Wednesday, June 25, 2014

Raya dah Dekat - petua kek tak melekat

Eh, apa ke mabuk ko jah...poser pun belum bagitau raya dah dekat...haha, haha...lor puasa kan cuma beberapa hari je lagi...lepas sebulan tu raya la....

sekarang ni masa untuk mingzhu cukup terbatas, rutin harian macam biasa tapi kenapa la asyik terabai je mingzhu ni....bulan puasa lagi la...siang dah letih, malam pula terawih....lagi la tergendala projek mingzhu...harap harapnya tidak...ramdhan bukan alasan...ya allah permudahkan ramdhan ku...

di waktu yang akan mencabar nanti, kita siap siap jugak cari resepi raya, resepi sahur dan berbuka dah ada kan...nanti ai copy paste dr fb kuantan utuk entri seterusnya....

di waktu ini ai nak bagi satu petua, petua bagi kek, bagi kek mudah tanggal...dari MW,
Jika anda terlupa menyapu mentega pada loyang kek atau lupa lapik dengan baking paper atau kertas minyak, jangan putus asa, ada cara untuk menanggalkan kek anda...
Letakkan kek yang telah masak keatas kain basah beberapa minit, insyaallah selepas itu kek akan mudah dikeluarkan....selamat mencuba

Monday, June 23, 2014

Kelebihan Tidur Siang - MM


Tidur ubat paling mujarab,...hilang skit kepala, sakit perut tidur jer, redakan batuk dan lelahmu...lelah emosi lelah peribadi....lama tak mencoret, peluang yang ada sebelum terlena jangan di sia siakan....

Dari perspektif islam, tidur pada siang hari adalah amalan yang baik, di mana Iman Al Ghazali menyatakan bahawa 'hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia dapat membantu ibadat pada malam hari seperti sahur membantu puasa pada siang hari'.

Ia bertujuan menyegarkan semula bukan sahaja jasmani malah rohani seseorang untuk beramal ibadat dan melakukan rutin harian. Namun ia bukan la secara berlebihan, cukup la paling lama sejam selepas zohor atau pada sebelah pagi. Masa yang sesuai untuk tidor seketika adalah pada pukul 1-4 ptg

Tempoh tidur yang efektik boleh dihuraikan mengikut masa,

10 hingga 20 min
- tempoh terbaik untuk memberi tenaga dan kesegaran tubuh akibat keletihan dan mengantuk

30 min
- boleh mendatangkan pening untuk 30min pertama selepas bangun

60 min
- tempon ini baik untuk meningkatkan memori fakta, wajah dan nama...ia adalah gelombang tidur yang perlahan

90 min
- tempoh ini merupakan kitaran tidur yang lengkap dimana ia dapat membantu perbaiki emosi, memori dan kreativiti

tido la walau dimana asal tiada ganguan dan menggangu orang lain....waktu rehat tengahhari di meja pejabat jika tiada halangan dapatkan ia sebagai peluang keemasan kerna tidur seketika adalah rahsia sebenar kepada awet muda.....jom tidur sampai kul 4....

Sunday, June 15, 2014

Genap 100 hari

Di mana MH370...hari ini sudah seratus hari kehilangan mu....dilautan tidak ketemu jua di darat tiada kelihatan, di hutan tiada pencarian.....pelbagai spekulasi, pelbagai andaian...waris mengamuk, waris terima pampasan waris kerinduan...

menurut kata Tun M, tak mungkin hilang di lautan kerna tiada satu pun serpihan dijumpai, maka di mana, kata Tun M lagi pasti ada penglibatan pengaruh luar dan satelit yang melindungi...

buku pasal spekulasi mh370 telah ada di pasaran, apa tindakan kerajaan....dan kini kian meyepi liputan, apa susulan tindakan ....tiada pengumuman dan liputan....misteri ini bilakah kan terungkai....

doaku, ya allah bukalah hijab mh370 ini secepat mungkin, kami menunggu, waris dan semua rakyat malaysia

Selamat hari Bapa

Hari demi hari berlalu dengan sepi...kesibukan dan keletihan melampau menyepikan mingzhu, namun getar rindu menggamit ai saat ini, dan ahad ini....diabaikan waktu masak sebab ai dah siap siap beli nasi kat pasar tani tadi, masak lepas nona karang...kheee

Hari ini ahad. 15 jun bersamaan 17 syaaban...lagi 13 ari nak puasa.....dan hari ini dikatakan hari bapa, sebab ai dah lama takde bapa...tak terperasan la.....oppa pun belum ada anak yang mahu menyambutnya, maka berlalu la ia bergitu saja...

Abah, pergi mu sudah 30 tahun, moga rohmu di cucuri rahmat selalu,...pasti sambutan buatmu tetap ada hari ini jika dirimu masih di sisi kami sekeluarga....abah selamat hari bapa, kami rindukan abah....

abah, doa seiring hari, maafkan ma, maafkan kami yang selalu alpa mendoakan mu....ya allah peliharakan roh abah kami.....tempatkan abah di sisi umat umat MU yg terpilih...

 http://rossacalla.blogspot.com/

pergimu abah, mimpi ngeri bagi kami
terkapai kami sekeluarga membina bahgia
merangkak mencari sinar
dalam susah payah kami membesar
dalam keperitan kami melalui jalanan hidup

kini kami menjadi manusia
walau tidak berjaya buat kau bangga
namun kami tetap berusaha
membela nasib ma

abah, kami redho
dan kami rindu
walau perit mana hidup tanpa mu
itulah ujian allah buat kami....kami lalui
dan kami berharap ketemu mu di pintu syurga

dari anak anak yang sentiasa rindukan abah....
kak long wakilkan, walau di mana ingatan adik adik
kak long tetap titipkan la fatihah mereka buat abah....
tenang la rohmu di alam sana...

Friday, June 6, 2014

Lavender di Jumaat


ai like lavender.....copy dr fb uncle bahrom

hari demi hari...jumaat datang lagi....sibuk ke hapa ntah ai ni, 
takde masa untuk minzhu ni....
ya allah, ...makin hari makin lalai...why why why...

demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka mereka yang beriman dan berpesan pada kebenaran....

Tuesday, June 3, 2014

Bayam Hijau Menu Malam Ni


Bayam Masak Air

sayur bayam hijau
bawang merah lima biji
segenggam bilis
kiub pati ikan bilis maggi

campurkan semua dan rebuskan
siap, cepat dan sedap


nota mingzhu : menu malam ni ringkas macam biasa, janji ada sayur ....hari ni bumi kuantan dilimpahi hujan yang lebat, kilat guruh bersusulan, dari pagi ke petang...duk diam diam di rumah dan semua off...dua kali main switch tertendang ( betul ke bhs baku ni )....kheee

hari ni hari keciwa...sebab bakal mendapat rugi besar, ai order dengan kawan shake n take, banyak la jugak, mula mula katanya kos pos laju rm34...tapi bila dah pos huh..tu dia rm84....barang kawan lain pun order,ingat tak nak ambil cas pos tapi lebih lebih lak caj pos....macam mana mau cakap da....adus...

Monday, June 2, 2014

Shushi Roti


seewed shushi yang halal
roti keping
timun batang (timun jepun lg baik)
lobak merah
lada benggala kuning
mayonis
sos cili
jejari ayam

potong tepi roti dan lenyekkan
potong lada, timun dan lobak merah panjang panjang
gaulkan mayonis bersama sos cili
letak seewed atas papan shushi dan letak roti atas sekali
susun semua inti di atas roti
gulung bagi ketat ketat dan potong

snack yang sesuai untuk perkelahan dan jamuan kecil, minggu lepas ai pergi jumpa kawan kawan kat kemaman, kami berkumpul sambut besday salah seorang dari kami, gee...sekali sekala berkumpul meriah dan gelak ketawa, moga silaturrahim ini berpanjangan...walau ke mana jua dan di mana jua kita berada dan apa jua kedudukan kita, kalau kita ikhlas dan saling menghargai, indahla sebuah perhubungan, jangan kita asyik mengharap penghargaan orang tapi kita tak menghargai orang...sikit sebanyak, tangan kena menghulur bukan tangan tahu meminta je.....orang bertanya kita menjawab, orang bercerita kita mendengar....konflik kehidupan ini memang amat sukar untuk dirungkai, kenali dan terima orang sekeliling kita seadanya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...