Saturday, August 31, 2013

Sabtu hari Kenduri

Hari  ni sepatutnya kawan kawan dari Kay elll ...khee datang makan durian beserah tapi last minit depa kencel....huhu...penat den mop rumah, kemas segala bagai nak sambut kawan kawan...ini kali kedua kecewa gini....jangan kita rugikan harapan kita kerna kita tak bole berharap pada satu janji yang kita tak buat...

Maka terpaksa la ikut oppa pi kenduri rumoh bos dia kat kemaman....gambar di bawah buah tangan dari rumah en.wan. ni yang masuk dalam rumah, dua bekas kek choc moist luv dah bagi kat jiran, ain dan judin...lebih baik bagi pada kids, depa masih bole terima manisan tapi kami yang dah tua ni kena hati hati dengan manisan.....kenduri umah en wan memang mewah...

Sepanjang perjalanan dari damansara ke kemaman banyak sungguh kenduri...baik di sg ular mahupun cherating....majlis raya dun beserah pun ada ternampak

Balik dari kemaman masuk beserah....kenduri adik napi...tak makan nasi sebab dah makan banyak kat rumah en.wan tadi...sebab nasinya sedap bangat....kat rumah napi makan ayam bakar madu...sedap jugak...lengkap jemputan hari ini dengan senyuman hati

tq en wan n family, suka sangat dengan souvinier ini kerna i kini tin collector....


Friday, August 30, 2013

Qunut Nazilah


cara bacanya , boleh pada setiap solat fardhu pada rakaat akhir selepas rukuk sebelum sujud

di baca dengan tujuan keamanan serata dunia

Wednesday, August 28, 2013

Durian Beserah

duyan ija D145 dua tiga minggu lepas rm13 sekilo, sekarang rm8
lebih sedap dari musang king yang regenya rm22 sekilo

duyan kampung, shape lawa, kecik je...isi power
    
duyan ni kecik sesangat, rm5 sekilo dan isinya di bawah, sedap gak

Sejak duk kuantan ni i dah makan duyan, dulu makan tempoyak je...le ni penganan duyan beserah, tahun ni hampir dua hari sekali beli duyan sebabnya, depan tu uncle jual duyan, uturn keluar pakcik melayu jual duyan, ceritanya habis semua kebun kat area sg karang tu dah jadi milik uncle uncle...uturn balik pun jumpa uncle jual duyan lagi...keluar masuk damansara pastinya ketemu duyan....

duyan kampung sepuluh hinggit selonggok...wat serawa dap la...duyan kuning duyan tembaga musang king ka, duyan ija ka...lain lain harga...sila berkunjung ke beserah untuk menikmatinya...lalu la bypass atau jalan lama ke kuala trg....sebelum sampai damansara tu berjujuk la ada ...

menurut kawan yang duk KL...duyan beserah terbaik...ooo ya ka...oppa kata mcm gitula....rupanya ada cerita sebalik yang terbaik itu,,,,dulu dulu duyan beserah harga mencecah rm100 sebijik..pergh...uncle je jual dulu, tak bole bawak balik, kena makan kat tempat beli tu je...ini bagi tujuan bijinya menjadi benih kat tempat lain....lor...

tapi menurut MA, duyan tok pahit di pasir pekan, isinya macam duyan ija beserah malah buahnya lebih besar...dan cerita itu tiga puluh tahun dulu...apakah ada lagi duyan itu? tak pernah pulak cucu arwah tok pahit ini merasanya.....huhu...

Tuesday, August 27, 2013

UTC Kuantan


 UTC kuantan adalah terminal bus yang di ubahsuai....lokasi yang baik dan kemudahan parking yang banyak. Sempurna untuk urusan standard. Semua ada, dari klinik kesihatan, pergigian dan urusan perbankan hampir melengkapi urusan seharian dan bulanan. Tiada kaunter bank tapi mesin atm dan deposit pelbagai bank terletak di bahagian depan pintu masuk. Jpn ada, imigrasin ada, SSM, MOF, zakat ada..semua ada la...tak terkira la..

Urusan bukan sahaja mudah namun cepat dan berkesan. Banyak urusan dapat dibuat dengan satu tempat saja. Urusan pendaftaran juga hanya 15min je selesai.

Parking je kat UTC boleh selesaikan urusan pejabat opis, boleh g kamdar kat depan tu, juga jalan sikit ke pasar kita, tak perlu susah susah cari parking dan beralih parking. Parking free, tak risau kena saman...

Syabas kepada kerajaan pada transformasi ini.

Sunday, August 25, 2013

Menu Tengahari Ahad


makan tengah hari kami ari ni kul tiga....tadi lepas jumpa  ameng yang sedang bercuti sdi malaysia setelah berpenatan bekerja di tanah arab....sampai umah pukul satu terus berperang di dapur dan hasilnya tara....puyuh goreng, kepah lemak cili api, sawi goreng...dan tauhu sumbat beli kat pasar tadi...

makan sampai licin lauk...lama tak tengok oppa makan nasi berselera sepanjang ramadhan lalu....kini selera makannya sudah menjadi...puashati masak....lama tak makan puyuh goreng dekpun....ngeh ngeh ngeh...

dan hari ni baru puas menghupdate blog setelah yes 4G ddi upgrade pc boleh scan virus...upload gmbar jadi mudah...










Hari Hari Kembali Panas

Ahad yang terang.....kembali ke rutin mingguan...pagi ke pasar tani...di pasar tani orang mbeli ramai tapi orang menjual masih tidak ramai...peniaga masih dalam mood raya nampaknya.....beli puyuh empat ekor...sayur turi untuk ma ..esok balik ganu...lepas tu p ecm tukar plan yes....dan bertengah hari di sini sbb oppa jumpa kawan dia....tunggu tunggu tunggu

mood menunggu kepanasan la ni....panas sungguh ooi...

Friday, August 23, 2013

Thursday, August 22, 2013

Atuk Nenek Brutal

Hanya kerna rm36, atuk dan nenek bergaduh saling tuduh menuduh dan akhirnya membawa kepada pertengkaran di mana atuk menetak nenek dengan parang dan nenek menyimbah miyak panas kepada atuk. Kisah ngeri, lucu dan sedih ini berlaku di sungai siput...

ya kerna duit semua orang akan hilang pertimbangan, kerna duit saling bergaduhan, kerna duit manusia sanggup bunuhan....akhir zaman manusia hilang nilai kemanusian....di mana mana saja dan pada siapa saja pasti akan berlaku kisah duka ini, dan ku turut pernah mersai pengalaman bila duit tidak bercukupan...adik beradik bergaduh hina menghina kerna duit.....

cerita selanjutnya ada kat metro ...sy dpt cerita ini dari sini,

http://www.relevansokmo.com/2013/08/atuk-dan-nenek-brutal-bergaduh-sampai.html

Wednesday, August 21, 2013

Blog istimewa - saya SUKA

bila terlihat keunikan masakan ini, termari idea untuk buat blog review,,,chef thyaga memang superb, masakan melayu dia mahir masakan india menjadi idea bagi kita, di tulis dalam bahasa inggeris namun gambarajah yang lengkap tak perlu pemahaman bahan dan caranya....saya suka saya suka saya suka,

Tuesday, August 20, 2013

RUMAH TERBUKA PENDORONG ‘MAKAN BERLEBIHAN’?


Liked · August 13 



Bagaimana terjadinya sindrom ‘makan berlebihan’, atau lebih tepat ‘mengambil kalori lebih dari keperluan’? Suka saya kongsikan salah satu faktor – PENGARUH PERSEKITARAN yang mendorong kepada aktiviti ‘terlebih makan’.

1) Kecerahan bilik – Manusia cenderung untuk makan berlebihan dalam bilik yang malap berbanding bilik yang cerah.

2) Lokasi makanan diletakkan – Manusia cenderung untuk makan berlebihan jika makanan tersebut dalam radius pandangan dan mudah dilihat (sebagai contoh, balang kekacang/smarties di atas meja ruang tamu lebih cenderung untuk digapai dan dimakan berbanding jika disimpan dalam kabinet dapur)

3) Warna dinding (bilik) - Para penyelidik dari University of Winnipeg mendapati terdapat hubungkait antara warna dan nafsu makan manusia. Mereka mendapati sekiranya makanan anda dihidangkan dalam pinggan berwarna biru, atau dihidangkan atas meja dengan alas berwarna biru, maka nafsu makan anda akan berkurangan. Warna merah pula membawa kesan sebaliknya (sebab itu kebanyakkan restoran makanan segera banyak menggunakan tema warna merah)

4) Gelas – Mereka yang minum menggunakan gelas yang pendek, kembung dan besar lebih cenderung untuk minum lebih berbanding mereka yang menggunakan gelas yang tinggi dan “kurus”.

5) Saiz pinggan/sudu – mereka yang menggunakan saiz pinggan dan sudu yang besar cenderung untuk makan lebih berbanding menggunakan pinggan dan sudu yang lebih kecil.

Kita duduk seketika dan berfikir sejenak, anda mendapati prosesnya sungguh kompleks kerana terdapat begitu banyak faktor yang mendorongnya, kadang-kala sehingga kita tidak sedar langsung yang kita sedang mengambil sesuatu itu secara berlebihan terutamanya pada ‘musim’ RUMAH TERBUKA ni...

Monday, August 19, 2013

copy paste - save - ubat darah tinggi

"Maklumat terbaru yang aku perolehi setelah lama mencari penawar untuk mak mentua aku ni.

Sebelum tu aku nak beritahu mak mentua aku setelah pulih dari kencing manis secara tiba-tiba darah tinggi dia meningkat kepada 206. Aku amik bacaan yang atas ajer ler. Terperanjat semua ahli keluarga yang lain.

Pelbagai usaha dilakukan selain menggunakan perubatan moden. Apa yang kami tak guna dari daun hempedu ular, ke pucuk jantan betik dan satu daun lagi aku pun lupa. Semuanya gagal, memang turun tapi dalam anggaran 180.

Pada suatu hari, adik ipar aku yang bekerja di UITM Melaka beritahu , profesor dia yang ada darah tinggi hanya makan cincau sahaja. Dah berbelas tahun makan malahan ubat hospital langsung tak disentuh!!

Untuk mengesahkan cerita ini benar atau tidak. Aku beli cincau di Tesco. Nak cari cincau kat pasar mana ada masa..hehehehahe. Beli yang dah pasang siap punya ler....

Aku kasi kat mak aku dan mak mentua aku makan.
Cara makan ialah setiap dua hari sekali mak aku makan cincau ini. Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari.
Kalau nak lebih mudah, mak aku buat ialah blender semua cincau tu dan minum macam biasa.

Kalau cincau kat Tesco senang nak sukat sebab dia jual dalam bentuk packing silinder kecil. So mak aku makan setiap hari satu. Takut juga nak makan tiap-tiap hari, cincau ni kan sejuk. Nanti krem lak kaki mak aku ..hehehehehe. cincau

Hasilnya darah tinggi mak mentua aku dari 180 yang tak turun-turun selama 2 bulan menurun kepada 156.

Manakala mak aku dalam anggaran 150 telah menurun kepada 126!! Hilang darah tinggi!! Kat sebelah ialah ini bukti resit mak aku!!

Cincau adalah satu bahan yang menurunkan darah tinggi anda!!!!
Jika saudara mara anda mempunyai darah tinggi sila cuba petua ini.

Syukur alhamdulilah akhirnya darah tinggi mak mentua dan mak aku menurun. Suka melihat senyuman mereka semula.

Aku telah mencuba kepada 2 subjek iaitu mak dan mak mentua aku dan ternyata ia berjaya. Dan tolong sharekan maklumat kepada semua.!!! Aku memang berniat nak kongsikan maklumat ini..

Sekarang ini aku melihat penggunaan jangka panjang penggunaan cincau ini. Risau ler..benda sejuk ini.. Takut semput atau krem kaki orang tua aku lak..hehehehe.

Selamat mencuba!! "

p/s:lepas ni boleh lah minum cincau,byk khasiat tau 

=======================
PLEASE LIKE  https://www.facebook.com/ZeTtyOnlineShopped

copy paste - save - ubat diabetis

Pada yg dah ada diabetis, tak salah Mencuba...
Kepada pesakit Diabetis. Pada hari raya kedua saya beraya di rumah pak cik saya yang temankan saya menunaikan hj dalam tahun 1992. Dia baru balik dari keluar Tabligh. Dalam pertemuan singkat itu, sempat lah mendengar "ceramah" beliau tentang penyakit. Menurut beliau, walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun daris egi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan betul seperti janji Allah, " Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian". Beliau memaklumkan, untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat merembeskan insulin secara normal. Caranya adalah dengan mengambil sebiji buah tomato yang cukup masak (merah). potongkannya dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air (air jangan banyak sangat, sebab kalau tomato besar akan menjadi banyak sangat dan sukar untuk dihabiskan). Juga perlu diminum segera sebaik buah tomato dikisar kerana jika dibiarkan, gelembung yis akan memenuhi cawan dan susah untuk meminumnya. Buat 3 hari berturut2, kemudian dos boleh dikurangkan....Perkara ini telah dicuba kepada ibu saudara saya ketika admit di hospital putrajaya, kaki beliau yang bengkak susut dan tidak perlu dibedah..semuga anda semua mendapat manafaat dari perkongsian ini. Semuga cepat sembuh..amin...

Tuesday, August 13, 2013

Riang Ria Raya 2013

raya pertama 8 ogos 2013 di Gong Duek
sepupu sepupu....yang sulung dah kerja leh bagi duit raya ke sepupu

wanie beraya tanpa ibu pun masih meriah...ibunya kena kerja pagi raya

semua sibuk snap ngan phone masing masing...xde dah digital camera...dslr pun x laku la


raya ke 3 di wakaf tengah
adik pompuan yang suka sangat dengan kolor merah - dah la memang garang...huhu

oppa bersebelah ma...ikhlas kan senyuman mu ma...khee...layan je

along dan iera nikah....sempat juga meraikan di simpang tokku
moga bahagia dan peroleh ramai anak cucu 

tahun ni memang tema purple....jiran tersayang di WT 4 beradik tu...ada ramai lagi...yang ni yang sporting
selesai sudah bab raya....sekarang kembali ke bab mencari harta dunia akhirat...
jom kerja jom beribadat....raya tahun depan kita rai lagi....moga lagi bererti..






Monday, August 12, 2013

Anugerah Syawal


raya kali ni kita temakan rumah kolor hijau.....khee

nasi minyak pun hijau....set blossom.....jenuh memujuk oppa nak dapatkan set ija ni...nasib baik offer raya dapat gift pinggan dan mangkuk sekali....klu yg dulu gift mangkuk sajer tak nak nya dia....harap ciksu toke tupperware...konon leh byr dua tiga kali...khee...tp settle payment on the spot.....simpan lama dah duit tuk set blossom...huhu







Saturday, August 10, 2013

Persiapan Raya yg ke 2


nota mingzhu ; hari ni dah balik kuantan....oppa dah kerja..kerja malam...maka bersiap la untuk sambut raya di rumah sendiri pulak...ala kadar....senang bila di serang askar askar cilik nanti....letih jalanan letih beraya letih berkenduri....raya setahun sekali....

Friday, August 9, 2013

Persiapan Raya



baru ada masa posting....huhu...satu persatu...bagi banyak entry....sampul raya banyak la pulak...dapat kat ambank je lain lain ciksu siti bagi...angry bird dgn upin ipin oppa beli...

buah tangan raya, dua sama dalam bakul untuk ma dan mak, dalam beg satu tu untuk nenek...

selamat hari raya dan maaf zahir batin








Thursday, August 1, 2013

Cara betulkan Shaf

bergerak ke kanan dan penuhkan barisan depan

apa sudah tukar ke ilmu ini...kerna ada makcik sebelah tadi kata apit ke dia belah kiri....ku kata ke kanan, dia tak peduli...maka renggang la saf...dia tak peduli dan tegak.berdiri tanpa berganjak walau seinci..bahu x bertemu bahu....masjid baru pasdec damansara

dan ada makcik makcik di masjid sg karang.....masjid ni imamnya best tapi makmum perempuannya selfish...tegak di satu sejadah seorang dan jaraknya bahu ke bahu boleh menyelit sebelah badan...

dan ibu ibu yang kuat beramal yang tidak mahu melepaskan peluang terawih sanggup bawa anak kecil yang memekak je setiap saat dan di selitkan anak kecilnya di celah makmun lain...adus...kes ini merata boleh di temui...cukup mengganggu...dan paling ketara di masjid Uia kuantan...

dan anak nakal melompat dari satu barisan ke barisan ketika makmun sedang solat cukup menggerunkan...dan ini cukup ketara di masjid di damansara....ibu tidak melarang...dan anak anak ini cukup seronok di masjid seumpama di taman permainan....

tak kusyuk ooo kat masjid....solat sorang sorang kat rumah aman....tapi ku jua ingin terawih di masjid...tahun ni masjid negeri belum merasa lagi....bestnya kalau dapat...oppa jom la....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...