Wednesday, July 31, 2013

admirable

nota mingzhu - copy dr fb perfect livin...teringin sgt

Tuesday, July 30, 2013

Cara Rasullah s.a.w Menyambut Aidilfitri

syawal bakal tiba beberapa hari lagi...persiapan raya sedang rancak...namun biarla kena caranya....mari kita lihat bagaimana rasul kita beraya ;

1. bersolat hari raya secara berjemaah

2. pergi dan balik dari solat aidilfitri melalui jalan yang berbeda dengan tujuan untuk berjumpa dengan orang yang berbeda untuk bersalaman dan bermaafan

3. membawa anak isteri sama sama bersolat hari raya

4. makan dulu sebelum ke masjid

5. berpakaian cantik dan bersih untuk bersolat namun tidak semestinya baju baru

6. berwangian untuk bersolat

7. memperbanyakkan bacaan takbir sejak dari malam aidilfitri, ianya adalah disunatkan

8. berbalas salam dan menjawab ucapan salam raya dengan berkata : taqabbalallahu minna wa minkum (semoga Allah menerima segala kebaikan kami dan kebaikan kamu)

9. saat akhir saat fitrah dan sedekah di mana zakat fitrah adalah wajib keatas setiap umat islam sekali setahun pada bulan ramadhan

10. puasa sunat di bulan syawal.

moga semua sunnah di atas adalah menjadi adat kita.....sumber adalah olahan dari majalah wanita edisi raya gambar dato ct dan fida....tengok dato ct terbeli la pulok...





Monday, July 29, 2013

Menu Ramadhan

Menu berbuka
 



menu sahur

Pagi pagi Buat Pahala

Tadi ada hamba allah ni...seorang lelaki menggadai nyawa dia depan mata i ...huhu..nasib baik tak terlanggar....dia boleh melintas depan semata mata nak mengambil sebongkah kayu melentang di tengah jalan....masya allah....masih ada orang yang sanggup menggadai nyawa demi kesenangan orang lain....tabik hormat...pahala senang di pagi hari...hamba tersebut seorang lelaki pemandu kereta alphard putih ...kejadian berlaku di jalan semambu di cabang masuk pusat servis toyota....

bukan susah nak dapat pahala....dan besar pahalanya dia yang membuang kayu menghalang jalan....

Sunday, July 28, 2013

Puding Raja


nota mingzhu : semalam baru dapat layan puding raja....pergh rasanya baru lengkap menu berbuka di kuantan....benda x susah untuk di buat tapi nak yang kat bazar jugak.....resepi?....tgk je dah tahu kan....khee...sos tu sos kastad la...terbaik la....

Saturday, July 27, 2013

Biskut Kacang Hijau

biskut kacang hijau...sangat sedap, my first cookies resepi dari MW,
camgini,

500 gm tepung kacang pis (i guna kacang pis blend hancus)
550 gm tepung kandung
300 gm gula aising
1/2 sudu teh garam
380 ml minyak mazola/minyak jagung
sedikit kuning telur

campurkan tepung kacang pis dengan tepung gandum dan gula aising

selepas itu masukkan garam bersama minyak mazola yang dituang sedikit demi sedikit

uli hingga jadi doh

akhir sekali bentuk jadi bulat dan tekan bagi sedikit leper dan sapu kuning telur di atasnya

bakar selama 20-25 min pada suhu 175 darjah celcius

Wednesday, July 24, 2013

Pertengahan ramadhan Sudah

Sedar tak sedar, kita sudah melewati 15 ramadhan .....lagi 15 ramadhan kan pergi...cepat nya masa berlalu..helaian al quran yang telah ku capai boleh di bilang dengan jari, perhitungan perjalanan ke masjid boleh dikira cuma beberapa kali....ya allah kenapa ramdhan kali ini begitu teruk sekali.......

apa yang pasti ku asyik menghitung hidangan peribadi....baik sedikit dari ramdhan lepas cuma pada perjalanan ke bazar ramdhan...kaki ini tahun ini diguna untuk berdiri di dapur bukan berjalan seceruk pelusuk baram di kuantan.....cuma baru sekali, baram beserah....

apa yang pasti kesihata dan keletihan cukup membataskan....letih sepetang memasak membuatkan keupayaan untuk berdiri dan sujud padamu di terawih waktu cukup memalukan ku....ya Allah, dengan waktu yang bersisa, KAU bagila kekuatan padaku untuk menghitung pahala terawihku....

penatnya kaki, lenguhnya bahu, pedihnya mata.............keluhan marhaian ketandusan iman....

ramadhan kian pergi
aku menghitung hari tanpa peduli
helaian quran yang menipis setiap hari
ku makin kesempitan ruang amal
ku makin kehilangan daya iman

dimana kekuatan jasad dan rohani
beramal penuh iman
bertakwa penuh ijtihad
mengharap pengisian ramadhan
melaksana tuntutan ibadah

ya allah tetapkan imanku
kuatkan amalku

Sunday, July 21, 2013

Menu Ringkas idea Berbuka




nota mingzhu : - sejak jadi bibik sepenuh masa ni..memasak je kerjanya....idea nak nulis blog pun dah ke dapur...pagi pagi kat dapur petang petang kat dapur...yang nak makan nya dua mulut je....bila di cadang beli katanya mahal...padahal kos masak lagi mahal untuk dua orang makan 
yang konpem tak berhabisan....huhu...akibatnya terjadi la dengan kerapnya nasi goreng...

bila dah selalu kat dapur...kerjanya menunjuk makanan...sebelum berbuka snap gambar makanan dulu....nasib baik sebelum sahur tak galak bak kata n1 gelenyar.....

hari ni nak masak pe lak....sup kerangka ayam dah siap seperiuk...soto atau nasi sup je....hmmm










Friday, July 19, 2013

Salam Jumaat 10 Ramadhan

mari pakat kita amalkan

bukan ayam je mahal....sayur pun mahal...ni semua rm8

Thursday, July 18, 2013

Bila Gas Abis

bila gas habis, maka tak masak la sebab oppa lambat pi beli...sesambil keluar beli gas kita beli makanan terus...maka ini menu berbuka kami tadi....not bad the taste dan price still reasonable....i luv baram beserah

Tuesday, July 16, 2013

Menserikan Wajah

Untuk mendapatkan wajah yang berseri dan menawan, amalkan memakan kelopak bunga mawar merah setiap hari.

Manakala itu untuk mendapatkan wajah yang licin dan sekata, lenyekkan tomato hingga lumat dan kemudian lumurkan pada wajah. Biarkan ia kering kemudian bilas dengan air putih.

Kulit badan juga perlu dijaga ya... gosokkan setiap inci tubuh dengan hampas kelapa untuk miliki kulit yang cerah serta lembut.

Pengambilan kurma secara rutin juga (tidak hanya waktu berbuka) mampu membuat kita awet muda...

bersama kita jelita di bulan mulia....

Friday, July 12, 2013

Puding Coklat


setin susu cair, secawan coklat cip, suku cawan minyak jagung dan tiga sudu tepung jagung

masakkan susu bersama coklat cip dan sementara itu kacau tepung jagung bersama sedikit susu dan kemudian masukkan ke dalam susu yang sedang di masak bersama coklat cip tadi serta minyak jagung di tambah sekali dan dikacau sebentar bagi sebati ...jangan lama la nanti terlebih pekat dan ia akan keras...maka cepat cepat masukkan kedalam bekas dan sejukkan dalam peti ais....siap....sedap



nota mingzhu - hadis pilihan ; SAbda Rasullah S.A.W. " setiap amal kebaikan anak Adam pahalanya (dicatat malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untukKU dan AKU lah yang memberi pahala puasa " ~ riwayat Al Bukhari


Wednesday, July 10, 2013

proses isi ikan

satu hari di kuala besut, 7 july 2013



isi ikan siap di pek untuk dihantar kepada pembuat pembuat kerepok lekor


Resepi Sahur Pertama



ayam goreng kunyit dan sayur bayam berbebola ikan
simple dan mudah serta yummi.....rekacipta ikut kreativiti
selamat bersahur

Friday, July 5, 2013

Siakap Sweet sour di Jumaat ini

Dan pada hari jumaat la Nabi adam diciptakan, dan jumaat juga nabi adam di turunkan dari syurga....jumaat juga la nanti hari kiamat....

Dan jumaat kedua tetamu datang lagi...dua jumaat berturut , dan tunda lagi balik ganu...ma, esok i balik...

Photo: ning dia tetamu ari ni amsyar...

dan kami makan siakap kecik sweet sour ari ni....amsyar makan kentang je

Wednesday, July 3, 2013

mushroom sup



resepi dan idea bila ketandusan menu dinner
panaskan air dan masukkan sesenduk sup yang pekat ini
yummy...maaf terbalik lak...sila sengetkan kapla anda...khee
kadang kadang bila selera hilang, sup bersama roti cukup mengenyangkan

Tuesday, July 2, 2013

FAKTA VITAMIN C YANG PERLU ANDA TAHU

Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat. 

Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.

Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.

Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi.

Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" .

Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

Banyak tanda-tanda yang kita boleh kesan bila kita kekurangan vitamin C antaranya:
Terdapat garisan putih bila kita goreskan kulit tangan dengan kuku. Ya garisan tu obvius sangat. Ha...cuba buat di tangan dan betis anda...Kalau ada tu, memang sah vitamin C tak cukup.

Selain itu, tanda-tanda kita kurang Vitamin C ialah mudah dapat selsema dan mudah bersin, tapak kaki kasar, bila luka lambat elok, mulut senang dapat ulcer, mudah demam, gusi mudah berdarah Lemah badan, Sakit-sakit dan sengal badan dan dapat penyakit skurvi ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).

Vitamin C ini sebenarnya tak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita walaupun badan sangat perlukannya. Hanya melalui makanan kita dapat bekalkan vitamin C yang diperlukan oleh sel. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

Di antara makanan yang kaya dengan vitamin C:
Oren , Kiwi , Strawberi , Brokoli , Kentang , Keledek, Lada benggala, Tomato, Mangga, Betik dll.

Ayuh rakan-rakan ku, kita sama-sama check vitamin C dalam diri kita dan keluarga! Mudah-mudahan ianya cukup demi kelangsungan kehidupan seharian kita agar kita semua terus sihat, cantik dan bertenaga!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...