Sunday, December 28, 2014

Derma Banjir


cara mudah untuk menderma....singgit pun bernilai...

Friday, December 26, 2014

Hadis Pilihan - saluran derma





dan ini sebagai rujukan sumber bantuan yang boleh disalurkan, pilih la saluran yang sah.....ciluk dr blog diana ni...khee, tqs kawan....

Thursday, December 25, 2014

Burung Berkicau

kicauan burung kedengaran keriangan....menyanyi merdu bingit sekali....bercicip di rumpun buluh, menyambut cahaya mentari yang malu malu bersinar....menyapa angin yang sempoi ....berkumpulan berbuat bising tanpa menghiraukan ancaman, biarpun mata mata nakal menjeling tajam, sang bulus...namun sang cicip tetap menyanyikan lagu merdu...

hari ni dah tak hujan, sekejap panas sekejap mendung namun mentari masih lagi berselindung di balik awan, sekali sekala muncul mengacah ramai orang untuk mengapaikan pakaian...

alhamdulillah, sang hujan lebat sudah reda, tiada lagi titisan yang menambah isipadu air di muka bumi ini....tiada lagi kesejukan tiada lagi kebimbangan, yang ada hanyalah harapan....harapan agar air cepat surut....walau rata rata tempat diberitakan air bertahan, tiada nampak bayang kesurutan...

ai pulak, dapatla mendobi sebakul kain, lagi sebakul esok la pulak....dalam dua minggu hasilnya baju kotor dua bakul, kami berdua je, tiada anak kecil....macam mana la kawan kawan yang anak seramai empat lima orang,...bagaimana pula kawan kat pusat pemindahan, baju kotor nak dilambakkan ke mana....nak pakai baju sama dalam tiga hari ni bukan ke dia eh....kheee

terima kasih kepada sang cicip, si burung yang berkicau riang hari ini, mengharmonikan alam yang lesu ....sambutan krismas dan cuti umum tiada la melemaukan....bisa tersenyum,bisa mendobi, bisa mengemas laman...oppa kerja, kalau tak boleh gi tengok air

moga semua urusan kita semua di permudahkan allah

Wednesday, December 24, 2014

Cerita banjir 2014

Hujan lebat tiga hari berturut turut tanpa henti dan diramal hari ni hari terakhir, lamanya melebat, dengan angin pada belah malam memang menakutkan...member di kemaman telah berpindah, tinggalkan rumah ....member yang tak berpindah pun ada sebab airnya sampai tangga rumah je...namun apa jua keadaan, mangsa terputus hubungan dan berada dalam keadaan waspada

sekarang dah tak hujan....harapnya air akan surut, dan minit ini kembali hujan lebat

air pasang besar bercampur dengan hujan lebat berhari hari cukup menenggelamkan banyak tempat,

kuantan, bukit rangin....belum duduk dah banjir...huhu

kemaman, bandar chukai

perak pun banjir, masjid lama kuala kangsar

kelantan, ipd kuala krai

namun cerita banjir paling sedih, abang bomba menjadi mangsa .....empat orang anggota bomba cedera ringan akibat kenderaan RRV milik jabatan bomba terjunam ke dalam cerun akibat jalan runtuh di kg shukor, pasir raja, dungun, trg.....dalam usaha menyelamat, mereka juga menjadi mangsa, moga tiada apa apa....

Tuesday, December 23, 2014

Bicara Malam

Dingin yang teramat bersama deruan angin yang menggetar....kuat sekali...rimbunan buluh melagukan gauman bagaikan larian sang ducati....sesakali kedengaran bagai gauman sang belang kelaparan......ikhs ikhs, khee sape pernah dengar bunyi sang belang yang sedang lapar....haha

itula ibaratnya angin yang bertiup kencang malam ni di kuantan.....sesekali kedengaran hujan namun malam ni yang lebihnya angin yang membawa air pasang itu.....siang tadi hujan tanpa henti....gelapnya siang umpama malam dan malamnya umpama ribut yang berperang kerna tiupan....dari sejak dua hari lepas, hujan kembali menggila bagaikan sedang memarahi sang arjuna agar berteduh dan berwaspada...

apa nasib sang mangsa...mangsa banjir 2014...
bersabar la, tiap ujian Allah ada hikmahnya...

bicara malam memasuki pagi kerna ai tak ingin kian bersawang di sini tetap diteruskan dan kini menghampiri penghujung.....dalam kekekokan menguna jari tengah yang comel ini, ai berjaya mencapai misi dan menulis hari ini.....wasalam

Wednesday, December 17, 2014

Tiramisu

 
ai always luv twiggies
choc, oren, semua sedap
jumpa pulak dengan tiramisu
wah lagi jatuh cinta

not so sweet, spongey, creamy
itu la twiggies kegemaran ai dan oppa

tiramisu ni lite coffe, still chocolater
bila bila masa dimana jua
one for me, one for oppa

Saturday, December 13, 2014

Naik Lima poSen

ini rupa roti john yang telah dihangitkan pagi ni
roti john semalam buat sarapan
roti john sedap pasar malam im2

rupanya regenya telah meningkat naik
dari rm3.50 dah jadi rm4
seiring dengan kenaikan harga telur sebanyak sepuluh sen itu
maka roti john dinaikkan sebanyak lima puluh sen
hmmm, sebulan sekali je belinya
takpe la....seiring dengan kesedapan
nanti jadi berapa la regenya ekkk
belum gst....kheee

Friday, December 12, 2014

Menu Seminggu

Jumaat 19 Safar

 mati itu pasti.....mengingati mati di tuntut....ingat atau tidak pasti mati

apa yang kita cakapkan apa yang kita ucapkan apa yang kita tuliskan
pasti ada kesan dan akibatnya
andai lalai atau leka
kembali la ke jalan yang esa

Wednesday, December 10, 2014

Kenduri penghujung 2014





kepada ummi dan arsyad, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.....

bulan ni serentak tarikhnya ai ada tiga kenduri, doorgifts tu dari tiga rumah la tu, dari bachok kelate, padang air kuala terengganu dan alor ketitir merchang....alhamdulliilah berjaya penuhi ketiga tiga jemputan walau yang kat merchang tu agak lambat sedikit....

rata rata kenduri agak meriah dan sederhana, bagusla begitu.....semoga ia diberkati..

Monday, December 8, 2014

Kuih Topi

 

orang muda panggilnya kuih topi, orang tua panggil kuih cucur, crispy lemak manis....macam apam india tu, kuih ni boleh didapati di sebuah kedai kecil di persimpangan empat bertrafic lite, Gunung, Bachok, Kelantan...nampak kedai orang ramai ya la tu

kuih ini di goreng dalam kuali kecik sebiji biji dan dijual dengan harga rm1 tiga biji,...terlalu murah, mendapat sambutan hangat penduduk tempatan dan mereka mereka yang mengetahuinya....saiz sebiji agak besar dan kira terlampau murah untuk 3biji rm1....

beratur orang yang menunggu untuk dapatkan kuih, sorang sorang beli dalam kuantiti yang agak banyak.... mak beli rm5 tu pun banyak...15 biji, esoknya masih berbaki....sedap di makan panas panas, rasanya agak manis namun rasa lemaknya menyeimbangkan rasa kuih topi tersebut. 

jika ke kelantan, boleh searchings, tak rugi...

Friday, December 5, 2014

Mau Kaya ?

 

semua orang adalah kaya
kaya emosi, kaya pekerti, kaya budi

mau kaya?
berdoa sepanjang masa

minta apa jua
kaya benda kaya iman

beruntung jika kaya harta
beruntung lagi jika kaya segala



senda kaya di petang jumaat, istilah kaya menjadi mainan kata, jika nak kaya bersedekahlah, kerna dalam sedekah ada berkat, jika berkat kaya jiwa kaya la kita

kaya tidak hanya merujuk kepada harta, kaya pekerti itu yang lebih bernilai tinggi, di pandang mulia

kaya tidak hanya dengan memiliki rumah yang besar, kereta yang mewah, tapi ketakwaan yang menzuhudkan

bila tiada harta gemilang namun punyai sabar yang cemerlang pasti handalan

 

Tuesday, December 2, 2014

Daun Salad dan Khasiatnya

Daun salad merupakan pelengkap kepada nasi ayam, dan juga kepada sandwich, tapi ia sebenarnya bukan sekadar sayur daun pelengkap hidangan, ia mempunyai kebaikan dan khasiat yang tiada tolak bandingnya...

dengan nama saintifiks nya Lactuca sativa membekalkan khasiat seperti;

1. penawar kepada insomia atau ganguan tidur malam

2. kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium potasium, vitamin A dan C serta magnesium dan zink

3. Daunnya yang mengandungi air, karatin dan saraf dapat menghilangkan rasa dahaga dan melancarkan sistem pernafasan.

4. ia mampu mengurangkan paras kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubat kencing manis, gout, penyakit jantung dan sistem penghadaman.

itu dia, ubat yang mujarab jugak ni
sumber, #bernamaradio24

Monday, December 1, 2014

Ford Titanium

Salam monday.....no blues yer.....kini kian penghujung 2014, disember sudah ....lagi sebulan tahun baru...arghh, penambahan umur, pengurangan waktu....kian pantas masa berlalu, meninggalkan semua hayat belakang, menuju hayat depan tanpa menunggu.....apa sumbangan kamu, pada diri kamu, pada ibu bapamu, pada masyarakat amnya....kheee, jangan biarkan masa berlalu tanpa manfaat tanpa pengisian yang bermakna

followers nampaknya kian bertambah, walau tak banyak, namun peningkatan itu cukup baik bagi blog picisan yang sentiasa ketinggalan ini....ada waktu meriah, ada waktu sepi...terima kasih kepada semua followers...sudi sudikan ke mari, kita tambah xtiviti..

masa kadang kadang x genap untuk terus menulis, time balik kampung, seminggu terabai, baliknya tiga hari, letihnya dua hari, buat kerja tertunggak dua hari....maka penuhla jadual....idea sentiasa ada, walau sekadar cerita pendek, akan ai teruskan jua, ...demi minat dan pengisi masa

cita cita masa depan, ai nak memiliki kereta ford ni la,...jom kita save



                 Ecosport Titanium price ;
103,888.00

1.5L Ecosport Titanium
Engine type1.5L Ti-VCT, I4, DOHC, 16V..
Fuel preparationPetrol (Minimum RON 95)
Displacement (cc)1498
Bore & Stroke (mm)79.0 x 76.4
Compression ratio11.0 : 1
Maximum Power (Ps (kW)/rpm)110 (81) @ 6300
Maximum Torque (Nm/rpm)142 @4400
Fuel Tank Capacity (Litres)52
                                                                             

Thursday, November 20, 2014

Aktiviti Malam


last entri jumaat lepas....esok jumaat kembali menjengah.....seminggu ke ulu ke hilir.... malam ni kita mencoret dan memapar aksi si kecil di mlm hari....lepas mandi dan berbaju tidur maka acara mlm bermula dengan selfie...

sebenarnya minggu ni ai balik gong duek ....hujan dan air banjir diredah je la .kesian kat ma di wakaf tengah....hadapi banjir sorang sorang.....pe la nasib....moga allah melindungi ma sepanjang masa...sayu....

Friday, November 14, 2014

Jumaat 21 Muharam 1436

 masa kian berlalu....dan kini kita berjumaat lagi, kadang ia terasa cepat berlalu, kenkadang ia rasa lambat....bila menunggu terasa lambatnya waktu dan bila sibuk terasa tak terkejar waktu...namun, masa tetap berlalu tanpa menunggu....kejari la masa itu sebelum menyesal di akhir waktu...

Laa Haula Wa Laa Quwwata illaa Billah

Thursday, November 13, 2014

Sambal Pauh


sambal pembangkit selera....sambal pauh aka mangga....senang je buatnya...

camni,

dua biji mangga lemak 
sebelas biji lada kampung (lada yg pior pedasnya)
ikan selayang dua ekor (bakar)
secubit gula secubit garam
sesudu jus limau nipis

parut mangganya ....tumbuk cilinya dan kemudian tumbuk sekali ikan...
gaul rata semua bahan....siap

pergh...power..mmm dap...
nikmati nya bersama nasi panas di musim hujan ini memang asyik....hujan pun sekarang dan melanda....sejuk kena lawan pedas 



Monday, November 10, 2014

Terlajak Gebu


kek pisang kukus gebu

secawan pisang lemak manis yang dilecek
secawan gula perang
secawan setengah tepung gandum
sebiji telur gred a
setengah cawan mentega cair
sesudu kecil baking powder
sesudu kecil baking soda
tiga sudu kecil jus lemon

pukul telur bersama gula perang dan mentega cair sehingga gebu ..
sementara itu ayak  tepung dengan baking soda serta baking powder, sebatikan...
masukkan pisang dan jus lemon kedalam campuran telur tadi dan kacau sebati kemudian masukkan tepung sikit demi sedikit sehingga habis ...
siapkan kukusan sekali ya...
kukus adunan selama 30min...

nak crunchy boleh letakkan gajus atau badam atau walnut...mmm dap...

Sunday, November 9, 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki

minum petang di hari minggu

rezeki itu pasti bagi mereka yang berusaha
mudahnya rezeki itu milik.kita jika;
solat dhuha amalan harian
berbuat baik pada ibu bapa
beristigfar sepanjang masa

Wednesday, November 5, 2014

Lelaki Curang

Huh...keluhan berat sebab susah betul sekarang nak ambil masa mengarang di mingzhu ...tekad setiap hari ada entry tak menjadi....caiyok....menulis itu satu terapi, ...caiyok

Pagi ni kawan baik ai wassap bagitau masalah dia....dua tiga hari lepas dah nampak status kesedihan dia di fb tapi ai biarkan saja, cuma bagi wassap imej doa...dengan harapan dia akan faham yang ai ada untuk dia bersandar....dan semalam dia bagitau dah ok....dan pagi ni dia bagatau masalah dia

sepatah ayatnya, cukup menyedihkan ....he cheated me ...arghhhh lelaki !!!!!!! , dan akhirnya terungkai kesedihan pada status fbnya....suami nya berlaku curang dengan kembali menghubungi bekas kekasih pertama, malam malam bergayut  bercakap di talifon lama lama...pe cer...dia mengaku salah dan membela bekas kekasihnya.....terluka hati isteri

lelaki, mudahnya berlaku curang....kesian my bff, yer kekasih pertama tidak mudah lelaki melupakannya, namun tahulah wahai lelaki yang bergelar suami, hubungan harus berakhir sebaik berkahwin dan mempunyai anak....tolong la jangan curang wahai suami....fikirkan akibatnya...

lelaki yang curang hanya akan menguris hati isteri, anak anak dan maka berpanjangan sebuah cerita ngeri...keretakan sebuah rumahtangga ...hati yang kecewa akan melahirkan bibit bibit kehancuran sebuah institusi kekeluargaan....

lelaki tak pernah serik, sekali berlaku curang pasti akan mudah berlaku lagi, sebab lelaki mudah lupa dan mudah terleka....saat isteri maafkannya, dia akan sedar sekejap dan bila keadaan normal, ego dan alpa akan kembali menguasai diri....

bermula sebuah rumahtangga, jodoh adalah permulaan sebuah keluarga, sama susah senang membina rumahtangga, berganding bahu memcari harta dan beruntung jika isteri bekerja dengan gaji yang mewah, jatuh bangun suami, isteri membantu...sehingga saat selesa, masa terluang dicari peluang ...mungkin jemu atau terserempak, menghasilkan kecurangan?

lelaki yang curang...ingatla pengorbanan seorang isteri....akibat kecurangan itu...fikirla panjang buka mata, guna otak jangan ikut kata hati....apa nasib anak anakmu nanti

lelaki yang curang...hubungan antara lelaki dan perempuan dalam islam telah digariskan...haram berhubungan dengan bukan mahram....untuk apa lelaki dengan perempuan berhubung jika bukan hubungan suami isteri?....tiada istilah kawan antara lelaki dan perempuan yang dah berkahwin...

lelaki yang curang....tolong hentikan, hargai pengorbanan isteri anda

lelaki yang curang....ingatla dosa pahala bila berhubung dengan bukan mahrammu, syaitan sentiasa menanti peluang

lelaki yang curang....anak anak jangan sampai menjadi mangsa keadaan

Saturday, November 1, 2014

Senarai Pemain JDT


SEKADAR INFO

SENARAI PEMAIN JDT
matyo - tgnu
daudsu- klantann
Nazrin Nawi - klantan
jaszarin Jamaludin - klantan
Shakir Shaari- klantan
amri yahya -selangor
shafiq rahim -selangor
mahali -selangor
asrarudin -selangor
aidil -negeri sembilan
harris -singapura
fadhli -terengganu
luciano -argentina
al hafiz - kedah
pereyra -argentina
nazrin -negeri sembilan 


lor....udah tu mananya orang johor....semua orang luor ni...mana org muor...mana orang kota tinggi, atau hanya sekadar penyokong...gelihati den....nasib baik takde orang pahang....tuangku azizah nak sokong mana malam esok ni....ai dah tentu sokong jdt sebab ada mat yo (jolo ko....haha)

apa apa pun hogoh pahang hogoh...bak kata ustaz bad semalam,

dua satu kocik bonar, empat kosong senyum lebor...

minit ke 30 ....pahang satu jdt kosong...keputusan piala malaysia 2014 terkini

Thursday, October 30, 2014

Tiket Piala Malaysia

Seawal jam enam pagi sudah ada yang beratur untuk dapatkan tiket piala malaysia esok...adus...bahkan ada kabarnya yang bermalam di stadium kerna nak dapatkan tiket....parah..baik lelaki mahupun perempuan sama je kelakuannya

tadi ai nak p utc, lalu stadium darul makmur la kan sebab utc kuantan depan stadium...huh jeng gilee...slow la trafic tapi bergerak...tapi lagi memang tak dapat la nak parking berdekatan utc....manusia jangan cerita... bersesak ...malang sungguh hari ini kelupaan yang situasi akan begini...patut la gerak hati menolak kepergian ke utc hari ni...siap ada booth jualan..banyak lak tu ..pesta da...siap lagi ada van bank alliance...fuh...havoc sungguh walau ia adalah hari jualan tiket...

yang bestnya ramai sungguh kaum hawa bersesak sama beratur beli tiket....kalau sebelum ni ramai yang mengutuk pembeli tudung fareeda...hah skrg perempuan ulangi pulak untuk tiket bola...cayalah...malaysia boleh

oppa cerita...hari perjualan tiket memang gitu..semua orang hilang sabar sebab esoknya rege tiket akan jadi dua kali ganda...ulat tiket pun ramai...bolot beli banyak banyak...kesian kepada kaum sejenis ai yang kena bersesak di celah celah ketiak kaum adam..berhimpit demi tiket bola....oh dunia....mcm mcm ado...hahaha..teruskan selagi tak melanggar hukum tuhan....salam malam jumaat...jgn marah...sini takde tiket...khes

Wednesday, October 29, 2014

Cameron Highland 2014

biasanya kalau tengahari turun dari rumah, petang la sampai ke CH....tahun ni baru kali ni kami ke CH, macam takde masa je....ini pun kebetulan nak balik gong duek...naik CH dulu jap...rehatkan minda dan menghirup udara strawberi...bujet xde so tiada buah tangan buat sesiapa pun...

kali ni redah je macam biasa takde booking tempat tidur...terus pergi ke pasar malam...macam biasa jugak malah makin sesak rasanya walau pasar malam dah pindah ke belakang sikit,....kereta parking merata la....hari sabtu, orang ramai la...beli payung sebab hujan...biasa naik CH  memang hujan...beli pengalas perut sikit sebab malam ni plan nak ni,....kat stesen bus tanah rata....atas tu...lupa namanya..restoran medina ke pe doh..

murah je set steamboat dia ni, rm40 untuk dua orang makan...banyak namun sayur sikit je, tak rasa berada di cameron lok...service agak slow sebab orang ramai tapi pekerja macam tak cukup je...

pagi esoknya sebelum check out merayap ke ladang strawberri lak...kali ni ai pi ke opah farm pulak sebab ari tu kak chik ella bagitau kat blog dia, kat opah farm best..best betul muffin strawberri kat opah farm....lenkali kena beli lagi....nak try sebelah punya farm lak tahun depan, insyaallah..abang farm di mana ada dijual nasi lemak sambal strawberri...cayalah


sebelum balik macam biasa la, tak jemu jemu merayap kat mardi....

ai dan oppa stay kat cool point hotel ....bilik vip lagi tu, bilik lain semua penuh...rm280, tak mampu namun sebab dah letih sangat mencari bilik yang full je dimana mana kat tpt lain terpaksa la terkorban....bilik biasa cuma rm120 ...ok la selesa...bilik vip ada bathtub ler...vip dengan reger dulexe ok la...kul 1.30 check out atas keizinan pihak hotel sebab zohor awal kan...so minta izin solat dulu...good services cool point...lenkali boleh stay lagi....im happy..tq oppa

Tuesday, October 28, 2014

Zaman Teknologi

masing masing sibuk dengan henpon...bukan saja suami isteri tapi kanak kanak kecil pun bangun tidur cari henpon mama dulu...pergi kedai makan pun nak main henpon gok....ini anak anak sedara ai yang sorang umor dua tahun dan sorang lagi enam tahun...yang dua tahun itu lagi terer main henpon dari uang berumur enam tahun.....kheee

selamat malam ....sweets dream....jang ha na di nanti ...

Keluhan pagi Selasa

Hari sudah empat muharam....tahun baru berlalu tanpa apa apa perancangan....banyak tahun lepas tempuhi kegagalan...impian masih lagi dalam kekaburan...usaha temui kebuntuan ...sikap dan tabiat menguasai diri ...dari pada sorang yang bercita cita tinggi kini menjadi penggemar tv ...layan korea jer... bosannya... satu persatu permintaan terabai ...memang kecewa ...nasib seorang isteri ..

nak kerja kena pilih kerja ...jiwa memang tak kena dengan kerja biasa...dah lepas 35 ni bukan senang nak memilih kerja tambahan pengalaman yang luarbiasa.. pengalaman kerja luar melebihi dari pengalaman kerja yang biasa biasa...

bila tak kerja...duit bukan boleh diguna sewenangnya .. nak beli sneakers pun kena minta persetujuan ..sekali minta bukan terus dapat ...huhu ...bukan minta duit, minta izin je... oppa, hidup ni punyai pilihan bukan penuh dengan sekatan ...duit bukan halangan cuma keegoan mengalahkan keinginan...apa la...geramnya di pagi selasa ni...

nak sambung belajar tak bagi...nak kerja kena pilih kerja nak merayap tak kasi...nak buat apa ntah tak tahu la ni....nak anak belum ada rejeki....argh...semua nk dimuncungkan...sakit hati tau....

hidup bila tiada kasih sayang lagi seksa dari kurang uwang ...tiada kemesraan dan penuh keegoan milik mutlak seorang suami....isteri di tagih layanan baik tapi sang suami melayan lebih kurang....adus...apakah isteri tiada rasa syukur atau suami yang tiada menghargai...

zaman it lagi la terseksa hati...hp teman sejati

setiap orang perlu berkorban...

Monday, October 27, 2014

Kulat Sisir


kali ni kulat sisir kita goreng cara mudah...
semudah abc...

bawang holand di mayang halus
cili kering di potong potong
satu paket perencah kari maggi
juga sebijik telur

tumiskan bawang dan cili hingga garing... ..lepastu masukkan kulat kita yang telah dibersihkan sebersihnya...perasa kan dengan  perencah kari maggi...setelah kulat dan masak sepenuhnya, masukkan telur....

sedap juga di makan bersama maggi...

Saturday, October 25, 2014

Jeruk Epal Asam Boi


Jeruk yang menjadi viral di alam maya sekarang....entah siapakah yang menuploadkan cara menbuatnya, entahla...namun ia menjadi fenomena sekarang...dan ai yang tiada sumber mangga aka pauh ni ai try la dengan buah epal....looking good and yet taste also very good....mmm dappp

siapa yang belum lagi mencuba baikla mencuba....u will luv it

Thursday, October 23, 2014

Cerita Semalam - Gulai Ketam


beberapa hari berlalu sepi kerna ai sibuk sekali...maka mingzhu terbiar tanpa sempat dijenguk...sibuknya bukan mencari harta atau sakit kepala, tapi sibuk la bila balik ke rumah orang tua kiri kanan....sabtu balik ke gong duek tapi sempat melencung ke CH, dua hari, kemudian bersila di gong duek lepas tu bawak mak ke HUSM dan kemudian balik ke wakaf tengah....

kalau ada ipad kan senang...kheee, tak boleh harap sangat S3 ni....tengah menyimpan la ni nak rembat gok ipad satu.....

ni nak cerita masa balik ke wakaf tengah....singgah penarik beli ketam...ketam batu karang...boleh makan kata ustaz....ikan selar segar pun dapat...cerita gulai ketam batu karang

maka semalam, bersama ma, ai dan oppa menjamu selera....bakar ikan selar dan gulai ketam aka kari ketam la sebab peniaganya kata sedap dibuat kari....memang sedap, telur yang banyak memaniskan kuah...terasa kari ketamnya....sebagai penamat tulisan malam ni ai sertakan resepi gulai ketam,..ketam tu ai rebus dulu sebab dah malam sampai di wakaf tengah, tak larat nak terus menggulainya....mai sini tengok dan baca

Gulai Ketam

dua ekor ketam di rebus bersama bawang, asam dan halia...
lima ulas bawang merah
secekak rempah lima beradik, 
rempah kari ikan adabi
santan
tomato, cili padi, daun kari

tumis rempah lima beradik sehingga naik bau dan kemudian masukkan bawang merah yang telah dimayang...kemudian daun kari cili serta tomato....kemudian masukkan rempah kari, goreng sekejap jangan sampai hangit kemudian masukkan air rebusan ketam...masakla sehingga bau rempah masak sempurna...biarkan ia menggelegak agak lama kemudian masukkan santan ...sehingga santan masak baru kita masukkan ketam yang telah dibelah dua menjadikan ia empat ketul...kheee,...perasakan dengan garam dan manisan secukupnya.....sedap

Thursday, October 16, 2014

Buat para Suami


malas nak tuliskan
so para suami, 
kalau kedekut jangan jadi suami aaa

Monday, October 13, 2014

Khasiat Alam - daun pandan

Khasiat Daun Pandan 

1. Menurunkan darah tinggi

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas
sahaja. Minum airnya. 

2. Matikan kuman dalam darah

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

3. Melembutkan Daging

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

4. Melicinkan kulit

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

5. Mengecutkan rahim

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari

copy paste dr bernama fb...x larat nak menaip...ai demam u...

nota mingzhu : mulai sekarang kena usahakan tanaman pandan ni...

Wednesday, October 8, 2014

Mingguan Wanita

Dua puluh sen....mingguan wanita pun dah naik 20 sen....dulu rm3.30 kini rm3.50 ...masih lagi murah tapi kalau dua puluh sen dikali empat...dah jadi rm0.80 ...masuk tabung setahun jadi rm9.60...kheee

apa apa pun dengan nilai kenaikan dua puluh sen tu, ia adalah munasabah kerna kulit nya keras dan kertasnya bertambah kualiti...syabas buat karangkraf....nilai ilmu dalam majalah tiada tara dengan rm3.50 itu...harapnya berkekalanla kebaikan MW...

naiknya dua puluh sen tidak la memberi kesan kepada masyarakat seperti kenaikan minyak itu...malah kenaikan nya juga memberi tambah nilai itu adalah sesuatu yang amat terpuji...belum gst...minyak naik dua posen barang lain naik dua puluh sen...tambang bas sekolah nak naik berapa tu?....

kenaikan dua puluh memang membebankan masyarakat....ia ke....minyak naik sebelum raya haji tapi kereta tetap banyak di jalan raya balik beraya....macam tiada menjejaskan apa apa pun....tunggu la tahun depan..
nilai tambah kemampuan masyarakat sebenarnya menaik dengan mendadak ...rakyat malaysia kini makin kaya raya...alhamdullilah dengan rezeki...maka itu, jika kita terlampau ekstrem mengutuk sedangkan kita sendiri tidak punya nilai tambah dalam berjimat cermat...

mingguan wanita tetap di hati...pelbagai kisah dan juga ilmu boleh didapati...moga percapaian nilai tambah MW terus maju kedepan...

Tuesday, September 30, 2014

Taman Kerang


 Siang tadi ai pi bandar ....urusan perbankan...  parking kat taman kerang dan sementara itu merayau la di gerai jualan aidiladha kat disitu..  macam macam ado...meriah macam raya aidilfitri ...tengok la tart kat atas tu..... rege pun ok ok la...belum gst...kheee

merayau tu sebab tunggu oppa ke bank islam.. sejam lebih...apa dibuatnya entah...

maka penat merayau....layan kopi o beng di hafizan tom yam berhadapan gerai jualan tersebut...mari kita layan....selamat mlm..


Monday, September 29, 2014

Potato Fritters


menu terhangat kini.....ai dah try...uols bila lagi...resepi kat atas tu yg tersebar luas di wassap....terima kasih kepada tuan punyanya...
biar rupa menceritakannya 
kerna ai puasa...
selamat berbuka buat kawan yg puasa...

Sunday, September 28, 2014

Aeon members Day

Hari ini 28 haribulan, bermakna hari shoping di aeon aka carrefour.....kerna pd setiap 28hrbln ada less 5 persen....sapa mau bagi lima persen tu ...goods for us goods for aeon... orang agak ramai terutama chainese.... tp mostly yg ada di aeon pd setiap 28 adlh yg peramah... sama sama kongsi harga barang dan bertegur sapa... melayu standard ... wat tak tahu ... apa kelas kan....khee... ai melayu yg sering di sapa oleh uncle n untie untuk compare harga....buat kad yer...harga member lain tau ....

hari ni lagi jimat...biasa kalau kat giant ni mau satu troli rm200++ tp di tolak 5% dan harga offer barang satu troli yang sama dapat la rm120 .... oppa kata sebab sikit jer tapi ai rasa sama je awal bulan shopping ni....jimat la di aeon pd 28hrbln.....

ecm ni ahad sabtu memang jem aaa....tapi hari kami pergi 12pm....x ramai lagi...parking mudah dapat....keluar ecm kul dua...dah kalut dah...orang dah ramai....lepas solat kami cari lunch...

teringat fb kedai makan dSepat di pantai sepat....terus oppa dengan tensionnya membawa kereta ke pantai sepat....hoo jauh la jugok.....sapa situ ramai orang....warung je...tapi menu banyak jugok cuma bagi ai boleh boleh jer la sebab mee bandung dia ada sotong...x suka....ni dia sebelum balik sempat snap....


Friday, September 26, 2014

Raudhatul Mahabah

Ya nabi salammu alaika, ya rasul salamu alaina....
ya habiba salammu alaika, selawatullah hi alaika

dalam menginati mu ya allah....kebesaran Mu, air mata mereka mengalir
mencari syafaat rasulMU, ya Muhammad....kami berselawat...

bergema bumi kelantan, laungan pujian buat buat rasul...cinta rasul

dan dia shaikh habib asshagof tetap mesra di pentas ditepinya dr azizan....mendoakan kesejahteraan buat semua, buat bakal haji didoakan...selamatkan penduduk kelantan dan semua orang....amin

bertuah baby itu....bergilir dipeluk mereka yang memuji MU dan rasulMu dipentas....comel

raudah tv9 berada di kelantan...comel comel rakyat kelate, kecik besar tua muda...moga bermanfaat buat semua.....dibawakan oleh tv9
pahang xde ke?....bila turn terengganu....pengisian cinta rasul terbaik...moga ia bukan menjadi isi dengki di suatu hari, bukan isu politik dan juga bukan isu membuat hukum sesuka hati...

*abaikan komen negatif di fb...mereka yang menghukum dan mengata bukan bukan tu pastinya tak pernah turut serta dalam majlis barokah ini....ai walau cuma tengok kat tb,...tetap bersyukur kerna peluang ini...alhamdulllillah, peluang kita mendapat syafaat rasul kita...cinta rasul*

Thursday, September 25, 2014

Khamis mlm Jumaat

Esok dah satu zulhijjah...lagi sepuluh hari nak raya haji dan lagi tujuh hari nak bercuti ...offline lagi...wadus...bila nak dapat traficc yang banyak ni....adus nak maju camno ni...

dan sempena malam ni malam jumaat ai titipkan doa buat pendinding diri dan doa yang mujarab di amalkan bagi menjaga keselamatan....mai kita amalkan

doa keselamatan buat kawan kawan...



Wednesday, September 24, 2014

Menu Hari Ini


Tengahari makan nasi berlauk tauge masak lemak dan ayam goreng di tambah ulam serta budu....bila petang kita layan carrot cake...resepi dari che mat, sifu baking ku....

alhamdullillah hari ini di lalui penuh nikmat, moga esok lebih baik dari hari ini.....s.a.w....

Tuesday, September 23, 2014

WassaP

kerna wassap...mudahnya soklan dan skima jawapan upsr tersebar luas....bila ai interbiu anak sedara yang menduduki upsr ari tu, depa memang dapat skima jawapan dan salin di tapak tangan ....semua betul...huyyo, teknologi yang memusnahkan nilai suatu peradaban....teknologi kini merosakkan segalanya...kepantasan penyebaran maklumat di salah guna oleh mereka mereka yang singkat akalnya...siapa mereka...

wassap jugak medekatkan kita pada yang jauh, mewujud sebuah kumpulan....berasap bercakap tak kira masa....dua puluh empat jam kalau tak tido, belek hanpon tgk wassap, baca wasap hantar wassap...

berantu la wassap ni...manusia kini hilang nilai murni kerna wassap....meja makan pun berassap bukan dapur je

bangga ada banyak group, bercakap dan berkongsi apa saja tanpa batasan....bini tgk hanpon, laki berwassap, anak anak berasap....bila mampu smartphone semua, sekolah rendah belum habis pun dan berwassap...kata mengata, kongsi berkongsi,...benda yang sama je....hantar je semua benda tanpa tapis betul dan jenaka tak kira

kes paling haru...bawak kereta main henpon....terbabas ke lorong sebelah kerna lalai dengan handphone, ...boleh kita tengok, kalau kereta tu huyung hayang ke kanan kiri, pasti nya dribernya tengah main handphone...sekarang handphone buat main bukan penghubung yang sepatutnya...

pakai smartphone tapi sesat jalan....beli note3 buat main facebook dan wassap je...aplikasi lain buta, nak cari jalan meraba, tanya orang sana sini...nak surf borang minta kawan copy, nak resepi suruh kawan wassap personal, nak save sendiri tak reti.......haha..smartphone bila di tangan orang yang tak smart mind.

sekian ...selamat malam...

Biji Selasih

salam selasa, im back, ai nak online sgigihnya            

Khasiat Biji Selasih 

Dapat mengurangkan panas badan.

Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.

Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).

Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.

Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.

Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut....



sumber fb bernama radio

Friday, September 19, 2014

Muhammadku

Bagaimanakah wajah rasullah?

wajah nabi umpama bulan, dari segi bulat dan cahayanya....yang senang dipandang dan bila ditatapi, indahnya wajah nabi kita berseri lebih dari bulan

dari segi bentuk fizikal, tubuh nabi kita adalah mempunyai bentuk tubuh sama pada manusia biasa dari umat terdahulu cumanya tinggi besar berbeza dari terdahulu adalah sama wajah....hanya perbezaan dari segi kekuatannya

ya rasullah salam mu alaik, rindu ku dan selawat ku tak putus buat mu...

jumaat yang indah berlalu, esok sabtu.....balik gong duek jap....kheee

dalam pada duk membebel tak menentu mai nak bagi satu petua, petua simpan lengkuas..
lengkuas ni mudah kecut dan keras, maka itu bagi mengelakkan kita cepat rugi, kita simpan lengkuas tu dalam botol atau bekas plastik yang telah dimasukkan sedikit air dan tutup rapat.

sekian....offline lagi...

Salam JumaaT


jumaat ini mendung
gerimis dan renyai renyai 
menyimbah bumi
menyambut kepulangan
mangsa tragedi
moga roh mereka dirahmati
mh17 diingati

jumaat ini janji temu
tanamnya jasadmu
semadi la dengan aman

Thursday, September 18, 2014

Gubahan untuk pengantin Perempuan




   




hasil kerja tangan ai seminggu ni, ahad depan nak kenduri ...kawan oppa nak kawin sekali tolong je ni...permudahkan urusan bina masjid kawan

ada juga daya kretiviti ai rupanya...kheee, ...moga pengantin yang akan terima nanti puashati

dah lepas pun majlisnya boleh la kita paparkan.....kenduri di parit serong, tanjumg karang

dan sekarang sampai hujung minggu kemas rumah la....kot kot hujung minggu offline lagi balik gong duek...lama dah tak balik GD ni, raya ari tu lastnya...mak mesti dan rindu sangat dengan hero kesayangan dia tu....chow




Friday, September 12, 2014

Offline

Dua tiga hari ni terpaksa la ai offline, tapi sebelum meninggalkan mingzhu, lakaran harus ada...kheee, esok nak pi kenduri, lusa baru balik...tulat nak prepare reunion kawan kawan ex sekolah menengah, esoknya kepada tulat nak berjimba di monica bay dengan depa ni, geng old skool....makanya mau lama bersawang mingzhu....

walau ponteng ngaji, rasa macam buzi je.....siapkan barang hantaran kawan oppa nak kawin lagi, nak tayang kat mingzhu lepas kenduri, takut tuan punya badan ternampak...khee...tolong tolong je, oppa biasa la, kalau tak dia yang nak dera bini dia sapa lagi....layan la...dera mental ni gaya ni....tension tak terkata, hatinya baik, bini yang terseksa....pinjam duit kawan 2500 bayarnya 2600....riba tu bang oii, ...duit abis ke fcpo.....huh tension...kalau bagi bini beli ipad kan bagus, kat mana mana leh post entri....

walau tak gi ngaji, barang gubahan siap sempurna malam ni jugak, tadi siang jiran suruh tolong hantar ke terminal bus, budak budak kerja taska....tak disuruhnya bosnya, ai lak jadi mangsa...rasa macam dah menyombong ngan jiran tapi ada jugak yang buat baik time nak minta tolong....budak budak sekarang senang je nak guna tenaga kita, langsung takde ayat minta tolong tapi ayat power, suruh terus....ikhs...
rasa nak merepek je ni....bengkak je ni,...sabar...hari ni hari jumaat....

moga jumaat depan hati sedikit bahgia, tapi yang pasti oppa cuti dan balik gong duek la tu....selamat bercuti kengkawan.....

*Rasulullah s.a.w bersabda

“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”

(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi

Wednesday, September 10, 2014

Nasi Arab

hasilnya dan ditambah dalca sayur .....dari kotak ini,


marbeles, rm15 sekotak
merata dijual di fb
kat kuantan ai beli kat restoran al habib tanah putih

Tuesday, September 9, 2014

Licin tapi Hampa


Licin kan...sebab lapar satunya, sedap tu boleh la untuk orang yang punya selera kampung sebab makanannya bukan mewah tapi biasa biasa je ...makanan kampung....

Dua pinggan nasi kosong, budu dan ulam, ikan tawar bakar, seekor sotong besar tapak tangan gulai, semakuk masak lemak kobis dan tiga ketul tulang singgang....fuhhh, total rm32, ai bujet rm20 jer....
so kengkawan yang bercuti ke kuala terengganu berhati hati bila makan tengahhari...mahal per bedil...

Masuk kereta lepas licinkan satu hidangan, kami terasa hampa....makan yang sesimple ini regenya rm32 macam lunch kat pizza lak....ni kat warung je ni...

ini cerita ahad lepas, ai balik jenguk ma kat wakaf tengah, ....

Thursday, September 4, 2014

Cacamarba Kuih Kini

Menulis tanpa rasa....melahir idea tanpa hala....berpesan pada tiada siapa....melahir cerita yang tiada sudahnya...merapu entah apa apa.....hahaha

tangan ni gatal nak menulis tapi tiada idea....nak tidur malam masih muda, nak tengok cerita macam tiada selera...nak tunjuk gambar makanan macam jemu...pe nak kata, bila idea merapu tereka...

jadinya mai ai cerita, pasal apa yang berlaku hari ni.....dari pagi hingga malam ni..macam tulis dairi...kheee

pagi, bermula hari selepas oppa pi kerja, kemas rumah sapu sapu kemudian bersiap nak keluar cari barang...dapat mesej, jiran minta hantar dia ke pejabat pos dan beli pampers anaknya...adus, kacau la...dia ni kerja ...suka suka nak keluar shopping dan minta ai hantar...so pergi balok dulu...layan je selagi boleh...kalau tak boleh tak mau eh...ai sanggup tipu u...

tengah hari, lepas settle urusan jiran, ai keluar ke bandar....pi ssf cari barang untuk siapkan hantaran kawin kawan oppa....duit habis langsung kat ssf....lepas tu ai terus memecut ke giant, nasib baik ada duit dalam meps...khee, kita beli pampers kita lak dan tapau nasi claypot...balik

petang, dalam perjalanan balik singgah rumah ciksu,...ambil tong beras nisah....ciksu bercerita yang jiran sebelahnya rumahnya dipecah masuk....penyamun panjat bumbung dan pecahkan syiling, alarm bunyi namun kegiatan berjalan baik dengan percapaian penyamun itu sebiji ipad, hanpon dan duit duit raya anak anak tuan rumah...kejadian berlaku pukul lapan pagi....bahya ooo...penyamun cari rejeki waktu pagi sekarang.....sampai rumah hampir pukul tiga....adus letihnya....ho ho...

malam, tak tahu nak buat apa...tu yang merapu cacamarba......maka ini tamat cerita hari ini

*Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah(sama saja keadaannya kpd Allah) kerna sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui segala isi hati .- al mulk (13)*

Wednesday, September 3, 2014

Panduan - Wordless

benar belaka

sarapan

makan malam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...