Wednesday, October 30, 2013

Apa Menu Hari Ni

sarapan
sandswich telur rebus

makan malam
kulat masak kicap, stew carrot, telur dadar

Monday, October 28, 2013

Wang's Family


drama yang sedang berlangsung di KBS (391@392) setiap sabtu ahad 7pm

cerita tentang pergolakan keluarga Mr Wang, seorang guru yang lembut dan mempunyai isteri yang garang serta kuat membebel. Plot cerita berkait dengan uwang, yang beruwang akan di layan dan jika dah xde uwang akan di tendang. sila la layan kerna lagu temanya amat menarik dan jalan cerita memang best.

sebelum ni rasanya titlenya King's Family tetapi telah di tukar ke Wang's family
memang sesuai tajuknya...

Cast

Kings Family-Jang Yong.jpgKings Family-Kim Hae-Sook.jpgOh Hyun-KyungKings Family-Jo Sung-Ha.jpgKings Family-Oh Man-Seok.jpg
Jang YongKim Hae-SookOh Hyun-KyungJo Sung-HaOh Man-Seok
Wang BongLee Ang-GeumWang Soo-BakKo Min-JoongHeo Se-Dal
Kings Family-Lee Tae-Ran.jpgKings Family-Lee Yoon-Ji.jpgKings Family-Han Joo-Wan.jpgKing's Family-Na Moon-Hee.jpgKing's Family-Choi Dae-Cheol.jpg
Lee Tae-RanLee Yoon-JiHan Joo-WanNa Moon-HeeChoi Dae-Cheol
Wang Ho-BakWang Gwang-BakChoi Sang-NamAhn Gye-ShimWang Don
King's Family-Mun Ka-Young.jpgKing's Family-Choi Won-Hong.jpgKing's Family-No Ju-Hyeon.jpgKing's Family-Kim Mi-Ra.jpgKing's Family-Lee Bo-Hee.jpg
Mun Ka-YoungChoi Won-HongNo Ju-HyeonKim Mi-RaLee Bo-Hee
Wang Hae-BakWang Dae-BakKo Min-Joong's fatherKo Min-SookPark Sal-Ra
King's Family-Kang Ye-Bin.jpgKing's Family-Lee Tae-Woo.jpgKing's Family-Hong Hyun-Taek.jpgKing's Family-Lee Byung-Joon.jpgKim Hee-Jung
Kang Ye-BinLee Tae-WooHong Hyun-TaekLee Byung-JoonKim Hee-Jung
Heo Young-DalHeo Shin-TongHeo Bang-TongChoi Dae-SeOh Soon-Jung
King's Family-Yoon Song-Yi.jpg
Yoon Song-Yi
Koo Mi-Ho

wang's family, takde wang tak dihargai

Saturday, October 26, 2013

Kesabaran yang Bernoktah

Hari demi hari, kesihatan i rasanya bertambah baik, minggu depan nak gi check darah la...dan hari ni terlebih rajin lak, 3 entry sehari ...khee...cover seminggu tak menari jari ini

Selepas raya korban, lega..pengorbanan besar tahun ni nampaknya, lega, bujet cukup, majlis selamat....dan kesabaran itu bernoktah setelah selesai sudah majlis...

inilah pengorbanan kami tahun ni, i dan oppa, meraikan majlis alif azwa dan aidura

  
berlarok di Peringat dan penat lelah mengubah dengan tema biru konon, last last pengantin berbaju kelabu

  
menyambut menantu di wakaf tengah, berpenat lelah untuk penyedian makanan pulak...baru berbaju biru

tahun ni kamu berhemah berbelanja demi selesaikan pekara di atas, namun berat mana kami tanggung dan penat mana kami rasa, jika alif x hargai..kami tak kisah, kami buat semua demi ma dan demi permudahkan satu urusan pembinaan masjid baru.....kesabaran kami bernoktah sudah.....alhamdulillah, selesai sudah. Untuk aida, kamu kan kuat, org berbisa tak perlu pertolongan orang serba tahu dan serba bole buat...dan sabar ku juga bernoktah untuk mu...amin..lega sudah

kini, fokus kami, cari duit dan simpan duit, untuk belajar serta bercuti.....

Diana dan Habib

Photo: Alhamdulillah, selamat sudah Diana Amir menjadi isteri kepada Habib A Rahman dengan sekali lafaz. Meh ucap tahniah. Hehe
copy paste buat kenangan
so sweet...
mereka dah nikah smlm

Mereka Kata Org Kampung

walau marah pada kerajaan macam mana pun, tak perlu kita nak serang rakyat marhaian...

budak budak sekarang kekurangan ajar tahap gaban...statement kat fb macam macam ayat, macai tak macai semua ada la....x fikir perasaan orang lain dah...zaman sekarang orang lain makan cili pun bahana pedas semua rasa

sampai ada sanggup membodohkan orang kampung yang sokong kerajaan, mengatakan kecetekan orang kampung yang hidupnya senang nak makan, lauk ikan tangkap dalam longkang, ayam ada di reban ...kononnya kos hidup tidak terbeban....katanya orang bandar tertekan, nak makan susah bila barang semua naik harga....tapi ingat la...kat kg takde tesco....orang kg beli barang kat kedai runcit, yang harga jauh lipat kali ganda dari tesco dari giant dari eng hong....

wahai orang bandar asal mu dari mana?...ibu bapa mu di mana? dulu ayam kg tu jugak yang kamu makan, ikan sepat goreng dari baruh tu jugak yang kamu telan....

sesedap rasa mengata orang besut , orang orang tua yang kental dengan kerajaan hati dah tersumbat dengan wang ihsan....bukan ke orang orang tua itu pembawa generasi sekarang yang duduk di bandar yang dah kaya yang semakin lancang mengata ngata, contoh mudah yb kg pandan...org besut dulu sekolah kat besut mak ayah mak sedara semua kat besut...nak ubah didik la mereka cara baik...ajar dan terangkan keburukan yang kamu nampak, kebaikan yang kamu buat...kerna i asal besut...

di mana besut tu? di terengganu...kenapa dengan besut? kerna besut menang bn ari tu ,,kenapa isu besut? kerna selepas pilihan raya ari tu ramai sangat org ngutuk ke ore besut

kerajaan menekan rakyat tak membantu orang miskin, kerajaan makin kaya....ni nak tanya berapa orang miskin dan berapa orang anak yatim yang kamu dah bantu???...nak marah nak bangkang nak lawan..kerajaan je.... bukan rakyat marhain yang juga anak beranak kamu di kg itu....

berkata kata berpalang kata, orang menilai hati kita....mudahnya kita mengata ..alpa pada sikap kita

Wednesday, October 23, 2013

Binatang berhidung Pelik

ikan unicorn

kelawar samurai...khee
sword nosed bat

Friday, October 11, 2013

S3 yg Mengong

terlalu lemah, bateri yang terlalu lemah, bila signal lemah bateri lemah..caj sejam dua naiknya baru 2-5% je...camner nak bersosial...

usia baru 8 bulan, sekarang menjadi jadi kelemahannya....

I think of you ev'ry night and day.You took my heart, then you took my pride away. 
I hate myself for loving you. Can't break free from the things that you do.I wanna walk but I run back to you, that's why I hate myself for loving you.

i hate myself for loving u my S3 , kerna dia la talipon pintar pertama ku, hadiah besdayku....tak mampu dah nak tukar lain,memag ...i wanna walk but i run back to you





Thursday, October 10, 2013

Sakit Gigi

gigi ku kembali sakit, peritnya sedihnya sakitnya ya ampun......kepala pun berdenyut denyut

nak cabut oppa kata rongok, nak raya ni kena hold dulu, gigi depan longggar abis, gigi sebelahnya pun dah berjangkit, lain macam je ngilunya.....darah tinggi tak boleh sebarang cabut...abis bila leh cabut

berdenyut denyut, listerine dah tak jadi, ubat bengkak gusi dah abis, ubat kumur doktor bagi tak jalan...air sejuk campur cuka epal tak heran dah.....air mata bercucuran...puas la oppa pujuk x heran....lantak dia, tgk la tv sorang main la games puas puas...malas layan

akhirnya teringat dengan ubat gigi cengkudu sureco ...jeng jeng, sapu sikit..ya ampun ngilu...lepas tu ilang sakit...ikhs biar benar....tertidur.....tu cerita semalam, dan pagi ni pagi pagi ok lagi lepas sarapan serangan kembali menyengat, sapu lagi...ngilu lagi...dan rasa sakit hilang....relexs......dan kini macam ok je tp kepala berat je.....

Wednesday, October 9, 2013

Tuesday, October 8, 2013

Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis ni rupanya banyak khasiatnya, dan sini tak perlu la di letakkan gambarnya sebab agak melampau batas jika tak kenal kulit kayu manis....kheee

Petikan dari my metro dengan panjang lebarnya menerangkan khasiatnya dan boleh dirumuskan seoerti di bawah di sini,

1. amat berkhasiat kepada kulit, dimana ia mampu melancarkan peredaran darah serta mampu menyalurkan nutrien kepada kulit

2. ia mampu bertindak sebagai antiseptik semulajadi yang boleh membunuh kuman dimana jika terluka bolehla di sapu sedikit serbuk kulit kayu manis namun ia agak memedihkan kulit.

3. ia juga mampu bertindak sebagai bahan kecantikan semulajadi, boleh menghilangkan parut jerawat, melegakan gatal kepala, serta meyuburkan rambut.

4. ia juga jika di campur bersama minyak zaitun dan madu mampu membaikpulih kulit wajah, bibir serta kulit kepala serta rambut

5. kulit kayu manis mampu menurunkan kadar kolestrol LDL melalui pengambilan setengah sudu serbuk setiap hari

6. ia juga mengawal gula dalam darah, baik untuk pesakit diabetes

7. kulit kayu manis juga boleh menghentikan jangkitan yis yang gagal dibunuh oleh ubatan.

dan paling mengembirakan para penggemar carian ubat kurus adalah dengan mengamalkan teh hijau bersama kulit kayu manis serta pelbagai lagi khasiat kulit kayu manis lagi yg boleh didapati disini,  http://www.hmetro.com.my/articles/Khasiatkayumanis/Article

dan cerita paling best pasal kulit kayu manis di mana, testimoninya yang terbukti berjaya ada di sini,
http://www.scribd.com/doc/46445897/Khasiat-Kulit-Kayu-Manis

Friday, October 4, 2013

Kepiluan di hari Jumaat

Sesungguhnya blog ini di cipta demi meluahkan rasa hati atas saranan en syuk.....bila rajin, ideanya rojaknya datang, bila teruja rancak bercerita, bila ada mood macam macam nak tunjuk.....dan bila sedih, ku luahkan rasa hati...

ma, peritnya melalui kehidupan ini ....minggu depan nak kenduri eboy....dan pagi pagi lagi ma dah cal, pasal nenek....tujuh kali dia cal nenek tapi tak dapat....unbelieveble...ma u bukan setekun itu...once enough....jgn tipu daku, i know well

ma minta kalau ada carpet baru bawak balik sebab kat rumah carpet lama semua dah,...takdenya....ma, tiap kali kenduri tak ingin dia keluar duit, duit takde je, ,mana pergi duit anak anak bagi....sesen takde nak korbankan untuk anak anak...dan mangsanya aku....duit belanja kenduri ma guna, duit hasil kenduri ma ambil, ma pinjam duit ciksu buat kenduri aku bayar....duit ma tak pernah ada....dan kini duit kenduri eboy aku jua yang kena sedia lagi ...lagi duit nak bagi keluarga perempuan...duit duit duit....duit boleh di cari, dan aku tak kisah memberi kerna dari sejak ku kenal duit, dari sejak ku simpan duit, ia adalah untuk diberi kepada mu ma, achik dan eboy..memang begitu kamus hidupku....

sedihnya aku bila ma kata tak ingin tinggal sesen pun harta untuk anak anak, jual rumah, tak ingin tanah kerna tak mahu anak mewarisi harta kpd anak anak, hidup biar anak anak tanggung....no hal ma sebab ma la yang 9 bulan mengandungkan aku....jasa itu tak terbalas ma, dan tak perlu di ungkit masa lalu, kerna tiada yang sempurna seperti semahu mu sempurna kini...

pagi ni terasa pilu , terimbau semua cerita lama dan kekeciwaannya...itu yg termampu menari di jari ini pada saat ini kerna ku tak ingin mengalirkan lagi airmata ku......seperti pagi tadi....

ma, letihnya membelek diari hidup bersamamu, redha dan di sini ku luahkan rasa bukan membuka keaiban...

oppa, lagi sedih bila dirimu jua penyumbang kepiluan ku....main la games 24jam eh....

eboy, penatnya untuk berkata padamu, kerna kau la pengundang amarahku, ikut kepala sendiri kalau tak menyusahkan orang takpe....dulu kini asyik terkena je kerna mu

achik, belajar la menghormati aku dan ma serta tunaikanla janji janji ....

nota : aku bahasa terbaik meluah rasa


Thursday, October 3, 2013

Jem Mulberi


minum petang bersama jem mulberi....hasil penjelajahan di KUD khamis lepas ....sedap dan x manis...asli tanpa pengawit dan menggunakan stevia...terasa biji biji mulberinya...manis manis masam...x kemanisan yang tak mengilukan.....
pakcik tu kata, ladang mulberinya 10 ekar....oppa dah teringin nak melawat ladang di batang kali sana....nak tunggu pokok sendiri buahkan hasil lambat....x besar besar lagi...huhu

Wednesday, October 2, 2013

Usnuzon

Nabi S.A.W. bersabda :
“Jauhilah kamu dari prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sebohong-bohong rekaan rasa hati (berita hati).”.
[Hadith Al-Bukhari & Muslim]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...