Thursday, July 24, 2014

Penghujung Ramadhan

Ramadhan kian menghampiri penghujungnya, lagi empat hari nak raya....waktu nan singkat, amal yang tipis, maka laro la jiwa....dan malam ini malam 27 ramadhan....penuh keberkatan...

malam ni oppa kerja malam, ai belum solat lagi sebab mengemas sikit sikit, lusa dah nak balik ganu...jap lagi nak solat, baca yasin tu abah, doa banyak banyak untuk semua....

maka ini, kesempatan yang ada mari kita juga berdoa untuk mh370 agar terbuka hijabnya juga doa untuk  rakyat palestin, kesengsaaran yang tiada penghujung, moga allah memberi kemenangan kepada mereka sempena ramdhan ini...

2014 penuh tragedi, dan kini, kapal taiwan terhempas , kapal algeria pula hilang dari radar...banjir dan taufan di china, ...kering kontang di tempat kita, cuaca yang panas benar benar menguji puasa kali ini..el nino cepatla pergi

sempena malam jumaat ini, mari kita tingkatkan amal kita dan banyak banyak doa agar allah mendengarnya,

ya allah, kami bermohon
hilangkan sengketa daripada kami semua
berikan kami bahgia dan juga harta
agar kami mampu beribadat sempurna
berikan kami kesihatan yang baik
agar kami mampu beramal sebaiknya
ya allah berikan kami 
kasih sayang
kecintaan
kebahgian
kekayaan
kekuatan
ketabahan
kecantikan
keimanan dan ketakwaan

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...