Wednesday, March 12, 2014

Misteri MH370

Hari ni hari ke 5 kehilangan pesawat MH370 ...tiada petanda tiada petunjuk tiada penemuan bukti...dan ia kekal misteri selama sudah lima hari walau ada keraguan pada dua orang penumpang yang mengunakan pasport curi....berhari hari jugak tv ini hanya awani...

berhari hari jugak....

makan tak kenyang minum tak jelira
tidur tak lena mandi tak basah
sembahyang tak kusyuk kerja tak beres
duduk tak kena berdiri tak tegak
baring tak ngiring cankung tak rapat

makanya
kepala rasa garing
perut rasa pedih
tekak rasa perit

aduh beratnya
darah naik tinggi
kepala makin pusing

nak ke klinik getir
nak kuar rumah panas
nak beli barang malas....

strok haba strok pala
hidup serba tak kena

misteri yang di nanti
jawapannya pasti tp entah bila

bukan bapa saudara atau rakan yang hilang
malah semua orang tiada kaitan
namum kegusaran umpama anak di dalam
dan akibat badan melayang
kepala goyang....mabuk fikiran

ya Allah ku pohon keampunan

2 comments:

  1. topik hangat masa ini,kan Aima...even anak2 kecil faham...sambil dgn pelat2 menerangkan pada mumme di sekolah...berdoa agar Malaysia dalam lindungan Allah.hanya Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

    ReplyDelete
  2. MM > nasib baik komen kat sini...risau gak, tgk lama takde entri...ye la...betul..skrg doa kita buat malaysia dan seluruh rakjay serta keluarga mangsa agar terus tabah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...