Tuesday, August 12, 2014

Puasa Ganti dan Puasa Enam

Setelah dikaji dan dipelajari dari al kuliyah serta pakcik google, maka ini ai melaksanakan puasa ganti dulu tujuh hari dan selepasnya baru puasa enam....sekarang dah 16 syawal, maknanya puasa dibulan syawal cuma tinggal 14 hari...sempat ka....dah dua hari ganti puasa, lagi lima hari dan di tambah enam...jadinya sebelas hari ada masanya.....insyaallah, kan ai usahakan...

para ustaz mengatakan tidak boleh digabungkan puasa enam dan puasa ganti...namun pahala allah yang bagi, lebih baik ganti dulu namun boleh puasa enam dulu dan ganti kemudian ...kerna syawal cuma sebulan...

kelebihan puasa enam,

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).

Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/08/niat-puasa-sunat-6-syawal-puasa-ganti.html#ixzz3AC3xeKWX


selamat kembali mingzhu....ngeh ngeh ngeh...jom membaca. bw...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...