Friday, November 29, 2013

RnR Ajil





ceritanya; ari ni ai balik besut, ayah dengarnya tak sihat, minor strok..jalan huyunh hayang...pagi pagi lagi kami turun dari rumah....sepanjang perjalanan  hujan lebat dan bila sampai bukit besi baru reda sikit.....kami singgah di rnr ajil yang pernah penuh pelbagai cerita....namun ada pok guard kat situ sekarang ni.... apa yer? ...abaikan la....apa yang ai nak cerita adalah pasal bunga di atas..... bunga di atas adalah hiasan di tandasnya....kreatif bukan....walau nampak murah namun nilai kreativitinya amat tinggi..biat ia nampak tak teliti namun ia cukup memikat hati...

sekian dlu hari ini...kami meneruskan perjalanan ke kampung halaman....tengok ayah mak dan ahad singgah tengok ma pulak.....salam jumaat penuh barokoh mugo Allah memberkati kita semua...astagfirullah hal azim....

Thursday, November 28, 2013

BN

Sejak minyak naik, banyak Barang Naik (BN)...gula naik, benda la tak tahu nak cerita la, dulu dulu beli sayur kat tunas manja cuma berbekal rm20, sekarang dah double....ai tak terasa sangat, sebab family kecik, berdua dengan oppa, kadang makan kat rumah kadang makan kat luar, tapi serasanya, xde la rege makanan kat luar tu naik sangat, kfc macam masih sama harga lagi

Bila minyak naik jd la BN, namun, bukan barang pun naik, bil astro melambung naik, dengar cerita bil letrik pun nak naik jugak....huhhu...darah lama x check, naik jugak ka...

Sebenarnya ai nak cakap pasal BN ni sebab tadi ustaz ngaji cakap, yuran naik jugak bulan ni...lor...memang la yuran ngaji sekarang murah tapi naik 60% ...banyak jugak tu macam kenaikan gaji para pemimpin kerajaan selangor....ustaz cerita nak selaraskan yuran dan menampung kenaikan kos....lor, kami xde makan makan kat kelas ustaz,..budak budak taska yg makan......huhu..redha je...sebab ilmu, lagipun ustaz ngajar best....tahun depan kan gaji minima rm900 ...sekarang pekerja taska gaji rm600 tp tahun depan dah jadi rm900 ...byk tu nak kena tanggung, maka ibu bapa pun turut kena tanggung....

BN BN BN BN BN ......DN DN DN DN DN......GN GN GN GN GN
tapi my elaun tak naik naik...huuhu

Nasi Goreng Je

Bila sendirian, ai masak simple simple je...guna bahan sejimatnya dan apa yang ada je ...itu pun jika dah lapar sangat.

dan yang paling mudah adalah nasi goreng...bukan saja mudah dan sedap bila di makan panas panas serta pedas....tambahan lagi nasi putih semalam tak pernah abis....

nasi goreng dan lauk semalam adalah pekara paling sinonim...sayur apa aje boleh campur semua...apa lauk lebihan semalam cop cop saja dan tumis bersama cili padi serta bawang...kicap sikit...perasa sikit....lepas tu masukkan sayur dan nasi....kasi garing garing...kalau terlebih garing letak la telur sebiji dua....

khee...ntah pe pe ai merepek...pasal nasi goreng semua org terer la...tapi itulah kemahiran dan masakan paling saya suka walau doktor kata tak boleh makan makanan bergoreng....ning dia my foods today....


Tuesday, November 26, 2013

Bot Penambang KT






ceritanya, ini bot penambang dari seberang takir ke pasar payang,
rasai la warisan ini kerna mungkin tak lama lagi ia akan entah k
mana mana. Tambang sehala rm1, nak naiknya sama ada di jeti
seberang takir atau di tepi pasar payang.....

kelihatan oppa sedang menunggu bot nak balik ke jeti seberang takir, selepas kami ke pasar payang mencari beras....
jimat masa, jimat duit parking dan terselamat dari kesesakan....


Bebelan Pagi - avon kemaman

Selepas baca status en ben pasal bagi salam di premis perniagaan semalam, ai terpanggil untuk meluahkan perasaan apa yang alami pada jumaat lepas...

jika en ben meminta pendapat mengenai peniaga yang sukar bagi salam kepada pelanggan, ai juga nak minta pendapat kepada peniaga atau penjaga premis yang kurang etika melayan pelanggan....mengenai salam, siapa yang patut bagi salam jika di premis peniagaan, adalah lebih kepada peniaga atau penjaganya, sambutan perlu seumpama mengalu alukan...ucapan salam adalah sebaiknya sebagai permulaan, seperti contoh amalan pekerja shell sekarang ni, walau bukan salam yang dilontarkan namun kata kata selamat datang itu adalah suatu pembukaan perniagaan....

sebaiknya jika di premis perniagaan ucapan salam atau kata aluan itu wujud dan salam dari kita memang la penting bila kita bertandang...

berbalik kepada tajuk besar, jumaat lepas semasa perjalanan ke binjai, ai singgah di avon bandar chukai dengan niat nak mencari sehelai baju dalam seperti dalam katalog 1-15 nov, tak berharap kedai dibuka kerna hari jumaat terengganu cuti, namun rupanya di buka setiap hari...gooods for bisnes...

sebaik saja melangkah masuk, kelihatan ramai pelanggan di pagi jumaat ni. ...sebab dah tahu nak apa. ai terus request barang dengan penjaga premis ...dengan selamaba dan acuh tak acuh, di jawabnya saiz xde...ok...alang kepalang dah di kedai ai cari la pattern lain, sebabnya kat kuantan susah nor nak ke avon...premisnya susah nak capai....

setelah ku jumpai apa yang berkenan di hati, ai terus minta bukan nak tengok, nak beli terus...dengan selambanya jugak penjaga premis menjawab, kalau nak enam boleh la ambilkan....pergh..ayat powernya...kepala hanggut nak enam, kang klu ai berniaga baru tutup bisnes hang...seketika terkedu dengan jawapan gadis penjaga yang berada di bumi darul iman ni, ....akhirnya teman nya ke dalam mengambil dan ai terus membayar tanpa banyak bicara dan keluar dari premis...

huh, ni la kalau menjaga premis orang, kalau bisness sendiri dah lama lingkup tu.....buat owner avon bandar chukai, latihla penjaga premis anda berhemah, mungkin ada orang sakit hati nanti lain jadinya....

Monday, November 25, 2013

Nasi Safron

Hari ni ai dan oppa puasa, ai lebih kepada puasa ganti dan oppa tu lebih kepada menemani bini....khee, tapi tadi terbaca status prof kamil kat fb dia, anaknya sofea memang puasa senin khamis, prof dan wife puasa nabi daud, selang sehari, walau ketika hari mereka tak puasa, sofea tetap puasa jika jatuh pada hari isnin kamis,....bagusnya sofea, isthikomah...ya allah ringankan hati teguhkan iman kami untuk rajin macam sofea....

Hari berbuka puasa dengan nasi safron, senang je caranya, masa masak nasi tu masukkan beberapa helai safron, nasi kuning comel dan lembut....umum tahu keajaiban safron ini, mahal harganya dan tinggikhasiatnya iaitu , menguatkan ingatan dengan merangsang pertumbuhan sel sel otak.....antara lain lain khasiat safron,

Nasi safron di makan bersama kari kambing dan dipadan dengan salsa tomato...amat secocok...ning dia,




Saturday, November 23, 2013

Bubur Asyura

Pada 18 muharam 1435, 22 nov, bersamaan hari keputeraan DYMM Sultan Johor, Daulat Tuanku

Semalam ai p kemaman, join member kacau syuro...best, nor dengan geng ngaji dia buat suro kat rumah mak long, ustazah yang ngajar ngaji di kawasan perumahan di binjai kemaman, ai sampai kat tempat kejadian dah tengah hari, lewat dah, syuro dah masak dah....sempat la ngacau seminit dua ...mencari pengalaman...

ni dia gambar kejadian, resepi as syura xde eh, ustazah main cakap mulut je, lepas tu campak campak dalam kawah, yang pasti sekarang dah tak perlu giling rempah, dah ada siap serbuk repoh suro dalam pek....senang bai tu....




  

tu dia mak long, ustazah ngajinya dan nor, member kecoh kemaman...luv u n tq


Thursday, November 21, 2013

Maggi kari Enoki


Tara, ini dia hasil dari cendawan enoki...sangat rangup dan sungguh sedap...nak resepi?...malu ai...hahaha

Maggi Kari Enoki
Sebungkus maggi kari, cendawan enoki, cili dan sebiji telur serta air secukupnya

Rebus air kedalam periuk sedang sedang dan kemudian masuukkan perencah kari maggi, setelah air menggelegak, masukkan semua bahan dan masak sehingga masak....kheee...siap

Khasiat Cendawan Enoki

Semalam ai beli cendawan enoki kat sinar kurnia, ingat nak makan ngan maggi je, biasa pun memang letak dalam masakan berair, sup gitu, tapi malam ni plan nak maggi kari berenoki, sebungkus tu kita letak dalam dua makuk maggi kari...

Alang alang dah ada enoki kita google khasiatnya, rupanya putih panjang macam tauge gitu, kedudukan rapat rapat dan dipek sekali dengan akar, explain sebab malas nak snap imagenya

cendawan enoki juga dikenali sebagai cendawan jarum emas dan ia tahan seminggu di dalam peti ais.

enoki sudah dijadikan industri di jepun sejak 300 tahun dulu dan di cina ia ditanam meluas bagi tujuan perubatan tradisional bagi mengubati kesukaran membuang air besar

cendawan enoki mampu meningkatkan sistem imuniti tubuh dan menghalang kulat serta virus...juga merupakan egen toksik kepada sel tumor serta agen keradangan.

sekian dari dapur ai lintas langsung sepetang di kuantan...teringin duk di kuala besut pulak.....


Wednesday, November 20, 2013

Rumah Mesra Rakyat

(copy paste dr fb)

::DESIGN:: Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) ni boleh tahan gak cantik & simple! Sangat murah, hanya RM45K! Cara nak apply pun mudah:- 1. Wajib ada tanah sendiri 2. Pergi SPNB 3. Ambil borang dan isi. 4. Mohon kat SPNB bagitau nak design mcm ni. Kalau nak print gambar ni pun boleh! Harga - RM65K Subsidi kerajaan - RM20K Yang perlu dibayar - RM45K Kalau buat loan 20 tahun - RM150 sahaja tiap bulan!

Warganegara Malaysia.-Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)-Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.-Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.-Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.-Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya.



ceritanya; ai berkenan lak design rumah ni, batu bata nya menawan, save kat blog seposen, kalau tak tak ingat dah kawan mana yang shared ni, nak mencari lak jenuh la...saved sebagai panduan dan publish sebagai panduan 

ikut syaratnya ia tak layak, namun mungkin ada cara untuk realisasikan, moh kita p pejabat spnb tanya dan cuba apply tapi kena ada tanah dulu...kheee
pada kengkawan yang belum ada rumah tu, beli tanah dan dapatkan tawaran rumah ini dari anda beli rumah dah siap yang berharga beratus ribu......

rumah kecil tiang dua, biar kecil senang selenggara

Tuesday, November 19, 2013

Bihun Sufi

Hari ni kita bercerita tentang sufi lagi, tapi kali ni bihun sufi bukan nurain sufi yang mengidamkan hadiah upsr dia samsung tab, biarpun hp galaxy y di bagi ke pada adik dan dia takde hp, dia lebih teringin tab...

Berbalik kepada bihun sufi ni, struktur bihun agak lembut, boleh lawan la bihun bintang tiga. Ia tak memerlukan masa rendaman yang lama, cukup la lima minit dalam air sejuk dan tak perlu meggunakan air panas. Rencah tumis pun tak perlu banyak air. Kacau semua hingga kering air dan masak....senang dan sedap.

Nak resepi ya,...alah resepi bihun kan senang je...camni, mai ai cerita je walau u all dah tahu...khee...ai nak cari pahala gak, panduan kepada anak dara yang baru nak belajar masak sebab pakwe minta goreng bihun tu, sila tatapi sebaiknya, kadar anggaran secukup rasa baru la power...

Bihun Sufi Rengkas,
bawang merah, bawang putih, cili boh, kicap manis, isi ayam, sayur sawi, lobak merah, perasa kiub ayam, secubit garam dan setitis cuka epal dan air secukupnya.

tumis bawang hingga garing dan kemudian masukkan ciliboh dan masakkan sehingga cili masak. setelah bahan tumis dah naik minyak(masak) masukkan ayam serta sedikit air, kemudian bila ayam dah masak, masukkan kicap serta sayur, garam dan cuka dan air selebihnya. kacau semua sebaiknya dan kemudian masukkan bihun, balik dan gaul rata bagi rencah sebati tapi jangan over nanti hancus bihunnya, balik balik selembutnya sampai bihun lembut dan masak....dah siap

tara,

Sunday, November 17, 2013

Layan kennyrogers Terr




 

Ceritanya ;  semalam, lepas menghadiri konvo kafa al kausthar ai dengan oppa p megamall sebab ada pc fair, terperasan pada banner tepi jalan, nak cari car charger yg dual....pusing pusing dan layan semua jurujual maka dapat la yg simple punya rm12, ada jugak yg empat lubang...ada jugak cable yang tiga cabang....jangan rambang mata, sebab quality belum pasti.

lepas puas pusing perut lapar, ingat nak makan nasi kat luar tapi tak tahan lapar, nak layan kfc dlu, penuh orang kat kfc, jalan ke depan nak keluar oppa singgah kenny rogers, wah...sedap ni, lama tak dapat menelan cheesy makaroni ni....oppa murah hati semalam, dapat layan kennyrogers...alhamdullilah..

balik malam, masak magi je kat oppa, ai minum susu je, sebab dah lewat dapat makan sebabbya semalam ada forum maalhijrah kat sini yang mana ahli panelnya catriona ros...esok lusa la cerita....

dan siang tadi, masak nasi lemak cover perut oppa yang semalam tak jumpa nasi...layan terr.... :P


Friday, November 15, 2013

Khutbah Jumaat - hari tandas

semasa khutbah di tv 1 tadi tok khatib kata, 19 nov ni hari tandas.....per cer? ada eeh?

setelah di google terjumpa la bait bait ini,

UNITED NATIONS: Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan 19 November sebagai Hari Tandas Sedunia susulan cadangan dari Singapura dimana wakilnya tidak kisah jika ada yang menganggap ini sebagai jenaka lucu.

“Saya pasti ramai dikalangan media dan orang awam akan tertawa apabila membaca laporan bahawa PBB mahu mengisytiharkan Hari Tandas Sedunia,” katacharge d'affairesSingapura Mark Neo sebelum  mendapat sebulat suara Perhimpunan Agung PBB yang menyokong langkah berkenaan.

maka nikmat manakah yang engkau dustakan, ...kebersihan itu tanggujawab bersama, mari kita ke masjid pd selasa ini, bersihkan tandas sejid besor pahalanya

maka nikmat manakah yang engkau dustakan, ....bila silaturrahim yang ada kita kekalkan, esok pi tengok sepupu sepupu konvo kafa....kafa pun konvo tau..kat dewan lagi....dewan kolej shahputra

Thursday, November 14, 2013

Sufi dan Menu Berbuka

ni menu berbuka hari ni,
kulat sisir masak lomak cili api, pengat ubi kayu, sayur korea goreng
teh halia boh, teh hijau boh, air kosong
alhamdullillah berjaya posa hari as syura

dan ini lah sufi,
kak reen nama manja keluarga, sufi nama glamer kat sekolah
hari ni dia dapat result UPSR, tadi ciksu siti wats app gambarnya resultnya
tahniah kak reen dapat lima A, moga dpt masuk mrsm tahfiz besut
nurain sufi sabreena binti mohd shukri
my cousin dan anak kepada ciksu siti azmahanie

copy paste dari fb ciksu, sufi n family, papa not in, cameraman la

Wednesday, November 13, 2013

Mawar dan Fizo

10 / 11 /13
snap paste dr NLKO as per my memory
tahniah buat mawar dan fizo
moga keberkatan milik kamu berdua till jannah
majlis yang cukup tenang serta mendamaikan

 


 

Tuesday, November 12, 2013

Cara menyimpan Ikan Kering

Hujan hujan sedapnya kalau berlauk ikan kering, makan pulut dengan ikan kering, nasi goreng pun dengan ikan kering, ubi kayu rebus bersama nyiur dan ikan kering lagi power....

namun begitu ikan kering di simpan lama lama membuatkan ia akan berkulat, simpan dalam peti ais pun berulat, mai sini ai nak kabo, cara untuk menyimpan ikan kering bagi tak mau kasi kulat atau berulat...

caranya, ikan kering yang kita beli tu kita jemuir semula di tempat panas dengan menabur sedikit lada hitam yang ditumbuk kasar ke atasnya....cara ini adalah untuk mengelakkan lalat hinggap padanya....bila hari tak hujan kasi jemur la...sebab cuaca yg lembap lembap ni lalat banyak ni....

Wednesday, November 6, 2013

Pelan Tahun Baru

Hari ini dua muharam 1435 dan penghujung tahun 2013....sudah tahun baru kita dan 2014 lagi sebulan kan tiba, cepatnya masa berlalu  dan maknanya sudah tahun tiga tahun ai dan oppa bersama.....hmmm, dan tanda tanda kebesaran allah taala ialah dijadikan kamu berpasangan sebagai kawan bagi mendapat mawardah warahmah.........berkongsi bilik berkongsi selimut berkongsi kereta...dan segalanya,...alhamdullillah kami semakin mampu berkongsi hari demi hari....

namun itu Ustz Datuk Mashitah menafsirkan kongsi itu kepada tiga bahagian kongsi perasaan, kongsi ekonomi dan kongsi akidah, tiga ustazah di astro jam 7.30 ni mmg terbaik...hari ni semua ustakzah feberet ai.

azam tahun baru dan juga perubahan tahun 1435,
1. kata nama di guna sekarang, ai ...khee
2. balik ganu sekali je sebulan
3. tengok nenek sebulan sekali juga pd ahd shj
4. pagi g ngaji pd isnin, rabu dan khamis
5. petang kerja, paper trade sudah, dua tahun ke lima tahun ku usaha...
6. selasa sapu rumah sabtu baru mop, jumaat basuh tandas
7. isnin khamis puasa

setakat itu dlu, banyak banyak pun belum tentu jadi.....

Tuesday, November 5, 2013

Review Kak Emila sesambil layan 5R5R

best sesangat, travel je kak emila kita ni...jeles i
tersangat kreatif, kartun terlalu menarik
sesambil layan blog dia sesambil layan chef sher
jumpa ini

Tahun Baru Sudah

\\
selamat tahun baru semua kawan kawan, 
moga tahun ini lebih berkat lebih bahagia
moga tahun 1435 ini lebih baik dari tahun 1434
amin ya rabbal alamin

hari ni niat nak pose, tapi bendera merah lak
sambut tahun baru dengan mood stress
tahun baru dengan hujan 
namun hujan itu rahmat, ....

tahun ini juga kesabaran bernoktah dan permulaan gaya hidup ikut hati.

Sunday, November 3, 2013

Strawberry al Mashoor


konpem muslim....tp syg x boleh self picking.....enjoy deepavali di cameron...tapi mana semua orang ni...harmoni jer...kami ingat nak tengok sambutan deepavali kat sini...namun x mcm raya je....layan strawberry je la......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...