Thursday, May 29, 2014

Ice Cream Bandung

buat air bandung isi dalam bekas comel itu
bekas itu boleh didapati di ssf dengan rege rm5 untuk 4 biji
ice cream bandung tuk berbuka, 
nyaman dan yummy....sekali sekala bersusu penuh cream
nanti kita cuba air bandung soda dengan susu cair lak....

ada resepi ice cream berkhasiat, dari santan...nanti ai try nanti ai share...khee

habis sudah rejab, esok satu syaaban...lagi sebulan ramadhan kang menjelma...jumpa lagi wahai sang rejab tahun hadapan....ku rindu kamu, walau tak dapat puasa sebulan, dua hari bertamu di bulan mu, aku syukur
rejab, datang lagi ya, aku rindu....dan teringat

guru kelas ku di srtm, sewaktu darjah 6, cikgu rejab..cukup baik, membantu tanpa jemu, menolong bukan saja segi mental malah dari segi kewangan jua...terima kasih cikgu, hari guru itu tetap ada doa buat mu dan hari ini doa ku, moga rahmat allah sentiasa milikmu cikgu rejab

Monday, May 26, 2014

Hari demi Hari Menjemput Bahgia

Bahgia kan datang bila hati ini tenang, hati kan tenang bila tiada tekanan....elakkan tekanan dengan makanan...menjemput bahagia melalui makanan, kerna makanan mempengaruhi tingkah laku....kekurangan zat zat sepatutnya dalam tubuh badan serta nutrisi otak menyebabkan perubahan mood yang ketara...

jika jiwa tak kacau, mood ok...apa jua tekanan akan bisa dihadapi dengan tenang...

kembalikan tenaga dan hilangkan rasa gelisah....dan sentiasa cergas akan membahagiakan...., carila sumber makanan yang berkarbohidrat baik serta protin yang cukup....sumber vitamin c jangan sesekali ditinggalkan, pengambilan beri serta oren dengan nikmat 1000mg vit c mampu menurunkan kadar kartisol dalam darah dimana ia merupakan hormon yang membantu untuk mengurangkan rasa stress..

pengambilan sayur sayuran hijau, kacang pis, labu kuning dan brokoli dapat mengatasi kelesuan dan kurang semangat ....dapatkan tenaga bagi perjalanan hidup ceria sepanjang hari demi menatang bahgia

penghadaman yang baik juga boleh membuatkan seseorang itu berasa tenang dan selesa, cubalah halia, samaada dalam bentuk tea atau pil bagi melawaskan angin dan juga sisa sisa toksin dalam tubuh...penghadaman yang terganggu bisa menjadikan diri mudah sensitif dan cepat berkecil hati...juga pengambilan kubis, ubi bit, daun saderi, buah buahan dan sayur sayuran dapat  mengubat penyakit ini

susu dapat kembalikan fokus yang hilang.....baik untuk tulang serta pengimbangan mood baik di ketika waktu PMS...jom bahgiakan diri secara simple, free and easy....hasil bacaan MW

demi menjemput bahgia, vit c dan susu jangan dilupa.....juga kembalikan fokus pada azam lampau..., kini ai kembali mengarang, kerna ia jua jalan menuju bahgia ....bahgia jiwa

Thursday, May 15, 2014

Terengganuku MB baru

politik, dunia mu penuh muslihat, bila kejujuran atau tanggungjawab bukan keutamaan, kuasa sementara yang dicari bagi perjuang keegoan ...namun kuasa YG ESA jangan di sangkal, waktunya tetap tiba walau bagaimana cara, yang hak dan batil tetap terlaksana, rancangan manusia akan jua terlaksana jika izinnya YANG MAHA KUASA...........

terengganu bertukar MB, harapnya selamat la pasar payang, jangan sama sajer keadaan....rakyat jemu...masa depan kan kelam....

mb baru, ore seberang takir ter, ning dia dan pada 13 mei 2014 sejarahnya bermula...


yb razif dan isteri...tahniah, selamat bertugas dengan amanah.....
dilahirkan pada 7 nov 1965 dan merupakan pemegang ijazah sarjana sains dalam bimbingan dan kaunseling dari UPM
beliau mempunyai blog sendiri, namun selepas ini apakah beliau masih punyai masa untuk menulis di blog lagi, ini dia blog mb kita http://ybrazif.blogspot.com/

Sunday, May 11, 2014

Warna Warni Kehidupan

ni sarapan semalam

ni makan tengahari tadi siang

bila ditakdir menjadi surirumah sepenuh masa
memasak tugas utama
pening nak memikir apa menu
walau makan berdua, biarla sempurna
mengemas membasuh setiap masa
itu kerja biasa, bersih harusnya

rezeki orang bekerja lumayan seiring usaha
rezeki orang berumahtangga berkat tak terkira
walau tiada jaminan tiada pendapatan
yakin pada ketentuan yang ESA
walau macam mana impian kita
bila tiba masa, catatan itu pasti milik kita
itulah warna warni kehidupan

nota mingzhu : - setelah setahun ai tidak bekerja, diri kian yakin, rezeki allah dalam pelbagai rupa, jangan kita asyik merungut, bila sampai masa kita kemana, tak dapat elak jua....

hari ini sambutan hari ibu, walau ada ada ustaz kata itu hari mother church namun sekadar ucapan dan smabutan yang tidak lari dari cara yg halal, tidak la kita sampai terpesong akidah, kerna kita ini yg selalu alpa tak mampu nak ucapkan kasih sayang pada ibu setiap hari, ego sang anak jangan la nak menipu setiap hari adalah hari ibu....selamat hari ibu MA, moga segala pengorbanan mu ALLAH akan memrahmatinya



Friday, May 9, 2014

Jumaat Malam Sabtu


pagi jumaat layan pasta la konon, perut lapo, oppa belum balik, godek godek, ada sikit lagi tuna cili, hasil sandwich semalam, takkan nak makan roti lagi pagi ni, jemu....rebus pasta, gaul sajer, potong tomato....kenyang, balik oppa dengan muka sedih, motot bocor....kheee...cian

jumaat yang barokah ni jadi hari membosankan hari ni...kenapa ntah...ilmu dah lama tak timba, ngaji pun dah lebih seminggu tak ....memang resah la hidup bila kita jauh dengan Allah

petang jumaat macam lagi membosankan walau sibuk masak dan keluar settlekan motor oppa....

malam jumaat, panas....rasa nak berendam je, gatal satu badan ni, nak mandi berapa kali ni malam ni...serba tak kena malam ni, nak nonton pun malas, nak bersosial dengan memetik huruf pada wassup pun malas,,,nasib baik rajin lak menekan keyboard sebelum switch off laptop oppa yang tak meragam ari ni

arghhhhhh, bosan malas dan panas..........kapla macam mau pusing, bantal jangan panggil....ini semua sebab otak tengah ligat memikirkan kata kata kapten norudin di tv1 ptg tadi

Ya allah, di hari barokoh ini, hambaMU ni bermohon, buka la hijab mh370...terlalu lama kami menanti dengan misteri, bahkan para waris dah dapat pampasan insuran, tapai apa nasib mereka bersama mh370

Ya allah, ketemukan kami dengan barang bukti...apa itu ELT, mari sama kita pikirkan....


Thursday, May 8, 2014

Cerita Ustaz Kazim

Tadi kat tv1 , ustaz kazim elias cerita kisah sedih dia dan ibunya....pada satu ketika dulu sewaktu pulang ke kampung beraya menaiki bas henti henti, dia dan ibunya terpaksa berdiri bersesak dengan orang ramai ...namun demi balik raya, mereka berdiri dan ibunya mengendong adik perempuan beliau yang berusia enam bulan dan ustaz kazim pada ketika itu berusia 9 tahun..sepanjang perjalanan mereka berdiri, tiada siapa yang memberi tempat duduk kepada ibunya yang sedang mengendong bayi tersebut.....adatla, itu la kesedaran sivik orang kita dari dulu hingga kini memang rendah...

tiba tiba adik perempuan ustaz menangis, puas dipujuk tak berhenti menangis jua...dihenjut pujut dalam keadaan berdiri tu masih menangis jua....akhirnya ibu ustaz duduk di lantai di celah celah kaki penumpang bas yang lain dan menyelak baju menyusukan bayinya.....pengorbanan ibu, bersila dilantai demi menyusukan anaknya....tanpa rasa malu dan segan....dan ustaz yang baru darjah tiga mengalir air mata dan berjanji akan belajar bersungguh sungguh demi membahagiakan ibunya......dan kini UKE terbaik....

oh ibu....walau macam mana kita rasa ibu kita bersalah, namun dia tak bersalah mengandungkan kita.....doakan ibu ...





.

Wednesday, May 7, 2014

Hampiri Penghujung

Dunia kian menghampiri penghujungnya, janji Allah pasti, tanda tanda yang diberi telah dinyatakan ....hari demi hari ada jua tragedi....ada sajer kematian, baik di daratan, udara dan lautan

Tragedi yang ditangisi, masih lagi misteri, perginya mh370 tanpa berita pasti, menyusul pula kejadian kapal karam, diikuti kemalangan ngeri satu satu akibat kemalangan bus, dan kini menyusul seniman hari demi hari ada jua kematian....semakin ada yang meninggalkan...

Hukuman pengikut ikhawanul muslimin diluar batas kemanusian, namun dunia tak mampu melawan, kejahatan dan hukum alam bagai seiring menimpa penduduk bumi, bagai ada kesinambungan...

Argh,....apakah makin hampir keluarnya pejahat mata satu itu, walau dunia kian dipenuhi penjahat, tapi dajal mata satu sejahat jahatnya....bila dan dimana, kian menakutkan.....ya allah, hambaMU mohon perlindungan

Monday, May 5, 2014

Cara simpan Udang

Berhari hari ku tinggalkan mingzhu, kemana haluan ku .....ai memang pening la sejak dua menjak ni, nak menulis pun tak mampu, celaru, kesihatan membantutku....ai sakit gusi, stress oo...setelah beberapa hari menahan sakit, dengan berkumur air garam la, cuka epal la, habbatus sauda la, akhirnya telan ubat surut bengkak terus hilang rasa sakit serta merta, namun sekali sekala rasanya ngilu tetap ada.....rupanya ada geraham tumbuh lagi,....patut la, tumbuh lagi ggku.....ai rasa macam dah cukup semua gg, dah tua pun, takkan ada lagi gg nk tumbuh,...rejeki dalam sakit....alhamdullillah..balik pada tajuk asal

Udang sememangnya menjadi kegemaran semua orang namun itu ia cepat berbau bila tak kena cara simpan, dan bila itu ia akan lembik dan memang tak sedap di makan. Petua dari majalah harmoni ini boleh dicuba pakai bagi mengatasinya dan membuat ia sentiasa segar....

caranya, letakkan udang didalam bekas tertutup dan taburkan gula di atasnya lalu disimpan di dalam peti sejuk. cara ini akan membuat udang sentiasa segar dan tahan lebih lama.

sekian dulu hari ini, laporan azam kena di semak semula....kheee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...