Monday, July 7, 2014

Santapan Berbuka

bertemakan susu, kita guna susu cair...apa jenama pun xpe..janji susu cair dan ia putih...putih is mine
lembut dan sejuk di tekak, menu berbuka terbaik....sediakan stok susu cair 15 tin bulan poser ni, sehari separuh tin je guna, untuk berdua...jimat dan berselera...

mulakan dengan puding nenas,

bahannya,
separuh paket agar agar kering, secawan susu cair, separuh cawan gula, seliter air, setin nenas dadu

caranya,
masakkan agar agar bersama air dengan api perlahan hingga hancur sebati dan kemudian masukkam gula ..masak hingga gula hancur dan padam api...kemudian masukkan nenas dan air sedikit..biar sejuk sedikit barulah sebatikan susu....siap.


kemudian, menu lagi mudah, bubur barli dan buah

bahannnya,
barli yang sudah dimasak, air bole buat minum, sagu yang siap di masak dan sejukkan atau beli je sagu macam mata ikan tu kat pasar, susu cair secukupnya, dan buah buahan kering secukupnya

campurkan semua bahan dalam satu mangkuk, sejukkan dalam peti air bagi buah kembang dan menurunkan manis supaya kita tak perlu tambah pemanis....siap


2 comments:

  1. wow menarik...boleh juga cuba dadih segera...

    ReplyDelete
  2. MM > bole ajer, simple mudah dan sedap...kheee...x perlu susah payah ....letih nnti

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...