Monday, February 10, 2014

Gulai Arnab

Setelah lima hari tidak bersiaran, malam ini kita menulis dan menayang berhabis habisan....khee, abaikan tajuk walau ia akan diselitkan

lima hari berlalu begitu sajer kerna ai dan oppa balik ganu, empat hari tiga malam, dua malam di gong duwek dan semalam di wakaf tengah....di gong duwek la kenduri seperti tajuk, gulai arnab yang marbeles,


dua ekor arnab kami bawak balik, separuh di gulai dan separuh lagi di bbq, sedap jugak arnab ni digulai, mok ayah tak makan, askar kecik bergomolan, dagingnya macam daging itik, menu tengahari, petangnya mok gie aka adik ipar ai buat lak laksa sarawak....makan kul enam petang sekali dengan bbq arnab, bergomolan jugak semua orang....


takde mee kolok, rupanya laksa sarawak ada rasa macam kari jugak la,...bole la layan tapi ai tak berapa gemar bila kuah yang bercampur udang dan ayam, amik rasa je la....malam semua orang tak makan, layan jdt dengan kopi serta kepok keping......nasib baik jdt kalah sebab ayah nak sgt jdt kalah...haha

esoknya pagi pagi balik wakaf tengah, singgah lembah bidong antar anak buah, pukul sebelas baru sampai umoh ma, siap menanti bahan untuk buat laksam, awal awal dia dah sms nak bahan buat laksam, melaksam sepetang, pukul tiga baru siap dan pukul tiga baru dapat makan tengahari....wallah, lupa nak snap la pulok..

petangnya ke pertemuan jejak kasih dengan rakan rakan di belakang airport, di kedai firdausi makan ict, mengapa kami pilih kedai firdausi...sebab satunya kedai yang banyak meja, tak perlu menunggu, senang nak parking dan senang dicapai..makanan pun banyak,...layan ict dengan puzah, nik dan nisah...alih alih nisah bawak kek, makan makan dan borak borak yang pasti tetap bercerita pasal rakan yang tiada aka mengumpat...astagfirullah, bukan buka aib, buka cerita je...khee,,layan ict...


cukup la sampai disini, walau tangan gatal lagi ni.....bila YES dah laju, ai senang hati menaip walau kesilapan masih bertamu...moga hari depan akan baik lagi tulisan ku.......jom zzzzzzz



2 comments:

  1. Tanpa sedar mcm nk keluar saliva...tgk mknn....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...