Friday, January 31, 2014

Jumaat akhir Jan 14

today is friday again...and its CNY
jumaat akhir bulan ini, welcome feb 

Thursday, January 30, 2014

kelahiran Terkini

tanggal 27 jan 2014 si kelabu melahirkan lagi anaknya buat kali ketiga
kelahiran pertama lapan ekor semua mati
kelahiran kedua lima ekor, sekor yang hidup
dan terkini lagi lima ekor
sesudah tiga hari semua masih hidup
kerna depa semua di asingkan dari ibu 
diletak dalam bekas ini dan disusukan by straw

hari ni yang bulat bulat tu agak kurus, mungkin susu omega itu tak cukup zat
khee, kat rumah ni ada susu kambing dan nestle omega je
maka si bunny ini minum kadang susu kambing kadang susu omega
setal tiga hari, dah pandai minum dengan straw
semua yang ada kini tujuh ekor 
sebabnya kelmarin vanila melahirkan juga 2 ekor
hmmm, satukan dan susukan
bila dah bukak mata dan tumbuh bulu kita letak bersama vanila semua nnti
moga kamu semua terus berjuang untuk bernyawa
lagi seminggu kita temukan dengan ibu masing masing

punca di letakkan asing adalah kerna si kelabu tak pandai jaga anak
dan anak vanila tu tak letak kat luar bersama vanila...
adalah sebab si tompok oren dah pandai tarik jadikan habuan dia
kelahiran lepas anak vanila lima tinggal dua
si oren tompok membahangnya
seminggu ai akan cuba menyusu depa ni semua
moga rejeki CNY nyata



Wednesday, January 29, 2014

Final mastercheF

Saya bangkang keputusan final masterchef semalam,...ia sepatutnya milik celina, bukan Zamir...matanya cuma beza sikit je, empat atau tiga je namun cara pemberian mata memang memihak pada zamir sebab papa jo, walau chef adu dan zubir beri komen negatif, ....dapat di lihat zamir feberet papa jo sbb tu zamir dapat mata lebih....celina dikata takde rasa tapi zamir punya tawar juga kan....

zamir student kulinari, sepatutnya dia tak patut masuk bertanding, apa yang ada pada zamir adalah keyakinan dia, bukan kepakaran dia....dia masih cetek dengan pengalaman cuma lebih pada pendidikan, dan celina jauh lebih baik kerna dia bukan pelajar kulinari tapi ilmu makanan dia agak baik....frustnya, sampai nisa my dear frenzs tak tengok final sebab tak suka kepada peserta final....adus...ai layan je sebab bujet trofi masterchef allstars milik celina....lepas ni, tahun depan ai tak layan lagi dah masterchef...babai papa jo..

takdir dan rezeki ketepan Allah, dan dah termaktub zamir juara, tahniah zamir, ku abadikan foto zamir sebagai kenangan dan ingatan

dan tahniah celina sebab mampu tersenyum gembira walau impian anda tidak tercapai, cukup cukup la sertai masterchef, dulu pun ai frust sebab celina tak menang, kalah dengan syura walau syura tak terer ...dan kini celina kalah dengan zamir yang merupakan penuntut kulinari,...memang takde rezeki la celina...tak suka dengan tatu celina tapi suka dengan kepakaran celina walau bukan student kulinari...celina memang positif giler macam mek soo (soo winci)....abis sudah program yang ditonton dalam bahasa melayu pada malam hari, lepas ni mesti oppa layan fx serta discovery je la...dan time berseorangan ai layan korea dr ptg ke mlm la.....life is about enjoy...live ur life.....


Photo: Tahniah @ZamirMasterChefMY dan @CelinaMasterChefMY yang berjaya ke pentas akhir #MasterChefMYAllStars. Nantikan esok episod final jam 9 malam hanya di saluran Astro RIA dan Astro Maya HD. 

tahniah zamir dan celina, ke final...allstars
tahniah zamir menjuarainya


Tuesday, January 28, 2014

One Sweet Word

apa yang patut cakap kita cakap
apa yang patut di diamkan kita diam

bila patut cakap kita cakap
bila patut diam kita berdiam

masa di tanya jawab sebaiknya
masa di minta senyap fikirkannya

kenapa kita perlu cakap kita perlu tahu
kenapa kita perlu diam kita mesti tahu

kenapa kita tidak dia
siapa kita siapa dia

kita adalah kita, dia adalah dia
terima seadanya

Monday, January 27, 2014

Memetik artikel Datuk Dr Maznah

Happy monday to me and my dear frenzs.....sunday is busy and tired, bukak pc tapi tak sempat nak guna, subuh baru off, bukak tv sempat layan masterchef je...tak sempat layan ajl, tertido....

senin ini ai berharap ai boleh susun jadual waktu semula...mencari ruang waktu nan kian sempit...belajar dan terus belajar....untuk mendapat mimpi bagi menjalin satu impian dan mencipta satu rancangan demi kerja yang membahagiakan...

senin ini, sehari mau ku layan , ku penglipur lara sebab lagunya x menang, carta kemenangan ajl macam ni rupanya,

#AJL28
 Persembahan Terbaik - Hafiz (Bahagiamu
Deritaku)
Vokal Terbaik - Jac (Ikut Rentakku)
Tempat ke 3 - Awie Rafael & Altimet (Kalau Aku
Kaya)
Tempat ke 2 - Hyper Act (Hanya Aku)

Juara Lagu - Hafiz (Bahagiamu Deritaku)


senin ini mari kita belajar seni pengenalan,




BAGAIMANA ANDA MEMPERKENALKAN DIRI?



Perkara pertama yang paling penting dalam proses memperkenalkan diri adalah cara melakukannya. Gagal mencapai tujuan boleh menyebabkan anda rasa malu dan tidak sedap hati.

Perkara kedua adalah aturan nama. Jika anda hendak memperkenalkan rakan kepada seseorang, nama orang itu hendaklah disebut dahulu diikuti dengan nama rakan anda. Peraturan nama siapa yang perlu disebutkan dahulu bergantung kepada sama ada ia melibatkan situasi perniagaan atau sosial.

Ketika anda menghadiri suatu majlis dan tidak ada orang tolong memperkenalkan anda, ambillah inisiatif untuk memperkenalkan diri. Rasa rendah diri ketika berada dalam situasi ini akan membuatkan anda serba kekurangan. Perkenalkanlah diri anda bermula dari menghulurkan tangan dan senyuman.

Pastikan anda berdiri ketika diperkenalkan. Setiap orang harus berdiri semasa menyambut orang baru tidak kiralah di dalam majlis perniagaan ataupun sosial. Jika di pejabat, selalulah bangun dan keluar dari tempat duduk untuk menyambut tetamu.

Ingatilah nama orang yang baru diperkenalkan kepada anda. Apabila anda memperkenalkan kepada seseorang, sebutlah nama mereka beberapa kali ketika berbual kerana dengan berbuat sedemikian dapat membantu anda mengingati nama mereka. Apabila seseorang terlupa nama anda, anda cuma perlu senyum dan sebut semula nama anda.

Ingat, seni memperkenalkan diri juga penting untuk membina kejayaan anda!

Saturday, January 25, 2014

Terlepas Jumaat

Jumaat semalam terlepas posting, huhu...ingin ku sampaikan setiap jumaat ku hadis mu, wahai kekasih ku, ya hanana, s.a.w ...namun apakan daya, YES buat hal, DG pulak slow...taip taip tak send, send send tak jalan, baik ai pi jalan ke pasar....dan ku nanti jumaat depan lagi...dan lagi...

cerita jumaat 24/1 memang meletihakan,...kaki dan tangan ke ptg bergerak....mulai dengan pagi di pasar jaya gading, lepas tu restoran de aisyah, layan nasi kerabu ayam bakar power...lepas balik kemas kandang vanila, siram bunga, semai misai kucing dan daun belalai gajah, bakar sampah...masuk rumah basuh selimut....alih alih banjir lak dapur, air paip menembak keluar....alang alang mop dapur dan basuh semua pelapik kaki di dapur yanga ada tiga keping itu....huh...letih, lepas tu start masak, pucuk manis masak lemak, kerabu pegaga dan ayam goreng je, namun lamonya rasa kat dapur....yang pasti makannya kul lima,...hahaha..oppa kenyang makan nasi kerabu, dah petang baru dia lapar...


sudah makan akif dan adani, jiran depan mai nak main dengan vanila,...layan adani dengan biskut tiger bersama teh o.....oppa lak sepetang layan tennis open australia....

abis cerita jumaat, sabtu yang mana sekarang ini, ai berseorangan kembali, oppa masuk kerja, layan 728...deliceous korea dan deliceous man ...have a nice day rakan

Petikan dr FB Datuk Maznah


4) Mulailah BERMIMPI, BELAJAR, MERANCANG DAN BEKERJA untuk apa yang anda inginkan hari ini. Potensi anda akan membuat ruang bagi pencapaian mimpi-mimpi anda, dan kejayaan anda akan membawa nilai dan kesenangan bagi diri anda dan semua orang yang ada disekitar anda.



   





Thursday, January 23, 2014

Khamis yg Kecoh

hari ni sudah kamis, esok jumaat datang lagi, kerja ai menghitung hari jumaat...wah makin cepat masa berlalu ni, jumaat datang lagi...ya ampun...mengah la, tak terkejar dah masa ni...

pagi pagi kat kelas ngaji kecoh pasal salji...ai tengok kat fb semalam video salji kat indonesia...dan pagi sebelum pi ngaji ada lak berita kat fb yang mengatakan video itu palsu.....dan ustaz pun hari ni berceramah mengenai masa dan kejadian sekarang...ustaz kata ketentuan allah pasti...semua akan berubah...cuaca memang sejuk sekarang, ustaz kata mandi pun segan, sejuk, kak wook pakai stokin dua lapis dan pakai sweater...kak zah x mandi malam, ka tini dah sakit urat....semput semua orang....kecohnya pasal sejuk je...tapi perbincangan mengambil masa hampir 15min.....

sesambil dengar pelajar mengaji ustaz masih lagi berceramah pasal cuaca kemudian di tambah sikit pasal maulidur rasul...ustaz kata kita malaysia sibuk duk berarak...x elok..membazir, macam macam la....dgr je

hujung kelas baru buat test, semalam tak buat, berpeluh jugak...tak kecoh sebab boleh tengok nota...khee

kecoh juga pasal adik norsyafikah yang di bunuh di paka, dah dikebumikan kan dah arwah...alfatihah buat arwah, ke syurga pasti dia....

kamis ku tinggalkan, hari ni tak sempat nak jalan jalan....layan mata lu, zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

sampaikan pesan walau satu ayat,....mari kita berselawat...s.a.w.

Wednesday, January 22, 2014

Ulangkaji Tajwid

hari ai ada ujian tajwid, baru nak ulangkaji ni,



hukum mad, http://e-tajwidquran.blogspot.com/p/hukum-mad.html

Tuesday, January 21, 2014

Tuesday Treats KFC

Hari ini hari selasa....tuesday ya....ai ke pasar mencari sayur, hajat di hati malam ni nak buat mee sup sayur....keluar rumah dah pukul sebelas...singgah pejabat pos dulu...orang boleh tahan ramai...kemaskini buku asb...biar la dikata haram tapi tu je cara ai simpan duit yang tak mudah di buat keluar....lepas ni nak simpan kat tabung haji la...

Keluar pasar perut pun lapar, singgah kfc nak beli ayam dua ketul buat makan dengan pulut pagi tadi....masuk kfc terpana pada iklannya...tuesday treats....ooo..kfc ada treats by day jugak....hebat ni...macam jimat je....4 ketul rm14....ok...kita layan....4 ketul ayam dua roti dan free nugget...jimat ni...tapau satu bilnya jadi rm15.35...kita layan...


Monday, January 20, 2014

Ayam Micheal aNg


semalam last micheal ang di masterchef allstars, cabaran penyingkiran adalah ayam, seekor ayam yang di masak tiga cara, dalam banyak banyak tu, ayam micheal ang yang ai terpikat...tak pernah buat lagi walau senang je, macam ayam chiken chop tu.....

caranya yang ai buat pandai pandai sendiri, dua keping dada ayam nipis di salut breadcrump, lepas tu salut tepung kfc, celup telur salut lagi sekali dengan breadcrump...goreng dengan minyak sedikit...siap

hasilnya agak sedap namun oppa kata isi ayam tawar....ooo...lupa nak calik sedikit garam atau perap je ayam dengan blackpepper...lenkali kitra perap dulu ayam baru salut dengan tepung dan breadcrump....



Motivasi Pagi Senin

kita mulakan hari isnin kita dengan kata kata hikmah prof dr muhaya, moga hari ini dan hari hari seterusnya, penuh makna.....happy workin, happy worship...have a nice day to me n frenzs



Siapa kita sebenarnya kalau bukan untuk Dia. Siapa kita sebenarnya kalau tidak yakin dengan ketentuanNya. Siapa kita sebenarnya untuk melawan takdirNya. Siapa kita sebenarnya kalau impikan syurga jikalau solat 5 waktu entah kemana. Siapa kita sebenarnya jikalau harta tidak dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Siapa kita sebenarnya kalau bukan hambaNya. Siapa kita sebenarnya.




Sunday, January 19, 2014

Bintang muda Sukan


adik aliyah yong hanifah, 11 tahun merupakan seorang peluncur ski paling muda merupakan satu bintang sukan yang telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa dan mula melakar nama sejak berusia enam tahun, anak kepada hanifah yong ini yang oernah muncul sebagai juara peluncur ski paling muda bawah 10 tahun pd kejohanan malaysia 2009 di putrajaya.

adik aliyah telah berjaya melonjakkan namanya ke tangga 16 dlm carta kejohanan dunia peringkat wanita bawah 17 tahun asia dan terus memecahkan rekod dunia apabila mendapat emas di kejohanan asia terbuka wanita 2013

peminat setia alex yong dan kakaknya, phillipa yong ini mengaku tidak pernah puas dengan pencapaian yang diraih dan telah menyertai lebih 20 pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsadan telah menjelajah 10 buah negara termasuk itali, perancis, rusia, koran dan lain lain.

tahniah buat adik aliyah dan keluarga.

Saturday, January 18, 2014

Pasta bersama Timun


malam ni kita makan pasta ya...sebab jemu jugak gak kalau tiap tiap malam makan nasi, setelah di godek godek dapur ada sos prego tin kuning, ada daging burger ramli dan sayur cuma ada timun batang....dan pastanya ada makaroni dan spagetti....maka dengan sepantas kilat datang idea as above....

rebus spageti, bulat bulatkan daging burger dan rebuskan juga...bila semua dah masak, toskan...dalam pan lain kita panaskan sos prego klasik cheese n mushroom bersama dua helai daun salam, kemudian masukkan bebola daging yg kita rebus tadi....air rebusan tu ambil sikit buat cairkan sos....kemudian parut timun batang sebagai bahan sayurnya....dah siap

maka ini sempatla posting untuk sabtu....kheee, jgn mare...jom zzzzzzzzzzzzz

sebelum tu ai nak ucapkan terima kasih buat semua follower, terutama yang baru tu, terima kasih sudi mengikuti mingzhu, esok ai review u alls pulak yer....so kita plan sesuatu lps ni sebagai tanda penghargaan...

zzzzzzzzzzzzzzzzz jom zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Friday, January 17, 2014

Tokoh Maulidur Rasul 1435 H

Hari ni jumaat kembali lagi....makin cepat je rasanya...getar di dada, masa berlalu tanpa di sedari, makin cepat makin pantas...ya allah kau permudahkan segalanya, jangan kau sesakkan kami dengan waktu yang singkat dan melalaikan...makin cepat masa berlalu, makin dekat kami menghampirimu, dan kami bersedia untuk saat itu cuma amalan kami masih terlalu sedikit...ampunkan kami ya allah  dan,

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada suatu yang lebih mulia di sisi Allah Ta'ala melainkan doa," (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

sepatutnya hari ni hari thaipusam, kuantan tak cuti ke, semua orang sibuk ke tpt kerja, bus sekolah macam biasa, subuh subuh lagi dan mari....setalah diteliti pada kalender yang ada, tertera cuti thaipusam applies to KL, putrajaya, johor, N9, perak , penang dan selangor sajer....oooo

bersempena maulidur rasul yang kita sambut selasa lepas, sini ai simpankan nama nama tokoh maulidur rasul tahun ni,

Tokoh perdana maulidur rasul peringkat kebangsaan = Pengerusi penasihat syariah bank negara Malaysia, Dr mohd Daud Abu Bakar

Anugerah khas maulidur rasul Sabah = Pesuruhjaya polis Sabah, Datuk Hamza taib

Anugerah saidina ali = allahyarham ahmad ammar ahmad azam

tokoh permpuan di bawah ialah, kaunselor masjid negara, Datin Rusmiyati harun

 

Thursday, January 16, 2014

Barang Baru


comel tak comel tak ..kheee.........barang baru, bau kedai lagi, tadi siang ai pi beli kat megamall, kuantan optik, siap tak sampai sejam...very the cepat setakat ini buat spek...biasa dua tiga hari...

lama dah nak tukar spek sebab mata pun dah blur, rupanya mata kanan dah naik power seratus, mata kiri turun lima puluh, silau turun separuh....ooo patut la kadang kadang nampak blur, berkaca je....

bingkai murah tapi lens kita guna yang terbaik...mahal mahal bukannya ai mampu.... bonia mampu tapi tak suka la ada tulisan bonia tu...yang pasti ia berwarna purple...campur coklat sikit..dan comel nya bekasnya, stail dompet kecik, pink gitu....

yang pasti kali ni kita tukar gaya...frameless tak banyak pilihan, ambil la juga yang half walau nampak garang...sudah lama berframeless, kita slow slow berbingkai semula, half dulu, next two years bingkai penuh...dua tahun sekali tukarnya macam tukar tayar kereta...kheee

siap je spek, terus keluar megamall nak balik, kat luar geng geng MPK baru sampai, nasib baik ai cepat, macam tiket dah lebih sejam...berjalan menuju kereta, depan tu ada satu viva parking kat jalur kuning, orang MPK ingat mycar, siap tanya dan macam tak jadi saman la...kheee..bukan, ai memang kesedaran sivik agak baik, tak parking merata, dalam petak....viva tu siap letak tiket parking tapi parking di tempat salah...dapat la surat saman, rm30 katanya orang MPK ...dah rejeki

jangan di buat pekara di larang, akan akibatnya terpaksa di tanggung....huhhh
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Wednesday, January 15, 2014

Sirap Sedap


semalam ai buat sirap segera, senang di minum, cepat dan sedap lagi sejuk....caranya,

setengah botol sirap kecik di masak bersama setengah cawan gula dan seperiuk besar air...kemudian di campur beberapa titik air rose, beberapa helai daun pandan dan jika nak sihat beberapa helai daun misai kucing.....

masak hingga menggelegak dan sejukkan....botolkan dan simpan dalam peti ais....siap sedap sejuk...

10 Rahsia Penting

Rahsia mengelak persengketaan dengan pasangan sejiwa

1. ketahui sikap pasangan - kenal pasangan luar dan dalam

2. senyum - kunci utama dalam komunikasi

3. menjadi pendengar setia - ambil sikap dengar dahulu

4. perubahan mental - bersikap matang

5. cinta tidak berbelah bagi - setia dan ikhlas dalam kasih sayang

6. bersikap terbuka - jangan simpan dalam hati

7. amalan kerohanian - perbanyakan amalan, solat dan al quran serta sedekah

8. kemaafan - sebelum tidur maafkan semua kesalahan insan

9. DOA - yang utama adalah mohon allah permudahkan

10. saling ingat mengingati - berpesan dengan kasih sayang

Tuesday, January 14, 2014

Kek Buah Kukus


nampak sedap tak?....bukan setakat nampak je, makan pun sedap..sedap gilos....ni resepi kak ros selera tv3 tapi ai dah derhakakn...memang power dan simple je...macam bawah ni resepi dia,

secawan buah buahan kering (kismis, kiwi, apricot, kurma)
suku cawan walnut atau badam
setengah sudu kecil serbuk kayu manis
setengah cawan oren sanquik
dua biji telur
setengah cawan susu
setengah cawan gula perang
secawan tepung gandum
secawan serbuk roti
setengah cawan minyak jagung
setengah sudu kecil soda bicarbonate

rendamkan semua buah kering bersama walnut dan serbuk kayu manis kedalam jus oren sanquick
pukul telur bersama gula hingga kembang dan kemudian masukkan susu, kacau sebati
ayak tepung bersama soda bicarbonate dan kemudian masukkan ke dalam adunan telur tadi 
kemudian masukkan minyak dan akhir sekali gaulkan campuran buah tadi
masukkan kedalam acuan kecil bertutup dan kukus selama 45 min...jika di kukus dalam bekas besar , ia memerlukan masa yang lama, dua jam ya....selamat mencuba...

ni resepi asal kak ros, leh cari fb selera tv3

Isteri isteri Rasullah


salam maulidur rasul...mari kita berselawat sebanyak mungkin.... 12 rabiul awal ...mari kita mengenal isteri isteri rasul kita ..s.a.w.

Monday, January 13, 2014

Patin Tempoyak



sabtu lepas ai dan oppa pi temerloh sebab nak makan patin
selama ni masuk pekan temerloh makan je mana mana kedai
tapi kali ni kita google dulu
keluar kat blog kak gee pasal patin go bang ni
tepi trafic lite lepas susur masuk tu je....
sebelah esso kami pun terus masuk la
masa tu banyak motor besar, orang tak berapa ramai sangat
dan hasilnya ekor patin satu mangkuk bersama dua pinggan nasi 
nasinya siap ada salad papadom dan sambal
kami tambah order sayur campur
fuhh...memang power...pedas manis, sehingga kuah boleh di hirup
ok la, boleh lawan pak akob la....

pertengahan bulan januari sudah
esok maulidur rasul
semalam baru rasanya maulidur rasul lepas 
rindu ya hanana



Friday, January 10, 2014

Jumaat Kembali

copy dr fb

cepatnya hari kini kian berlalu, jumaat datang lagi...baru saja rasnya kita melalui jumaat lepas.. ya Allah apakah kian hampir waktunya, apakah kian cepat kita menghampiriMU

makin hari makin banyak kejutan, makin mahal harga barang, makin mencabar kehidupan....namun apakah amalan makin bertambah, kebaikan makin meningkat, ketaqwaan makin baik...

dan usia juga makin menaik......im late 30 now....huhu...bila nak ada anak ni, 
Ya allah, berilah aku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. sesungguhnya engkau maha pendengar doa.

dan usia juga menuntut pertaubatan dan ikhtiarku,
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud ; 'Seseiapa yang sentiasa beristighfar maka allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka'. Riwayat Abu Daud.

Monday, January 6, 2014

Tidak Berhemah

 depan skali tu lori bawak tangki besar....ambil space yang banyak tu sambil ngelak pokok tumbang


tu pokok tumbang dan tu kereta yang tak berhemah sedang memotong dari kiri sebelum ni blkg kami je

sebenarnya hari ni kami balik ke besut
sebab esok nak bawak mak ke husm 
melalui jln jabor dalam pukul satu pm
perjalanan agak perlahan
mengekori lori yang bawa tangki besar
sampai di km ke brp ntah
ada pokok terbalik
semua menyusur ke kanan
dan dengan tidak berhemah kereta saga di atas memotong belah kiri 
mengambil kesempatan dengan pergerakan perlahan...sempat ai snap
ingat nak pos kat fb SAT
tapi ai memang suka meluah rasa di sini

oppa mcm biasa steady je...klu ai dah tekan hon kuat kuat tadi....
oppa dia tekan hon bila nampak awek je
setakat satu kereta pun nak potong..
dah la masuk kot kiri...
rakyat ganu mmg mcm tu...
bwk kereta macam bwk lori pasir....
yg perempuan makcik makcik ayu bawak kereta macam catwalk...
org ganu kaya kaya tak heran orang
jalan raya buat sendiri tak perlu peduli 

sebelum tu satu myvi dan kereta pejabat lanskap dah memotong walau dah tahu tak ke mana pun sebab lori tu tak boleh di potongnya....satu mercedes pun cuba potong....wat aniayai orang yang berjujuks dari tadi lagi....hmmm, manusia tak pernah puas

kami potong masuk balik kemaman dan keluar ke kemasik.
...sebab tak nak berjujuks lagi ...
satu perjalanan yang panjang pulak terpaksa di tempuhi...
dari pukul 12.30 bertolak dan sampai di besut pukul 6.40...letih ooo
tapi bila dah lalu jalan pantai banyak la tempat menyinggah....
singgah solat di masjid kuala abang, 
singgah makan roti tempayan di merchang
singgah di jabi beli sate...sate kak mah

dan sekarang masa untuk tido sebab esok lepas subuh dah nak kena ke kb
 ....zzzz


Sunday, January 5, 2014

Apa Rutin di Hari Ahad

apam telur

rutin biasa di hari ahad adlh ke pasar tani
pasar tani kuantan depan utc
beli sayur beli ikan beli telur
tak lupa makanan wajib...apam telur
surat khabar MM juga wajib
paling lewat kul 12 balik la

sesampai di rumah makan apam dulu
lepas tu masak nasi
lepas tu mandi dan solat
lepas tu makan
lepas tu baca surat khabar
lepas tu tidor....

Friday, January 3, 2014

Salam Jumaat 2014

Hari ni jumaat pertama 2014, huh....hujan lebat di kuantan pagi tadi, petang ni mentari bersinar riang dan rasa bimbang pada gelombang kedua agak terbatas, teruja mencari bekalan makanan namun masih berhemah, ke giant dengan penuh hati hati, takut terjadi pekara tak di ingini.....ai bulan ni kena shopping sendiri sebab oppa kerja lagi....cutinya hanya bila lepas kerja malam , tu pun sehari dan dipenuhi dengan pelayaran ke peta setempat....moga tahun ini kesihatan oppa tidak terjejas akibat keletihan ...

Maka nikmat Allah yang manakah engkau dustakan.....

Hari jumaat ini mari kita hayati hadis pilihan sempena jumaat pertama 2014...Rasullah SAW bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)". - HR Al Baihaqi.

Maka berselawat kita ....s.a.w...

Wednesday, January 1, 2014

Pencetus idea 2014

1

Cuci Kerak Periuk

Selamat datang 2014.......satu tahun lagi bertambah usia kita dan jarak kita menghampiri alam abadi....moga tahun ini lebih baik dari tahun tahun sebelumnya....moga tahun ini simpanan kita akan bertambah, lebih dekat lagi masa untuk membolehkan kita buat umrah jika simpanan bertambah....itu azam tahun 2014,
menabung lebih jaya

Selamat datng 2014, ....moga tahun ini kita lebih bersih....cuci rumah cuci dapur cuci tandas...yang penting cuci hati....

Namun hari ini mari kita belajar cuci periuk....jika periuk anda masih ada kerak melekat, hari ini pe kata kita kilatkan bersih bersih, caranya, rebus kulit kentang dalam periuk berkerak itu selama beberapa minit dan kemudian kita akan dapati kerak itu akan tertanggal sendirinya...selamat mencuba.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...