Monday, April 14, 2014

Menulis Turunkan berat Badan

aku menulis kerna mau lepas perasaan, kerna mau memberitahu, kerna mau menyimpan 
aku menulis di mana mana, di komputer, di alam maya, di kertas putih..maupun kertas hitam
aku menulis kerna berkesempatan, namun bila kesibukan aku tetap jua menulis
aku menulis bila kesedihan, namun bila gembira tulisan lebih berinfomasi
aku akur pada akal, pada ingatan, manusia mudah lupa, tulis la...
walau bukan pengajaran cukupla sekadar peringatan
abai pada yang tak berharga, hargai apa yang ada

semangat yang hilang kini kembali pulang, moga mh370 jua kan demikian

petik artikel Datuk Dr maznah di fb dia hari ni....sila tengok sebaiknya pada no 2,

MULALAH MENULIS JIKA ANDA NAK BUAT PERUBAHAN DALAM HIDUP.

Saya sering syorkan pada kawan-kawan yang mahu membuat perubahan dalam hidup, agar memulakan perubahan tersebut dengan membuat satu perkara baru.

Perkara baru tidak semestinya sesuatu yang drastik dan memerlukan pengorbanan yang besar. Pilih saja sesuatu yang mudah yang tidak pernah atau terlalu jarang dilakukan selama ini.

Komen FB ini juga boleh digunakan untuk menumpahkan buah fikiran anda.

Ada ramai juga yang memang ada keinginan untuk menulis, tapi setiap kali mereka mencuba untuk melakukannya, ada saja masalah datang.

Tiap kali nak menulis, jari jemari mula menjadi kaku, fikiran terhenti secara tiba-tiba dan tidak tahu di mana harus bermula. Akhirnya ramai yang sekadar menjadi pembaca saja!

Jika anda merupakan salah seorang daripada mereka yang mengalami masalah seperti itu, mungkin senarai kelebihan menulis ini dapat dijadikan azimat sebagai motivasi untuk belajar menulis dan tanam serta pupuk tabiat menulis:

1. Menulis mampu membuatkan seseorang menjadi bahagia.
2. Turunkan berat badan dengan menulis. 
3. Merawat kekecewaan akibat perpisahan
4. Meningkatkan daya ingatan dan kemampuan belajar
5. Menulis membuatkan anda mudah dapat kerja
6. Mempercepatkan penyembuhan luka fizikal
7. Meningkatkan daya saing

Menulis juga boleh memperbaiki perhubungan, mencapai sasaran atau matlamat, melupakan kenangan pahit masa lalu dan banyak lagi.

Rajin-rajinlah memberi komen, kerana setiap komen anda adalah suatu perkongsian ilmu!



2 comments:

  1. buat sesuatu yang baru,..tulis lagu pulak..heehe..berangan je..:p

    ReplyDelete
  2. D > betul gak tum tulis lagu lps tu antar ke warner music...kayo...khee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...