Wednesday, April 23, 2014

Khasiat Serai

Cuaca yang panas ketika ini menuntut rehat yang banyak, bukan takat minum air je banyak...tidur pun jadi banyak...memalam, belum pukul sebelas dah mengantuk....adus, tidur awal pun bangun lambat jugak...ikhs, ikhs, badan letih semacam...mesti toksin banyak dalam badan....serai boleh buang toksin dalam badan...

sehari dua ni tengok kawan kat fb kongsi khasiat serai, serai di minum, katanya serai dua batang di rebus dan minum seumpama teh...macam mana rasanya entah, belum berkesempatan mencubanya lagi...

copy dr fb suzy,

Kajian terbaru dari 'Food and Nutrition Research Institue' dari Jabatan Sains dan Teknologi (DOST) menyatakan setiap 100 grams serai yang direbus mengandungi lebih dari 24.205 micrograms beta karotin. Beta Karotin merupakan salah satu komponan anti oksidan yang kuat dan mampu mencegah kanser. 

Menstabilkan tekanan darah dan Kolestrol
Daun serai mempunyai elemen Citral yang merangsang untuk menyingkirkan kolestrol berlebihan, urik asid, toksin dan lemak dalam badan. Aktiviti ini menggalakkan peredaran darah ke seluruh anggota badan.
Ahli akademik di 'Department of Nutritional Sciences' dari University of Wisconsin telah menyiarkan penemuan mereka, perhubungan diantara serai dan kolestrol di dalam Jornal Kesihatan Lemak (medical journal Lipids) pada tahun 1989. Mereka menjalankan kajian pada 22 orang peserta yang mempunyai masalah kolestrol yang tinggi. Setiap peserta dikehendaki mengambil 140 mg kapsul pati serai setiap hari. Kesannya, purata peserta telah berjaya menurunkan kadar kolestrol dari 310 ke 294. Selepas 3bulan, kebanyakan peserta rata-rata dapat menurunkan kadar kolestrol sebanyak 38 mata.

Sembelit
Membantu membuang toksin dari badan dengan membersihkan pankreas, hati, buah pinggang, dan saluran darah. Memudahkan pembuangan air besar dan melancarkan sistem pencernaan badan.

Anti-Bakteria dan Anti-Kulat
Serai mempunyai komponen anti-bakteria dan anti-kulat. Kebanyakan suri rumah menggunakan serai di dalam masakan untuk melegakan batuk dan demam. Tetapi masih ramai orang yang tidak tahu mengenai khasiat serai pada kesihatan manusia.

Angin di dalam perut
Minuman serai dan minyak serai sangat mujarab untuk merawat angin dalam perut.

nota mingzhu : - mai kita tanam serai dan jaga sebaiknya dan manfaatkan ia sebaiknya, tak perlu la nak ambil suppliment yang bernilai puluhan dan ratusan ringgit lagi...khazanah alam milik kita jika kita tahu kegunaannya...jom kita layan before and after 728 kejap lagi


2 comments:

  1. betul2..
    khasiat yang semulajadi dan jimat pulak tu..

    ReplyDelete
  2. DR > kan, mai kita amalkan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...