sesaja menayang....

Durian D24 dah turun rege, awal syawal rm17 sekilo, durian beserah, akhir syawal dah jadi rm14 durian jerantut....wallah....cukup la taun ini, taun depam muga jumpa lagi D24 .....

Pagi jumaat menjamu jiran, petang sabtu menjamu ciksu
Raya setahun sekali tanda rezeki, maka syukur selalu.....

Friday, August 14, 2015

Penghujung syawaL

Sebulan beraya kini sampai penghujungnya.....tinggal la syawal dan moga bertemu di tahun depan...

Dan syawal kita dikejutkan dengan pelbagai cerita konflik negara, patutnya kita bergembira namun duka tetap melanda.....terutama bekas tpm kita...sabar la datuk...pencen lagi aman, ..kejatuhan nilai ringgit, penemuan rangka mh370, kes kanak kanak 11 tahun melahirkan bayi....macam macam la

Semalam ribut petir di kl, minggu dulu banjir besar di mynmar .....jangan kau zalim wahai manusia, jangan kau musnahkan alam ini wahai penduduk bumi....angin yang kuat hujan yang lebat sedangkan monsun belum tiba...murkanya Allah pada kita....ya Allah ampunkan dosa dosa hambaMu ini

Dan kematian itu pasti, dekat lagi kian menanti....kemusnahan akhlak kian terpampar, bencana di mana mana dan yang pastinya, gejala maksiat melata...

Raya tahun ni makannya mewah sekali, berat menimbun nimbun menghitung kalori, gula bertambah, toksin memenuh isi perut....khee,,,xpe la kita merai,...lepas syawal kita latih tubi puasa senin kamis, detox kembali....ayuh cergaskan minda sihatkan bodi....x dapat pergi zumba, kita ketuk ketampi seratus kali.....yang pasti jangan melipat lipat perut sampai sakit kaki

Syukur selalu....salam jumaat


Sunday, August 2, 2015

Apakah ini Mh370




Hari ni penemuan serpihan kapal terbang di pulau reunion sah milik boeing 777 ..baru kejap diwartakan di berita jam lapan

apakah Kau telah membuka hijab mh370 ....ya allah berilah kami petunjuk

Serpihan pintu ini dijumpai rabu lepas di pulau reunion saint andre, lautan hindi

Jika ia adalah benar, terungkai misteri dan jika ia mainan politik atau angkara pengganas maka laknatullah para perancang...jangan biar kami bersedih lagi pada mh370 .....terlalu misteri..


Tuesday, July 28, 2015

barisan kabinet baru

PM & MOF - DSN
TPM & KDN - ZAHID HAMIDI
Menteri MOT - Tiong Lai
Menteri NRE - Wan Junaidi
Men mindef - H2O
Men Luar Bandar - Ismail Sabri
Men Miti - Tok Pa
Men KTTHa - Maksimus Ongkili
Men Komunikasi - Rahman Dahlan
Men MOH - Dr Subra
Men Asas Tani - Sabri Chik
Men MOF 2 - Husni Hanazlah
Men Luar - Anifah Aman
Men JPM - Azalina Said, Jamil Khir dan 2 nama lagi.
Men Wilayah - Tg Adnan
Men Peg Tinggi - Idris Jusof
Men Pelajaran - Mahzhir Khalid
Men KBS - KJ
Tim Men KTKT - Salleh Said Keruak
Tim Men Mosti - Ivone
Tim MOT - Aziz Karpawi
Tim NRE - Hamim Samuri
Tim Men Pelancongan -  Mas Ermawanti
Tim Men Mindef - Johari Baharom
Tim Men Luar Bandar  - Jazlan ( Kelantan )
Tim MITI- Ahmad Maslan
Tim Wisma Putra - Rizal Marican
Tim wanita -Azizah
Tim Kerjaraya - Rosnah Rashid
Tim Kpdnkk - Hamzah Zainudin
Tim Sumber Manusia - Ismail Tahir
Tim Wilayah - Loga Balan
Tim Pelajarann -  Marry Yap
Tim Peg Tinggi -P Kalamanathan
Tim KBS - Saravanan

Tiba tiba bertukar......selamat menjalankan tugas la ya....redho jo la exTPM, setiap kejadian ada hikmahnya...

Monday, July 27, 2015

Senaman pagi Isnin


Try dis,...elok la lepas raya ni bersenam sikit...untuk punggung

Salam aidilfitri, salam monday.....seminggu sudah berlalu raya, maka hari ini kita teruskan kehidupan kita semacam biasa dan mari kita plan kehidupan yang lebih baik....

Sebulan puasa berlalu dengan sibuk sekali, sekala kala jer dapat jenguh mingzhu, maka hari ini kita masuk opis mingzhu dulu....kheee

Pagi pagi ai dah mendobi dua besen, dah kemas dapur dan simpan bekas bekas beraya, sebelum dhuha dan menjemur, mai coret mingzhu.....senam la dulu...

Assalamualaikum dunia....damailah semua, kita bersaudara....sekian

Tuesday, July 21, 2015

Tart nenas bunga



Ni tunjuk gambar jer sebab nak save, resepinya leh cari resepi tart nenas kat blog cmg, resepi doh sama je.....khee, selamat hari raya maaf zahir batin....gmbr x tahu saper punya, ambil kt fb ler

Tuesday, July 14, 2015

Penghujung ramadhan

Bila badan letih barula tiada catatan.....huhu..

Gagal untuk mencatat adalah satu kerugian.....tanga terketar ketar ingin menaip namun ketamdusan idea dan buah fikiran bikin tulisan huru hara, tiada manfaat dan sia sia

Di penghujung ramadhan ini ai gagahkan mencoret sekata dua kerna minat dan kerinduan...walau isinya tiada berbuah, namun terhasil entri sudah cukup membahagia....

Di penghujung ramadhan, menghitung amal selama hampir sebulan....banyak manala..ya allah ampunilah dosa hambaMU..quran x khatam....pss/ pompuan mmg payah ler...kheee

Di penghujung ramadhan, perkiraan menyambut syawal.....duit raya, buah tangan raya, kuih raya, baju raya.....sebelum balik kampung mai kita listkan apa yang perlu di bawa balik, apa yang perlu diselesaikan di rumah, apa yang perlu dibersihkan.....yang penting, barang nak bawak balik tu jangan tertinggal pulak....senaraikan semua dari barang kecik ke kasut semua.....

Nak menyambut syawal....tahun ni beraya ni di KT dulu, dengan anak saudara baru...yer..moga bahagia.....selamat hari raya dan maaf zahir batin kengkawan....

Saturday, July 11, 2015

Kek nenas upside Down

Dari tupperware, resepi macam mudah, tahun ni kita buat kek ni....resepi kek nenas upside down

Friday, July 10, 2015

Malam al Qodar

Lailatul maknanya malam...maka lailatul qadar adalah malam qadar...10 malam terakhir antara malam yang dijanjikan adanya lailatulqadar....

Apa kelebihan dan tanda lailatulqadar itu?

Kelebihannya adalah, barang siapa yang beramal pada malam ini, seumpama beramal 1000 tahun dan dosa lampau akan diampun semuanya

Berlakunya lailatulqadar pada malam malam ganjil sepuluh terakhir ramdhan, malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29.......menurut dogengan pada malam kejadian, pokok akan tunduk ke bumi....wallahhualam

Beruntung la mereka yang berjemaah isyak dan berterawih pada malam malam 10 terakhir ramdhan tanpa meninggalkan dan beramal serta berdoa sebanyak mungkin....

Moga kita bertemu lailatul qadar walau sekali seumur hidup dan sebaiknya setiap tahun...amin

Wednesday, July 8, 2015

Lemang periuk kera



Sedap ni.....rasanya manis dan lemak sedang sedang....kena la dengan selera, boleh didapati di bazar mahkota square kuantan aka bazar masjid negeri aka bazar padang mpk ..berbuka ramai ramai....

Tak ingat gerai no berapa tapi tiap tiap ada je lemang periuk kera ni, tahun ni baru ai cuba...terbaik

Saturday, July 4, 2015

Menu sahur 2015

Wajib ada sambal hitam tahun ni tiap kali sahur....sebab banyak sangat, terbeli yang sebekas rm8, makan sebulan pun tak abis.....tu dalam bekas kecik bff yang bagi, yang beli dalam peti....

Sambal hitam ni sambal tradisi orang pahang, senang di makan, dan sesuai untuk bila bila masa.. Mana mana orang walau di kedah pun mahir dalam bab sambal hitam ni....biasa rm5 sebekas tapi sejak GST ni dah jadi rm6

Bukan sambal hitam je naik rege, puding raja pun dah naik....huhu, ....

Tiap kali sahur mari kita makan buah, dan yang paling sesuai buah tembikai, makanla sahur dengan tembikai....menu sahur terbaik, kurang dehidrasi kita saat cuaca yang tak menentu ni...

Jadinya , menu sahur 2015 adalah .....sambal hitam dan tembikai...

Thursday, July 2, 2015

Return of Superman

Return of me, hari ni ada kelapangan dan sedikit ruang waktu.....rindu pada mingzhu...ku tatapi sepagi......ai tak boleh jadi superwomen, kalut dengan masa menyebabkan skill multitasking ke laut...tak macam superman malaysia kita ni,....en ben, kipidap

Lama dah save, hari ni post la.....tahniah Ben



Ni pulak tiga kembar yang ku sayangi ...sibuk mana pun petang ahd mesti tercangak depan tb, 3.30 di 391...  Returns of superman....

Mingguk deahan manse.....ai luv u

Saturday, June 20, 2015

CnP khasiat kurma

Sekadar perkongsian ilmu.

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan di dekati jin?
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih menyihatkan daripada kaviar?
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma kaya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

Panjang-panjangkanlah agar lebih ramai yang tahu. Selamat makan kurma di bulan Ramadhan

Ini barang pun amat baik untuk tenaga seharian,...koko tamar (promosi free..khee) ambil waktu sahur bersama oat cukup mengenyangkan ke petang...sila la beli

Thursday, June 18, 2015

Sehari sudah puasa

Dan hari ini genap sehari sudah kita berpuasa.....alhamdullillah

Dan hari ini terawih kedua kita.....eh kenapa ai tulis entri waktu terawih ni....hahaha...cuti da, ABC

Pagi tadi waktu nak solat subuh dan mandi, dan terlihat la, argh...im bocor, festday posa dah tak posa...sedihnya, nasib baik festerawih dapat....ya allah aku bersyukur atas semua nikmat yang KAU berikan....seminggu awal nampaknya di bulan puasa ni....adus, tiada tanda tiada rasa

Pss pe cer ni....haha

Malam ni free, sebelum ni agak sibuk la jugak, tu yang entri mingzhu asyik berkurang....huhu, walau bagitu kain setambun masih banyak....

Sempena malam free ni mai ai nak cerita, ala ala food review tapi tiada gambar...boleh ka? ....boleh jer, blog ni ai punya, ai punya suka la nak design macam mana....eh berlagak, bukan tinggi rating pengunjung pun....haha...nak dapat 100uv sari pun sakit....tapi takpe la, ai menulis kerna suka bukan kerna nama......ntah pe pe....

Balik kepada food review kita....semalam lepas terawih, kelaparan la jugak sebab keluar rumah sebelum magrib lagi, sebabnya merayap ke pasar malam kat jaya gading nak cari sambal hitam....namun hampa, tak dijual la pulak....melalut lagi....haha

Semalam ai dan oppa makan kat brotherhood IM15, nengok kat depan restoran macam gerun je, orang pun xde, reger terpamer depan pintu pun menggerunkan....tapi sebab feel kami ni mencuba dimana jua, masuk la....western stail.....

Tengok menu, banyak pilihan, rege pun banyak ragam....takpe...kalau sedap kita halalkan...

Balik kepada food review, kat Brotherhood ni....kami order, ribena susu satu, onion ring, chicken grill salad dan spageti meatball blackpepper..,.share ler....sharing is caring.....

Sesampai makanan, ...huyoo....gedabak meatball....pinggan yang besar...kolor sos yang menarik, look creamy, salad pulak, atasnya cebisan roti dan ayam grill terlindung dibawah dengan salad butterhead yang banyak crunchy.....onion ring agak kebrownan.....bayangkan yer, xde gambar yer, hp abis bateri...haha

Dan rasanya....wallah...padan la sangat dengan harga, kami puashati, meatball gedabak tapi sedap, homemade la tu kali sebab di meatball, tersembur sembur bawangnya...haha....manakala spagettinya, huh power sos blackpepper dia, hitam yang menawan.....so creamy.....lima bintang utk spageti, manakala untuk saladnya...hmmm mayonis masam secukup rasa, ayam panggang perfect dan onion ring yang gelap itu jugak sedap sedap.....cuma riben susu je lain jer rasa, sebab kami tak pernah minum, rasa masamnya benar atau tidak.....masam macam susu basi jer.....ikhs..telas je semua ....takde la sakit perut....ok....lima bintang untuk brotherhood im15, keluar restoran dengan senyuman walau melayang rm45 untuk semua food yang direview itu......

diam kekenyangan dan jam menunjukkan jam 11 mlm...kul 12 tido....kul 4.30 pagi bangun sahur....

Dan akhir kata, selamat berpuasa buat kawan semua.....tutup tab, lipat baju lak..

Waktu berbuka kuantan


Monday, June 15, 2015

Ubat sakit gigi



Seminggu sibuknya ntah pe pe ntah, tak sempat mencoret dan memblog walking....huhu.

Hari ni jimatkan masa kita terus cerita berkaitan dengan tajuk...

Ubat sakit gg yang mujarab, kumur dengan air rebusan buah rhu...kawan sekelian pernah tengok buh rhu? ....buahnya kecik kecik je, sepanjang pantai balok ada banyak pokok rhu, so senang ai nak dapatkan buah rhu macam dalam periuk di atas

Kutip buah rhu bawah pokok rhu, rebuskan dan kumur bila air dah sejuk, jangan kumur masa panas sebab kalau gusi dah bengkak tak elok kumur dengan air panas, gusi yang sakit, gg yang renggang dan berlubang yang menyakitkan sedikit sebanyak akan terubat dengan cara ini....

Selamat mencuba....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...