Friday, March 21, 2014

Tv Hijrah - selawat perdana- MH370

Malam ini semua orang menangisi mu
rindu kami pada rasul menyusuri rindu padamu
kami semua berselawat
kami semua berdoa
cucuran air mata kami
mengharap kepulanganmu

ya allah rahsiaMU
kesedihan dan kepiluan ini
bukan saja buat mh370
bukan saja buat keluarga mangsa
jua buat pemimpim kami
masa depan kami
ujian dan dugaanMU
maha hebat buat mereka

kami rakyat jelata hanya mampu berdoa
meratapi rindu meratapi pilu
akan nasib mangsa dan keluarga mangsa
percaya pada ketentuanMU
mengharap dan berdoa 
pada satu pertemuan

ya nabi salam mu alaika
ya rasul salam mu alaika
selawatullah alaika

ya allah ya rabbi

nota mingzhu - dedikasi buat mereka semua yang telah berusaha sebaiknya, moga dengannya akan terbuka hati hati yang mati, moga dengannya akan menyemarakkan cinta kami dan mereka padaMU ya allah dan pada rasul kami, Muhammad SAW ....negaraku. ...malam ini ku meratapi lagi akan nasibmu mh370, kapten zahari bukan pak manakan ku, kapten farid bukan anak manakan ku namun kehilangan depa cukup meruntun hatiku....apatah lagi penumpang lain langsung tak dikenali tapi simpati melebihi dari saudara sendiri yang tak pernah ku temui....tabahkan hati wahai insan insan teruji...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...