Tuesday, July 1, 2014

Onde onde aka Buah Melaka

Hari ini tiga hari sudah kita berpuasa, cuaca agak baik, maka mood puasa agak memberangsangkan, kedahagaan tidak melampau di campur pengisian sahur bersama tembikai adalah langkah yang baik...

hari pertama berbuka di umah mok, puding jagung menu utama, hari kedua berbuka bersama ma, dengan menu puding sagu dan hari ini berbuka di rumah bersama oppa, bersama onde onde atau dikenali bersama dengan negeri melaka iaitu buah melaka....ahakksss

mai nak kongsi resepi dan gambar buah melaka ini, onde onde biru.... senang sesangat, bagi orang muda yang berpuasa berjauhan dari bonda mesti mencari cari resepinya....ahakss...silakan baca dengan teliti

bahannya, tepung pulut, air, kelapa parut muda, gula melaka aka nisang(orang ganu)

caranya, jadikan doh dengan menggaul tepung pulut bersama air secukupnya sehingga boleh digotel, potong gula melaka secara dadu sesuai dengan saiz bagi menintikan ...bulatnya dan masakkan kedalam air menggelegak, bila air timbul di permukaan air maka itu masakla buah melaka kita itu, sementara itu gaulkan kelapa tadi dengan sekit garam...angkat buah melaka yang dah masak dan golek dalam kelapa tadi...siap.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...