Tuesday, February 4, 2014

Khasiat Pegaga

Pegaga adalah ulam paling popular di kalangan masyarakat kita dan ia terdapat dalam tiga jenis,
1. centella asiatica     11. merremia emarginata     111. hydrocotyle
namun itu, centella asiatica lebih dikenali kerna ia dapat mengubati pelbagai penyakit

Pegaga mengandungi banyak bahan aktif seperti triterpenoid glikosida, flavenoids, minyak meruap, pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik, juga mempunyai zat makanan utama lain seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C....banyak tu dan istilah yang betul betul saintifik tu...khee

Pegaga dikatakan memiliki tindakan terus dalam merendahkan tekanan darah. Ia telah digunakan untuk merawat bronkotis, asma, masalah rembesan cecair gastrik berlebihan disentri, masalah buah pinggang dan dropsi(penimbunan cecair yang berlebihan dalam tisu badan). Bagi masyarakat melayu ia digunakan untuk merawatkusta dan reumatisme(ganguan pada otot-otot dan sendi).

Pegaga juga elok dimakan oleh ibu ibu yang baru bersalin bagi mengatasi masalah peranakan kembangdan mengekalkan keremajaan dengan mengamalkan memakan pucuk pegaga setiap hari sehingga peranakan kecut. Manakala akarnya direndam untuk mandian ibu ibu yang baru lepas bersalin juga boleh direbus bagi mencuci vigina baik bagi merawat vaginitis serta jangkitan candida atau seriawan.

Pegaga adalah juga herba kecantikan yang mampu menyerikan wajah dengan cara merebus secekak daun pegaga bersama dua gelas air dan kemudian biar sehingga menjadi segelas, tapis dan sejukkan, kemudian diminum sekali sehari selepas makan malam. Amalkan seminggu tiga kali...insyaAllah. 

- olahan dan petikan dari MW


- snapping dari impiana, terteleng ler...khee

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...