Thursday, May 8, 2014

Cerita Ustaz Kazim

Tadi kat tv1 , ustaz kazim elias cerita kisah sedih dia dan ibunya....pada satu ketika dulu sewaktu pulang ke kampung beraya menaiki bas henti henti, dia dan ibunya terpaksa berdiri bersesak dengan orang ramai ...namun demi balik raya, mereka berdiri dan ibunya mengendong adik perempuan beliau yang berusia enam bulan dan ustaz kazim pada ketika itu berusia 9 tahun..sepanjang perjalanan mereka berdiri, tiada siapa yang memberi tempat duduk kepada ibunya yang sedang mengendong bayi tersebut.....adatla, itu la kesedaran sivik orang kita dari dulu hingga kini memang rendah...

tiba tiba adik perempuan ustaz menangis, puas dipujuk tak berhenti menangis jua...dihenjut pujut dalam keadaan berdiri tu masih menangis jua....akhirnya ibu ustaz duduk di lantai di celah celah kaki penumpang bas yang lain dan menyelak baju menyusukan bayinya.....pengorbanan ibu, bersila dilantai demi menyusukan anaknya....tanpa rasa malu dan segan....dan ustaz yang baru darjah tiga mengalir air mata dan berjanji akan belajar bersungguh sungguh demi membahagiakan ibunya......dan kini UKE terbaik....

oh ibu....walau macam mana kita rasa ibu kita bersalah, namun dia tak bersalah mengandungkan kita.....doakan ibu ...





.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...