Friday, August 29, 2014

Cadar Baik Punya


salam jumaat, moga hari barokah ini memberi makna kepada kita, ada masalah yang terungkai, ada pergaduhan yang terdamai, ada kasih sayang terbina....amin

melihat pada cadar belang belang kat atas, itu baru pasang semalam kerna kelmarin, kakak kat kelas ngaji menawarkan cadar ini dengan tiga kali bayar dengan jumlah sebenar rm150....awal ai memang tak nak, sebab tahu, oppa nanti akan muncungkan muncungnya sedepa.....,tak muat pun tapi bila tilam tu di rapatkan ke dinding dan hala duduk sebenar cadar itu di tukar maka ia menutupi selurih tilam yang kelihatan....maka, lepas try kita guna terus la.....kheee, kak tini bulan depan la ai bayar yer....

cadar ni dah lama berleluasa di fb dengan harga rm140, ciksu siti beli rm130, jakel offer rm90 dan jiran ciksu beli kat china rm70....fuhhh, murah je benornya bagi pemborong barang dari cina, warna agak pudar, kain agak kasar namun tak bersepah di atas tilam, terletak cantik....lepas basuh dan rendam softlan lembut sikit kot....penyelesaian terbaik untuk tilam ini yang saiznya yang bercantum lebih besar daripada kings size ni...x nampak la tilam yang sudah kekuningan tu....alhamdullillah...rm50 sebulan boleh la...

petang jumaat mari kita layan badminton....kepada mereka yang bekerja tu, pulang nanti berhati hati, jangan lupa melangkah pulang dengan basmallah....


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...