Sunday, June 30, 2013

Menu hari Ini

Photo: pai tee pertama kali...
pai tee pertama kali

megi kari my chef kari versus kow teow sup smlm...ngeh ngeh ngeh

cerita jumaat yang sibuk

jumaat 28 jun 13 / sya 19 






jumaat semalam sesangat sibuk...mengalahkan orang kerja
pagi p jpj settle saman....blacklist jpj rupanya....pegi unit siasatan dan dapat la ketahuan kesalahan membuat pusingan u di tempat yg terpampang tanda larangannya...ngaku salah sebab ada gambar...surat tak dapat encik....melayang duit baju raya...

pagi pagi siapkan sarapan roti telur ala celina lagi tapi kali ni telur di campur bawang dan tomato yang dikacau bersama lada hitam...tengah hari terima tetamu dari johor

masak untuk makan tengah, lauknya sayur lemak terung, kailan belacan, labu vietnam, ayam goreng

pukul 4 bawak tetamu, yana p indera sempurna , rumah sally....sally pandai hias rumah, buaian cantik di tengah rumah berjaya menjinakkan akram, si montel berbaju kuning untuk tidak merengek.

si baju merah anak sally, kami gelarkan budak babak...encem dan last bergambar bersama setelah 20 tahun berpisah....tetamu dari johor adalah kawan sekolah menengah dan kawan PERKAYA.

moga persahabatan ini KAU redhai....berkatini kami anak anak yatim ini...sekarang dah tua, dah terlucut gelaran anak yatim itu namun PERKAYA tetap dlm kenangan.






Thursday, June 27, 2013

Turunkan berat badan dengan berkesaN


“Tiada magiknya dalam menurunkan berat badan, cuma kita kena ubah kembali 3 perkara berikut:

1. Niat – Niat untuk kekal sihat dan “good-looking” biarlah sampai tua, bukan sebab hujung tahun ini nak kahwin, atau nak buat majlis kahwin anak! Dengan cara ini, barulah misi untuk kekal sihat dan lawa akan menjadi komitmen seumur hidup.

2. Cara – Kebanyakkan cara menurunkan berat badan yang ada pada masa kini bukannya tak berkesan, cuma tak berapa praktikal. Sebaik-baik cara untuk menurunkan berat badan ialah ia bukan sahaja tidak menyeksakan (seksa diri dan wang poket), malah boleh terus disambung amalannya walaupun matlamat untuk mendapatkan berat idaman sudah tercapai; ini untuk memastikan berat badan dan tahap kesihatan yang baik itu terus kekal. Dalam bahasa mudah, cara diet yang betul merupakan gambaran awal gaya hidup anda selepas kurus.

# Kita harus fikir yang kita hidup dalam komuniti yang besar, mereka yang tinggal dalam komuniti ini makan 4 kali sehari (Sarapan, makan tengahari, makan petang, malam). Itu tak menjadi masalah, kita yang bijak perlu tahu berapa jumlah kalori yang masuk dalam badan.

# Makan kerap tak apa, asalkan kuantiti/kalorinya kena dengan tubuh badan kita.

# Orang dalam komuniti besar ini juga makan nasi, maka kita perlu ikut fitrah ini dengan makan nasi juga. Jangan buat sesuatu yang tak masuk dek akal dengan menolak nasi, menolak mee dan sebagainya. Nanti orang lain ingat kita bukan orang Malaysia pula!

# Kalau ketika hendak kurus kita rajin besenam, bila dah kurus jangan berhenti bersenam. Teruskan bersenam, tanamkan niat bersenam untuk kekal sihat, bukan untuk tubuh badan lawa sahaja.

3. Praktikal – Jika diteliti kembali niat (1) sebentar tadi, kita hendak kekal sihat dan lawa sehingga ke tua, atau bahasa mudahnya sihat dan lawa “Seumur hidup”. Bila kita sebut komitmen “Seumur Hidup”, maksudnya kita hendaklah mengamalkan Cara (2) seumur hidup kita, dan ini bersamaan dengan perubahan gaya hidup.

Amacam? Tepuk dada tanya selera…kata , 


Wednesday, June 26, 2013

mee sup pok soh

sampingan yang wajib

mee sup jusoh

tiap kali balik besut kalau tak dapat mee sup ni resah gelisah 
mee ni simple jer namun kesedapan cukup menusuk halkum
di makan besama kicap cuka dan sos cili
servis yang cepat dan tepat
kat kedai jusoh ni ada mee sup ni jer
berpeluh la makan mee
kedai mee ni letak di jertih, Besut, Terengganu.
lokasi di selekoh bawah jambatan jertih

ADAKAH DUIT BERKUASA UNTUK MENGUBAH SESEORANG?

Apabila kita dengar orang kata, ‘duit itu adalah segala-galanya bagi saya, ia amat penting sekali’, kita akan segera anggap yang orang itu mata duitan, terlalu mementingkan duit dan materialistik. 

CUBA BEZAKAN DUA SITUASI INI: 

1. Mempunyai banyak duit atau harta adalah punca kepada segala masalah. Apakah benar dengan mempunyai duit atau harta yang banyak kita akan menjadi jahat? Rasanya apabila punya banyak duit atau harta, kita punya banyak kesempatan untuk berbuat kebaikan seperti menderma atau bersedekah, hidup lebih tenang bersama keluarga, tidak terkejar-kejar dengan masa, boleh bercuti bersama keluarga, boleh membayar atau selesaikan hutang, beli benda yang selama ini kita mahukan, dan sebagainya.

Kita perlu tukar pepatah ini - duit atau harta ialah kunci kebahagiaan. Nabi Muhammad sendiri ada berkata bahawa kefakiran membawa kekufuran. Ia bermakna, ketiadaan harta itu sebenarnya mengundang kesusahan dan masalah yang banyak. Keluarga bahagia tanpa perpecahan, dan hidup dalam keadaan rukun dan damai.

2. Ketiadaan duit atau harta adalah punca kepada segala masalah. Apabila kita ketiadaan duit, ia sebenarnya mengundang lebih banyak kejahatan. Peningkatan jenayah yang berlaku sejak akhir-akhir ini adalah kerana mereka ingin mendapatkan duit dengan cara mudah dan cepat. Mereka merompak bank, melakukan kecurian di kedai emas, memeras ugut, pecah amanah, meragut dijalanan, memecah masuk rumah atau menculik bagi mendapatkan wang tebusan.

Tujuan mereka ialah mahukan duit. Memang mereka melakukannnya kerana duit, tetapi puncanya ialah kerana mereka tiada sumber kewangan untuk membeli apa-apa yang mereka hajatkan. Mereka tidak dapat membeli bagi memenuhi kepuasan sendiri dan memenuhi kehendak hati. Oleh itu, melakukan jenayah adalah satu kerja yang mudah dan senang.

Bila seseorang berkata duit tidak penting, ia seolah-olah meletakkan satu kenyataan bahawa duit itu adalah punca kejahatan. Tetapi tidak sedar bahawa duit sebenarnya kunci kebahagiaan. Duit memang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit.

Apa yang perlu adalah kita tukar kenyataan itu. Kalau kita kata ‘duit amat penting bagi saya’ memberi makna yang lain kepada sesetengah orang, tukarkan ia kepada ‘duit bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit.’ Ayat ini lebih menjelaskan tentang kepentingan duit, bukannya diri kita yang mementingkan duit.



Kepada rakan-rakan sekitar utara tanah air, kalau nak ‘tambah duit’ melalui perniagaan jangan lupa temui saya di KLINIK KEUSAHAWANAN, Karnival Amal Hari Penyayang anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah Kedah di perkarangan Stadium Darul Aman mulai 27 hingga 29 Jun ini, dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

Sunday, June 23, 2013

Jerebu di Kuantan

kuantan pun dah jerebu teruk, IPU balok dah 149
damansara dari petang semalam dah kelabu
pagi ni kat pasar tani pun dan tak nampak awan
pusing pusing banyaknya ketam
maka ketam dan pucuk paku jadi pilihan






pagi pagi ke pasar tani
sungguh pelik cuaca hari ini
panas dan jerebu sana sini
ini hidangan hari ini

Saturday, June 22, 2013

Roti Celina


sarapan yuk.....roti bakar telur gaya celina tapi takde inti.....renjis lada hitam sudah....telur gred c pun limpah....telur puyuh pun bijak....

Friday, June 21, 2013

Lewat Petang Jumaat bersama jeruk Pak Ali

sebelum tu selingan petang jumaat

kitab penawar hati - al kuliiyah bersama ustaz hindustan, ustaz haslin baharim
orang makan banyak ni nafsu bertambah - nafsu nak tidur,
bila makan banyak hati akan mati - takde hati melihat orang miskin

hadis pilihan,

Sabda baginda s.a.w: “Ada empat perkataan yang disukai Allah: ‘Subhanallah wal hamdulillah, wa laa ilaha illalah, wal laahu Akbar’, ertinya; Maha Suci Allah, Segala pujian bagi Allah, Tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar”.
(Sahih. R. Ahmad & Muslim)

sesambil menaip kita layan jeruk pala....best dan baguih ni sbb pak ali buat jeruk dengan cuka epal...
tqvm tu sally kawan i yang duk indera sempurna, dia belikan masa dia sekeluarga bercuti di penang masa cuti sekolah ari tu......makan jeruk pak ali tanpa was was sebab cuka epal....

merata dah ada jeruk pak ali...sedap la pak ali...

Wednesday, June 19, 2013

Acuan Pai tee


Ahad lepas i merayap ke pasar payang sebab ma nak cari pisang...lorong ke lorong, terpandang barang di atas...eh teringin benda alah ni....acuan pai tee, harga tertera rm17 dan setelah tawar menawar dapat la rm15...bila nak buat tak tahu, tak pernah buat....ma kata macam buat kuih bunga duyan...lor bunga duyan pun tak pernah buat....tapi kita try nanti...benda alah ni agak berat dan batangnya agak panjang....bab mengoreng ni dah memang i fail,....huhu

cuaca yang agak panas...bila la oppa nak pasang aircond gok ni.....huhu, memalam baru dapat pc sekarang ni klu oppa cuti...huuhu....nak google resepi pai tee la...selamat malam kengkawan....




Tuesday, June 18, 2013

Aktiviti Hujung Minggu

macang = menanda dengan buluh

merong = membersihkan kawasan

gulai terung

sabtu ahad isnin i balik ganu, sabtu balik KT, ahad balik besut,
isnin pagi ikut mak ayah buat kerja gi merong,
merong = menebas = bersihkan akar akar pokor
sesudah meMERONG kami meMACANG
aktiviti menyeronokkan, keluar peluh

mula mula pagi pagi kami berempat, i, oppa, mak(MIL) dan ayah(FIL) berkancil ke kg padang bual, 
melalui empangan jajar, empangan tersohor di besut, jauh ke dalam kampung dengan sang kancil,
power kancil ayah redah kebun getah, masuk ke dalam kebun yang berliku dan berlecak.....sesampai je kami terus membersihkan akar akar pokok yang telah 'disodok' dan mengumpul untuk proses pembakaran ...sikit je...selebihnya telah ditolak dengan jentolak...lepas tu bermula la pulak proses meMACANG iaitu proses menanda tempat untuk di tanam pokok....pokok yang akan ditanam adalah kelapa sawit.

dengan penanda aras 28 kaki di buat dalam bentuk segi tiga, bermula hujung pagar hingga ke tengah, tali yang di ikat segitiga menjadi ukuran untuk menanam buluh halus sebatang sebatang,..susah jugak la sebab plan asyik lari tapi orang lama, engineer muda x leh pakai, pengalaman juga yang jadi...khee...pusing sana pusing sini terpacak la 100 tanda aras...bijak jugak prosesnya

dari kul 9pagi kerja siap kul 12 tghari,
balik rumah semua orang kehausan dan keletihan,
sejug sirap bandung abis, bekal air masak tadi abis dua botol sudah,
pukul 2 baru masuk dapur masak....mak masak gulai terung...sedap oooo...
petang i dan oppa balik la ke kuatan semula...





Friday, June 14, 2013

Xtvt Petang Jumaat


Scottish shortbread


sesambil layan al kuliyah sesambil kunyah sekut ni
hasil dari buku ni,


Mayat Itu

Dari Abu Sa'id al-khudri r.a katanya, Rasullah s.a.w bersabda:" apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah! Sesiapa yang turut mengiringinya ke kuburan, jangan duduk sampai jenazah itu diletakkan orang."


Thursday, June 13, 2013

Stress stress Stress

dua tiga hari ni i memang stress tahap gaban...sedih keciwa dan letih.....kerja kemalut je, rugi rugi rugi.....duit makin susut gabra la...nasib trader hingusan yang tak kepandaian...study lagi...udah udah la rugi....


BAGAIMANA ANDA MENANGANI TEKANAN?

Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekanan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll.

Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka.

Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya. Cuba kita amalkan beberapa kaedah ini, dan bukannya aktiviti dalam video tersebut ya..kalau kat Malaysia ramai orang melatah..tak pasal2 kena!

1) Senaman pernafasan.
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh .

2)Tafakur (Meditation)
Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa.

3)Penggambaran.
Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan.

4)Pengurutan (Massage).
Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita.

5)Kelegaan otot.
Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekurang-kurangnya tiga minit.

6)Muzik.
Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda.

7)Pengurusan masa.
Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang membazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting.

Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita).

Cubalah amalkan mengambil sikap terbuka dan fikirlah secara positif dan objektif dalam usaha menyelesaikan sesuatu kesulitan. Kita harus mengambil pendekatan tidak mengeluh bahkan banyakkanlah menyebut Allahuakbar, Subhanallah, Astaghfirullah berulang-kali kerana jika kita mengeluh, memaki hamun contohnya apabila terpijak paku, kita meneriak celaka sambil memaki hamun, percayalah kita akan lebih merasa sakit.

Tetapi jika kita ingat dan yakin akan apa yang diberitahu Allah SWT dan ajaran Rasulullah, kita akan merasa kurang sakit, reda serta mendapat limpahan keampunan dan rahmat Allah SWT. Kita hendaklah bersabar dan banyak berdoa serta dapatkan rawatan dan pertolongan supaya kita beroleh kejayaan, di dunia apalagi di akhirat.


Tuesday, June 11, 2013

kepok cicah sanquick

Sabtu ahad i balik besut, jumaat kerja....ahad oppa g nebas....maka i kena jaga umah mak...kena layan anak anak buah.....dua orang je,...wafie x snap sebab kube lana sekali

kalau dah ore ganu, kepok cicah air la snek paling best...tengok iqbal...kepok cicah sanquick...adus...i setakat cicah teh o atau kopi o je tapi dak ni yang berdarah n9 lagi power...cicah oren pun boleh...siap minta sudu, rendam dulu...khee







Monday, June 10, 2013

Sempena Hari Bapa

MUTIARA KATA UNTUK MU
(SEMPENA HARI BAPA – MEMIMPIN KELUARGA BAHAGIA)

Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka. Kerana tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya. Ingatlah seseorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.

Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.Jadi, kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka.

Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya. Nescaya, kehidupan kita akan turut berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.

Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai kerana mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.

Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga. Komunikasi dalam keluarga juga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.

Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita, kerana bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka.

Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia. Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.

Teruskanlah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik...walaupun tidak ramai orang mengenalimu, cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain... Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat.

Friday, June 7, 2013

Salam Jumaat w Nasi Ayam Ulam Raja

salam jumaat buat teman 
sini hamba kepilkan hadis pilihan,

Baginda bersabda: “Perkara yang paling disenangi oleh Allah adalah seorang hamba yang menyatakan, ‘Subhanallah wa bihamdihi’, maksudnya; Maha Suci Allah dan dengan MemujiNya”.
(Sahih. R. Ahmad, Muslim & Tirmidzi)

sesambil layan makan tengahhari tu kan sesambil layan menu sehari dua hari dan berhari hari
sebab kini kesibukan dan keletihan mencuri masa di mingzhu...huhu

nasi ayam ulam raja sup sayur

donut semalam, ciksu siti beli, makan lepas berbuka

semalam puasa, tak larat masak,
try sekali kat planet seafood
tak kena selera
sara thai jugak pilihan hati

Monday, June 3, 2013

APAKAH MAKANAN UNTUK KULIT KEKAL CANTIK ?

Selalu kita berangan-angan memiliki kulit halus selembut kulit bayi? Sedar tak ada beberapa jenis makanan di sekeliling kita yang bermanfaat untuk tujuan kecantikan? Di sini suka saya kongsikan 8 jenis makanan yang yang sesuai bagi individu yang sering mengangankan kulit yang cantik dan sihat seperti paparan dalam akhbar Harian Metro baru-baru ini.

1. TIMUN
Masalah kulit wajah yang kasar sering menimbulkan resah terutama bagi individu yang semakin berusia. Timun boleh bantu atasi masalah ini dengan menjadikannya sebagai masker. Parut di bahagian hujung timun dan gaul dengan tepung jagung serta sedikit air. Kemudian, sapukan pada keseluruhan muka sebelum tidur dan cuci pada keesokan hari. Timun juga boleh dimakan sebagi ulam atau dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan.

2. TOMATO
Timun mengandungi lycopene yang tinggi yang membuat wajah menjadi merah berseri disekitar pipi. Kulit juga menjadi licin dan halus seperti kulit buah tomato. Tomato juga boleh menjadi bahan anti penuaan yang membuatkan kulit menjadi lebih muda.

3. BAYAM
Bayam mengandung protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, rutin, purin, dan vitamin (A, B, dan C). Makan bayam setiap hari boleh mengurangkan risiko kulit menjadi berkerut dan berkedut walaupun usia semakin bertambah.

4. BADAM
Mereka yang gemar makan badam akan memiliki kulit yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengambilnya langsung. Ini kerana badam kaya dengan vitamin E yang berfungsi sebagai anti oksida agar kulit menjadi lebih kuat dan sihat khususnya ketika berada di bawah sinar mentari.

5. LOBAK MERAH
Biasanya kita mendengar bahawa lobak merah baik untuk menyegarkan mata. Tetapi tahu tak bahawa lobak merah yang kaya dengan vitamin A ini juga membantu meransang sel kulit agar menjadi lebih baik dan menghalang sel-sel kanser.

6. DARK CHOCOLATE
Coklat bukan sahaja boleh membuatkan kita berasa gembira malah boleh membantu tekstur dan kekenyalan kulit menjadi lebih tegang. Mulai sekarang, abaikan tanggapan bahawa coklat menggemukkan dan berjerawat kerana coklat sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi.

7. TEH HIJAU
Teh hijau adalah sejenis teh yang dibuat dari daun Camelia senensi yang mengalami oksidasi minimal sepanjang proses pembuatannya. Teh hijau yang berasal dari China, dan dikaitkan dengan kebudayaan Timur ini boleh menghasilkan kesan yang hebat pada kulit. Selain bagus untuk kesihatan, ia juga membantu kulit menjadi lebih halus.

8. UBI MANIS
Ubi kaya dengan vitamin C, ia bukan sahaja membantu menghaluskan kulit, bahkan menghindarkan kulit dari kerutan. Vitamin C yang terkandung di dalamnya merupakan salah satu bahan penting untuk membentuk kolagen yang amat baik untuk kelunturan dan keanjalan kulit.

Jangan lupa ya.. makanan jasmani, perlu juga diperkayakan dengan ‘makanan rohani’. Insha Allah, kita akan sentiasa ‘cantik dunia akhirat’!




Sunday, June 2, 2013

Nikah Dulu

31 mei 2013
mas kawin

alif dan aidura

gelang pun akad skali

mengapit ibu

abg ipar alif....oppa

jurunikah yang kelakar

selamat sudah

nota mingzhu:- dua tiga hari tak bersiaran, sibuk kehulu hilir maka ini hasilnya, alif nak nikah dulu dan kenduri pada raya pose ni...demi adik bonsu, kami berkerah keringat dan segala....demi permudahkan urusan alif azwa ....dr wakaf tengah ke Kb, selasai sudah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...