Thursday, September 4, 2014

Cacamarba Kuih Kini

Menulis tanpa rasa....melahir idea tanpa hala....berpesan pada tiada siapa....melahir cerita yang tiada sudahnya...merapu entah apa apa.....hahaha

tangan ni gatal nak menulis tapi tiada idea....nak tidur malam masih muda, nak tengok cerita macam tiada selera...nak tunjuk gambar makanan macam jemu...pe nak kata, bila idea merapu tereka...

jadinya mai ai cerita, pasal apa yang berlaku hari ni.....dari pagi hingga malam ni..macam tulis dairi...kheee

pagi, bermula hari selepas oppa pi kerja, kemas rumah sapu sapu kemudian bersiap nak keluar cari barang...dapat mesej, jiran minta hantar dia ke pejabat pos dan beli pampers anaknya...adus, kacau la...dia ni kerja ...suka suka nak keluar shopping dan minta ai hantar...so pergi balok dulu...layan je selagi boleh...kalau tak boleh tak mau eh...ai sanggup tipu u...

tengah hari, lepas settle urusan jiran, ai keluar ke bandar....pi ssf cari barang untuk siapkan hantaran kawin kawan oppa....duit habis langsung kat ssf....lepas tu ai terus memecut ke giant, nasib baik ada duit dalam meps...khee, kita beli pampers kita lak dan tapau nasi claypot...balik

petang, dalam perjalanan balik singgah rumah ciksu,...ambil tong beras nisah....ciksu bercerita yang jiran sebelahnya rumahnya dipecah masuk....penyamun panjat bumbung dan pecahkan syiling, alarm bunyi namun kegiatan berjalan baik dengan percapaian penyamun itu sebiji ipad, hanpon dan duit duit raya anak anak tuan rumah...kejadian berlaku pukul lapan pagi....bahya ooo...penyamun cari rejeki waktu pagi sekarang.....sampai rumah hampir pukul tiga....adus letihnya....ho ho...

malam, tak tahu nak buat apa...tu yang merapu cacamarba......maka ini tamat cerita hari ini

*Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah(sama saja keadaannya kpd Allah) kerna sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui segala isi hati .- al mulk (13)*

1 comment:

  1. awal2 pagi dah menyamun..mungkin menyamun adalah kerja tetap dia..masuk jam 8 punch card jam 5.heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...