Monday, June 23, 2014

Kelebihan Tidur Siang - MM


Tidur ubat paling mujarab,...hilang skit kepala, sakit perut tidur jer, redakan batuk dan lelahmu...lelah emosi lelah peribadi....lama tak mencoret, peluang yang ada sebelum terlena jangan di sia siakan....

Dari perspektif islam, tidur pada siang hari adalah amalan yang baik, di mana Iman Al Ghazali menyatakan bahawa 'hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia dapat membantu ibadat pada malam hari seperti sahur membantu puasa pada siang hari'.

Ia bertujuan menyegarkan semula bukan sahaja jasmani malah rohani seseorang untuk beramal ibadat dan melakukan rutin harian. Namun ia bukan la secara berlebihan, cukup la paling lama sejam selepas zohor atau pada sebelah pagi. Masa yang sesuai untuk tidor seketika adalah pada pukul 1-4 ptg

Tempoh tidur yang efektik boleh dihuraikan mengikut masa,

10 hingga 20 min
- tempoh terbaik untuk memberi tenaga dan kesegaran tubuh akibat keletihan dan mengantuk

30 min
- boleh mendatangkan pening untuk 30min pertama selepas bangun

60 min
- tempon ini baik untuk meningkatkan memori fakta, wajah dan nama...ia adalah gelombang tidur yang perlahan

90 min
- tempoh ini merupakan kitaran tidur yang lengkap dimana ia dapat membantu perbaiki emosi, memori dan kreativiti

tido la walau dimana asal tiada ganguan dan menggangu orang lain....waktu rehat tengahhari di meja pejabat jika tiada halangan dapatkan ia sebagai peluang keemasan kerna tidur seketika adalah rahsia sebenar kepada awet muda.....jom tidur sampai kul 4....

3 comments:

  1. huahhhhhh.... tgk bola mlm td... rasa mcm nak tido 8 jam jeeee gagagaga waktu siang :P

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info..sekarang jugak sy nak tidur..ahakss

    ReplyDelete
  3. A > tido la masa boleh tido ni...huh...waktu bola leh je sengkang mato eh, bila p kerja ngantuk x bole sengkang ka...ngeh3x

    JSS > tido jap...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...