Monday, January 27, 2014

Memetik artikel Datuk Dr Maznah

Happy monday to me and my dear frenzs.....sunday is busy and tired, bukak pc tapi tak sempat nak guna, subuh baru off, bukak tv sempat layan masterchef je...tak sempat layan ajl, tertido....

senin ini ai berharap ai boleh susun jadual waktu semula...mencari ruang waktu nan kian sempit...belajar dan terus belajar....untuk mendapat mimpi bagi menjalin satu impian dan mencipta satu rancangan demi kerja yang membahagiakan...

senin ini, sehari mau ku layan , ku penglipur lara sebab lagunya x menang, carta kemenangan ajl macam ni rupanya,

#AJL28
 Persembahan Terbaik - Hafiz (Bahagiamu
Deritaku)
Vokal Terbaik - Jac (Ikut Rentakku)
Tempat ke 3 - Awie Rafael & Altimet (Kalau Aku
Kaya)
Tempat ke 2 - Hyper Act (Hanya Aku)

Juara Lagu - Hafiz (Bahagiamu Deritaku)


senin ini mari kita belajar seni pengenalan,




BAGAIMANA ANDA MEMPERKENALKAN DIRI?



Perkara pertama yang paling penting dalam proses memperkenalkan diri adalah cara melakukannya. Gagal mencapai tujuan boleh menyebabkan anda rasa malu dan tidak sedap hati.

Perkara kedua adalah aturan nama. Jika anda hendak memperkenalkan rakan kepada seseorang, nama orang itu hendaklah disebut dahulu diikuti dengan nama rakan anda. Peraturan nama siapa yang perlu disebutkan dahulu bergantung kepada sama ada ia melibatkan situasi perniagaan atau sosial.

Ketika anda menghadiri suatu majlis dan tidak ada orang tolong memperkenalkan anda, ambillah inisiatif untuk memperkenalkan diri. Rasa rendah diri ketika berada dalam situasi ini akan membuatkan anda serba kekurangan. Perkenalkanlah diri anda bermula dari menghulurkan tangan dan senyuman.

Pastikan anda berdiri ketika diperkenalkan. Setiap orang harus berdiri semasa menyambut orang baru tidak kiralah di dalam majlis perniagaan ataupun sosial. Jika di pejabat, selalulah bangun dan keluar dari tempat duduk untuk menyambut tetamu.

Ingatilah nama orang yang baru diperkenalkan kepada anda. Apabila anda memperkenalkan kepada seseorang, sebutlah nama mereka beberapa kali ketika berbual kerana dengan berbuat sedemikian dapat membantu anda mengingati nama mereka. Apabila seseorang terlupa nama anda, anda cuma perlu senyum dan sebut semula nama anda.

Ingat, seni memperkenalkan diri juga penting untuk membina kejayaan anda!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...