Sunday, December 28, 2014

Derma Banjir


cara mudah untuk menderma....singgit pun bernilai...

Friday, December 26, 2014

Hadis Pilihan - saluran derma





dan ini sebagai rujukan sumber bantuan yang boleh disalurkan, pilih la saluran yang sah.....ciluk dr blog diana ni...khee, tqs kawan....

Thursday, December 25, 2014

Burung Berkicau

kicauan burung kedengaran keriangan....menyanyi merdu bingit sekali....bercicip di rumpun buluh, menyambut cahaya mentari yang malu malu bersinar....menyapa angin yang sempoi ....berkumpulan berbuat bising tanpa menghiraukan ancaman, biarpun mata mata nakal menjeling tajam, sang bulus...namun sang cicip tetap menyanyikan lagu merdu...

hari ni dah tak hujan, sekejap panas sekejap mendung namun mentari masih lagi berselindung di balik awan, sekali sekala muncul mengacah ramai orang untuk mengapaikan pakaian...

alhamdulillah, sang hujan lebat sudah reda, tiada lagi titisan yang menambah isipadu air di muka bumi ini....tiada lagi kesejukan tiada lagi kebimbangan, yang ada hanyalah harapan....harapan agar air cepat surut....walau rata rata tempat diberitakan air bertahan, tiada nampak bayang kesurutan...

ai pulak, dapatla mendobi sebakul kain, lagi sebakul esok la pulak....dalam dua minggu hasilnya baju kotor dua bakul, kami berdua je, tiada anak kecil....macam mana la kawan kawan yang anak seramai empat lima orang,...bagaimana pula kawan kat pusat pemindahan, baju kotor nak dilambakkan ke mana....nak pakai baju sama dalam tiga hari ni bukan ke dia eh....kheee

terima kasih kepada sang cicip, si burung yang berkicau riang hari ini, mengharmonikan alam yang lesu ....sambutan krismas dan cuti umum tiada la melemaukan....bisa tersenyum,bisa mendobi, bisa mengemas laman...oppa kerja, kalau tak boleh gi tengok air

moga semua urusan kita semua di permudahkan allah

Wednesday, December 24, 2014

Cerita banjir 2014

Hujan lebat tiga hari berturut turut tanpa henti dan diramal hari ni hari terakhir, lamanya melebat, dengan angin pada belah malam memang menakutkan...member di kemaman telah berpindah, tinggalkan rumah ....member yang tak berpindah pun ada sebab airnya sampai tangga rumah je...namun apa jua keadaan, mangsa terputus hubungan dan berada dalam keadaan waspada

sekarang dah tak hujan....harapnya air akan surut, dan minit ini kembali hujan lebat

air pasang besar bercampur dengan hujan lebat berhari hari cukup menenggelamkan banyak tempat,

kuantan, bukit rangin....belum duduk dah banjir...huhu

kemaman, bandar chukai

perak pun banjir, masjid lama kuala kangsar

kelantan, ipd kuala krai

namun cerita banjir paling sedih, abang bomba menjadi mangsa .....empat orang anggota bomba cedera ringan akibat kenderaan RRV milik jabatan bomba terjunam ke dalam cerun akibat jalan runtuh di kg shukor, pasir raja, dungun, trg.....dalam usaha menyelamat, mereka juga menjadi mangsa, moga tiada apa apa....

Tuesday, December 23, 2014

Bicara Malam

Dingin yang teramat bersama deruan angin yang menggetar....kuat sekali...rimbunan buluh melagukan gauman bagaikan larian sang ducati....sesakali kedengaran bagai gauman sang belang kelaparan......ikhs ikhs, khee sape pernah dengar bunyi sang belang yang sedang lapar....haha

itula ibaratnya angin yang bertiup kencang malam ni di kuantan.....sesekali kedengaran hujan namun malam ni yang lebihnya angin yang membawa air pasang itu.....siang tadi hujan tanpa henti....gelapnya siang umpama malam dan malamnya umpama ribut yang berperang kerna tiupan....dari sejak dua hari lepas, hujan kembali menggila bagaikan sedang memarahi sang arjuna agar berteduh dan berwaspada...

apa nasib sang mangsa...mangsa banjir 2014...
bersabar la, tiap ujian Allah ada hikmahnya...

bicara malam memasuki pagi kerna ai tak ingin kian bersawang di sini tetap diteruskan dan kini menghampiri penghujung.....dalam kekekokan menguna jari tengah yang comel ini, ai berjaya mencapai misi dan menulis hari ini.....wasalam

Wednesday, December 17, 2014

Tiramisu

 
ai always luv twiggies
choc, oren, semua sedap
jumpa pulak dengan tiramisu
wah lagi jatuh cinta

not so sweet, spongey, creamy
itu la twiggies kegemaran ai dan oppa

tiramisu ni lite coffe, still chocolater
bila bila masa dimana jua
one for me, one for oppa

Saturday, December 13, 2014

Naik Lima poSen

ini rupa roti john yang telah dihangitkan pagi ni
roti john semalam buat sarapan
roti john sedap pasar malam im2

rupanya regenya telah meningkat naik
dari rm3.50 dah jadi rm4
seiring dengan kenaikan harga telur sebanyak sepuluh sen itu
maka roti john dinaikkan sebanyak lima puluh sen
hmmm, sebulan sekali je belinya
takpe la....seiring dengan kesedapan
nanti jadi berapa la regenya ekkk
belum gst....kheee

Friday, December 12, 2014

Menu Seminggu

Jumaat 19 Safar

 mati itu pasti.....mengingati mati di tuntut....ingat atau tidak pasti mati

apa yang kita cakapkan apa yang kita ucapkan apa yang kita tuliskan
pasti ada kesan dan akibatnya
andai lalai atau leka
kembali la ke jalan yang esa

Wednesday, December 10, 2014

Kenduri penghujung 2014





kepada ummi dan arsyad, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.....

bulan ni serentak tarikhnya ai ada tiga kenduri, doorgifts tu dari tiga rumah la tu, dari bachok kelate, padang air kuala terengganu dan alor ketitir merchang....alhamdulliilah berjaya penuhi ketiga tiga jemputan walau yang kat merchang tu agak lambat sedikit....

rata rata kenduri agak meriah dan sederhana, bagusla begitu.....semoga ia diberkati..

Monday, December 8, 2014

Kuih Topi

 

orang muda panggilnya kuih topi, orang tua panggil kuih cucur, crispy lemak manis....macam apam india tu, kuih ni boleh didapati di sebuah kedai kecil di persimpangan empat bertrafic lite, Gunung, Bachok, Kelantan...nampak kedai orang ramai ya la tu

kuih ini di goreng dalam kuali kecik sebiji biji dan dijual dengan harga rm1 tiga biji,...terlalu murah, mendapat sambutan hangat penduduk tempatan dan mereka mereka yang mengetahuinya....saiz sebiji agak besar dan kira terlampau murah untuk 3biji rm1....

beratur orang yang menunggu untuk dapatkan kuih, sorang sorang beli dalam kuantiti yang agak banyak.... mak beli rm5 tu pun banyak...15 biji, esoknya masih berbaki....sedap di makan panas panas, rasanya agak manis namun rasa lemaknya menyeimbangkan rasa kuih topi tersebut. 

jika ke kelantan, boleh searchings, tak rugi...

Friday, December 5, 2014

Mau Kaya ?

 

semua orang adalah kaya
kaya emosi, kaya pekerti, kaya budi

mau kaya?
berdoa sepanjang masa

minta apa jua
kaya benda kaya iman

beruntung jika kaya harta
beruntung lagi jika kaya segala



senda kaya di petang jumaat, istilah kaya menjadi mainan kata, jika nak kaya bersedekahlah, kerna dalam sedekah ada berkat, jika berkat kaya jiwa kaya la kita

kaya tidak hanya merujuk kepada harta, kaya pekerti itu yang lebih bernilai tinggi, di pandang mulia

kaya tidak hanya dengan memiliki rumah yang besar, kereta yang mewah, tapi ketakwaan yang menzuhudkan

bila tiada harta gemilang namun punyai sabar yang cemerlang pasti handalan

 

Tuesday, December 2, 2014

Daun Salad dan Khasiatnya

Daun salad merupakan pelengkap kepada nasi ayam, dan juga kepada sandwich, tapi ia sebenarnya bukan sekadar sayur daun pelengkap hidangan, ia mempunyai kebaikan dan khasiat yang tiada tolak bandingnya...

dengan nama saintifiks nya Lactuca sativa membekalkan khasiat seperti;

1. penawar kepada insomia atau ganguan tidur malam

2. kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium potasium, vitamin A dan C serta magnesium dan zink

3. Daunnya yang mengandungi air, karatin dan saraf dapat menghilangkan rasa dahaga dan melancarkan sistem pernafasan.

4. ia mampu mengurangkan paras kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubat kencing manis, gout, penyakit jantung dan sistem penghadaman.

itu dia, ubat yang mujarab jugak ni
sumber, #bernamaradio24

Monday, December 1, 2014

Ford Titanium

Salam monday.....no blues yer.....kini kian penghujung 2014, disember sudah ....lagi sebulan tahun baru...arghh, penambahan umur, pengurangan waktu....kian pantas masa berlalu, meninggalkan semua hayat belakang, menuju hayat depan tanpa menunggu.....apa sumbangan kamu, pada diri kamu, pada ibu bapamu, pada masyarakat amnya....kheee, jangan biarkan masa berlalu tanpa manfaat tanpa pengisian yang bermakna

followers nampaknya kian bertambah, walau tak banyak, namun peningkatan itu cukup baik bagi blog picisan yang sentiasa ketinggalan ini....ada waktu meriah, ada waktu sepi...terima kasih kepada semua followers...sudi sudikan ke mari, kita tambah xtiviti..

masa kadang kadang x genap untuk terus menulis, time balik kampung, seminggu terabai, baliknya tiga hari, letihnya dua hari, buat kerja tertunggak dua hari....maka penuhla jadual....idea sentiasa ada, walau sekadar cerita pendek, akan ai teruskan jua, ...demi minat dan pengisi masa

cita cita masa depan, ai nak memiliki kereta ford ni la,...jom kita save



                 Ecosport Titanium price ;
103,888.00

1.5L Ecosport Titanium
Engine type1.5L Ti-VCT, I4, DOHC, 16V..
Fuel preparationPetrol (Minimum RON 95)
Displacement (cc)1498
Bore & Stroke (mm)79.0 x 76.4
Compression ratio11.0 : 1
Maximum Power (Ps (kW)/rpm)110 (81) @ 6300
Maximum Torque (Nm/rpm)142 @4400
Fuel Tank Capacity (Litres)52
                                                                             

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...